Wednesday, December 6, 2017

Sarapan Pagi Di Lemang Toki, Bentong Lagi

Hi Korang,


Sebab dah lama tak makan lemang so kitaorang ke Lemang Toki lagi. 

So pepagi sabtu tuh, packing semua barang coz lepas tuh nak ke Cherating zass ke Bentong ni.


Kereta belum banyak lagi so tak delah jem sesangat.

Sesampai je orang pun tak ramai lagi maka bolehlah pilih nak makan apa dengan lenggang kangkung kan, 

Nampak kemain banyak lagi batang lemang yang sedang di bakar.

Malas nak fikir panjang terus je, akak lily pilih 2 set lemang, yelah sorang satu senang tak yah nak gaduh


Memang rasa lemang style mak-mak kita masak, tradisional sungguh. So sambil makan tuh, sambil borak-borak dan memerhati orang yang lalu lalang. Eh bukan mengata ek just cuci mata je.

Laki bini sama je kan..


Perangai cam hareee huahauahuahua



Kemudian sampai pulak adik beradik yang lelain. Diorang ni orang suruh makan lemang diaorang bantai makan menu makan tengahari pulak. Hahahaha

Abis makan lepak-lepak dulu then baru gerak ke Cherating untuk holiday hehehehe


Korang yang teringin tuh bolehlah mai sini, sebab selain dari lemang menu lain pun hado gak ler

Alamatnya hah:-


Lemang Toki
Jalan Tras, 
Bentong 28700, Malaysia
Landmarks:  lepas tol Bentong tuh masuk Pekan Bentong, pandang sebelah kiri masa selekoh nanti nampak la ek

Contact no : + 60 9-922 1587









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Tuesday, December 5, 2017

REVIEW | 9 Herbs Beauty In The Drops - Memang Puas Hati Sesangat

Hai Korang,

Makeup memang penyelamat bagi pompuan cam kita ni, tapi sampai bila nak guna produk-produk kosmetik ni. Bila umur dah meningkat ni, kekadang tu lipstik pun lupa nak pakai hahahaha maka nampaklah kepucatan di situ.

Siapa berani keluar rumah tanpa mekap??

Mesti semua surender kan hahaha kak lily dah boleh agak dah pun..

Akak pun sama gak lah!!

Tapi bila ade orang duk rekemen kak lily pasal produk 9 Herbs Beauty In The Drops ni rasa cam teruja plak nak cuba kan.

9 Herbs Beauty In The Drop

9 Herbs Beauty In The Drop merupakan UV Face Primer + Luminous Day Serum di mana bila korang gunakan ianya bertindak sebagai pelindung kulit wajah dari kotoran-kotoran untuk hasilkan keserian di wajah korang walaupun tanpa mekap. 

Ianya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan di adun bersama minyak argan, minyak jojoba dan vitamin E. Semua bahan-bahan itu 

Bahan-bahan 9 Herbs Beauty In The Drop

MINYAK ARGAN

Kaya dengan Vitamin E dan Omega 3, 6 & 9. Sesuai untuk semua jenis kulit.

1. Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.

2. Melembapkan dan menegangkan kulit.

3. Menghaluskan dan mencerahkan kulit.

4. Mengatasi jerawat, radang dan sunburn.

5. Menjadikan kulit lembut dan bersinar secara semulajadi.

MINYAK JOJOBA

Ianya lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia. Sesuai untuk kulit sensitif.

1. Melembut, melembap dan menghaluskan kulit.

2. Mengatasi masalah kulit berminyak dan mencegah jerawat.

3. Mencegah oksidasi kulit sebagai anti penuaan.

4. Anti radang.

5. Menjadikan kulit sihat dan cantik.

Kelebihan 9 Herbs Beauty In The Drop
  • Menjimatkan masa 
  • Mencantikkan dan merawat wajah 
  • mengandungi 100% bahan semulajadi 
  • Bersih dan rawat kulit dari dalam 
  • Kulit lebih cerah dan glowing tanpa makeup 
  • Tiada bahan kimia merbahaya 
  • Tiada kesan sampingan 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • kaya dengan antioksida 

Cara penggunaan 9 Herbs Beauty In The Drop


Goncang sebelum digunakan 
Picit hujung getah penitis, kemudian lepaskan 
Longgarkan penitis dari bekas kaca 
Perlahan-lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan ke sekitar wajah. Titiskan ke dagu, pipi hidung dan dahi. Kemudian ratakan ke seluruh wajah 
Mulakan solekan seperti biasa 
Untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan terakhir. 

Bagi kak lily..

Teksturnye lembut, sket je letak kat muka. Langsung tak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit muka. Elok benar di gunakan setiap hari tau.



Jika anda berminat untuk dapatkan produk ini, boleh la lihat maklumat di bawah untuk rujukan anda.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Hotline : +6012-4540187











Sunday, December 3, 2017

Ketua WILDLIFE Sunway Lagoon Di Temui..

Hi Korang,

10 peserta Wildlife Heroes begitu teruja untuk melaksanakan misi mereka bagi memelihara hidupan liar. Tugasan agak mencabar namun aktiviti ini sebenarnya sangat membantu mereka mengenali hidupan liar yang perlu kita perlihara bagi mengekalkan habitatnya dapat dilihat generasi ke generasi. 


Salah seorang peserta program Anna Huggel (12 tahun) telah dipilih menjadi Ketua bagi memimpin wira-wira muda dalam menyelesaikan tugas mereka. Kreadibiliti peserta telah dilihat sejak bermulanya perhimpunan pertama mereka di Sunway Lost World Of Tambun (LWOT) pada bulan Ogos yang lepas. Di mana Wildlife Heroes ini telah diajar beberapa kemahiran dari berkhemah di lapangan luar, membina keyakinan, membina rakit, dan penerokaan pada waktu malam di Gua Datuk yang misteri dan bersejarah. Mereka juga ditugaskan untuk memilih haiwan dan membuat 'enrichment plan' untuk haiwan yang dipilih, yang akan dikongsi pada mesyuarat Majlis ke-4.


Kembali bersama semula untuk mesyuarat ke-2. peserta Wildlife Heroes telah menghabiskan tiga hari belajar tentang tingkah laku, diet, dan spesies pelbagai haiwan yang terdapat di Sunway Taman Hidupan Liar Lagoon yang terdiri daripada burung, ikan, reptilia dan mamalia. Di samping itu, Wildlife Heroes juga diberi peluang untuk menyelami kehidupan sebagai zookeepers di Sunway

Lagoon, termasuk kaedah untuk menjaga dan menanam tumbuh-tumbuhan melalui projek penanaman.


Selama satu tahun, peserta Wildlife Heroes akan dideahkan dan berpeluang mempelajari pelbagai aspek pemuliharaan hidupan liar dan sama-sama membantu dengan memberi cadangan kepada pihak Sunway dalam menambaik baik Petting Zoo dan Taman Hidupan Liar. 

“We are pleased to have the junior Wildlife Heroes back with us again, this time in Sunway Lagoon. Here, they got to see how the urbanites interact with nature and learn appreciate our flora and fauna amidst the concrete jungle. Today, we also decided to crown the Chief. The decision for the Chief was not an easy task as every Wildlife Hero showed enthusiasm and lots of passion for nature and wildlife. However, from the last assignment and performance, we saw a great deal of leadership skills and knowledge from Anna, hence the decision to make her Chief. We believe she possesses the right qualities to lead this group of young Wildlife Heroes moving forward,” kata Calvin Ho, Pengurus Besar Kanan Sunway Lagoon.

Pada usia 5 tahun, Anna terdedah kepada proses mengeram telur ayam yang mencetuskan rasa ingin tahu dan keterujaan dalam pemuliharaan hidupan liar. Anna, yang menjadikan Jane Goodall sebagai wira pemuliharaannya, bercita-cita untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang tentang pemuliharaan hidupan liar melalui kerjasukarelawan dan perkongsian kepada pelajar di sekolah.


Sebagai inisiatif program program pembelajaran peserta Wildlife Heroes akan diberi ganjaran sebanyak RM 8,000 manakala untuk Ketua akan menerima insentif tambahan sebanyak RM 4,000 pada akhir satu tahun program.

Taman Tema Sunway terdiri daripada Sunway Lost World Of Tambun (LWOT) dan juga Sunway Lagoon. Matlamat utama diwujudkan taman tema adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk mencipta dan memelihara keajaiban alam melalui Zoo Petting LWOT dan Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon. Maklumat lanjut mengenai Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lagoon boleh didapati di www.sunwaythemeparks.com.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com