Monday, October 3, 2016

Makan Tengahari Di Cafe Lafayette, Damansara Uptown

Hi Korang,

Tak de apa nak buat sabtu lepas, aku ke Damansara Uptown untuk memenuhi jemputan makan.

Wah makan siapa yang tak sudi kan, cuma Mr Big je yang tak sudi sebab dia ada event lain huahauhauah


Aku ingatkan kalau chill lepak hari sabtu kat Damansara Uptown, parking senanglah kan ermm rupanya hazab jugak. Nasib baik ada parking bertingkat kat tengah-tengah ni so senanglah sket. Kereta pun sejuk dan nak jalan pun bukan jauh sesangat hehehhee

So kita ke Cafe Lafayette nau...


Lafayette is a European Café of discovery, we bring the symbolic images across the europe continent and fill our customer with a sense of tour across European contingent.

Ianya merupakan cafe berilhamkan cafe di Eropah yang menyajikan hidangan makanan barat yang sebahagiannya di fusion kan. Wah gituh ayatnye ek..






Walaupun cafe ini terletak di tingkat atas namun tidak menghalang pencinta makanan macam aku untuk merasai makanan di sini ye.

Di antara yang menjadi hidangan kitaorang pada hari tuh adalah:-

Appetizer

Smoked Chicken Risotto

Chicken Carbonara

Spaghetti Penne Salmon

Fried Mozzarella

Main Course

Hawaiian Chicken

Lamb Shoulder

Breaded Fish Deli 

Maryland Chicken


Dessert

Waffle Martini

Strawberry Stack

Minuman yang menjadi favourite kat sini adalah:

Peanut Caramel Ice Blended

Nutella Ice Blended

Tiger Tea

Chili- chili Bang Bang Tea 

Ermm memacamlah kitaorang makan kan sampai tak muat perut hehehhe. Majoritinya sedap dan mengikut citarasa kita orang Malaysia hehehehhe tapi tak hilang ok sentuhan Eropah tuh.

In terms of harga takde lah mahal sangat pun walaupun cafe ala eropah kan, berpatutan dan mampu milik seperti orang-orang kita ni ek hehehhe

Jom kita ke:

Cafe Lafayette
75M, Jalan SS21/1A 
Damansara Utama, 
47400 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03- 74967044

Business Hour: 11am- 11pm


Selamat menjamu selera semuanye....

Sunday, October 2, 2016

Easy Go Charge & Data Cable By Sista Malaysia, Menyenangkan Sungguh!

Hi Korang,


Korang kalau guna smartphone kalau tak de cable memang tak sah lah kan.

Yelah kat mane pulak korang nak charge telefon dan transfer data terutama sekali gambar-gambar ke laptop kan? 

Aku ni kemain melambak-lambak cable tapi ada tuh langsung tak leh nak guna, maklumlah beli tepi jalan je kan sebab tu jadi cam tuh hauhauhauhaua 


Korang pernah dengar Sista Malaysia? 

Sista Malaysia adalah sebuah syarikat yang berasal dari Hong Kong dan kini ibu pejabat Sista di Shenzhen China yang sangat terkenal dengan produk digital dan perbuatan peralatan yang canggih. 

Sista Malaysia ditubuhkan pada 5 August 2015 yang lepas dan kini telah dikenali dengan produk yang berkualiti tinggi dan setanding dengan produk lain di pasaran. Produk yang dikeluarkan oleh Sista Malaysia seperti powerbank, data cable, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan pelbagai barangan lagi. 

Aku dapat review produk dari Sista Malaysia iaitu "Easy Go" Charge & Data Cable

charge guna powerbank

Seriously memang membantu aku yang senantiasa menggunakan power bank ni kan. Yelah pi event merata so mane sempat nak charge thru power plug kan. Lagi satu yang bestnya, charge cable ni memang dapat charge dengan cepatnya. Kira macam aku charge dengan powerbank sambil driving bila sampai tempat event tuh bateri phone dah penuh dah. Memang sesangat cepat. 

transfer data ke laptop pun boleh

Maklumat Produk "Easy Go" Charge & Data Cable Sista Malaysia :-

1. Charge & sync cable 
2. Materials: rubber oil "baby skin" & TPE enviromental technology 
3. Length: 22cm 
4. Mix color for each cable 
5. Flat desin, anti-twisting 
6. 118pcs cooper wire, enamelled wire technology, 
7. 2.1A fast charge

HARGA "Easy Go" Charge & Data Cable

RM 29.00 

Untuk mengetahui di mana boleh dapatkan produk Sista Malaysia yang original boleh tekan link ni [WHERE TO BUY SISTA IN MALAYSIA]

Jika korang nak tengok barang aksesori yang dijual oleh pihak Sista Malaysia boleh #SistaMalaysia



SISTA MALAYSIA



Friday, September 30, 2016

Rawatan Penuaan Kulit Dan Masalah Dengkur Boleh Di Lakukan Di Dr Ko Skin Specialist.

Hi Korang,


Masalah dengkur dan penuaan ni memang kita boleh lari daripadanya kan. Betul tak apa yang aku cakap ni.

Betul kan!!

Baik ngaku lekas hauhauahuaua

Itulah ramai yang menghadapi masalah ini tapi tak tau nak merujuk kat mana kan, so aku syorkan korang ke Dr Ko Skin Specialist 


Rupanya Dr Ko Skin Specialist adalah klinik pakar yang pertama di Malaysia yang menawarkan rawatan non-surgical cosmetic yang menggunakan intraoral 4D laser dari Fotona. Maknanya tak yah nak buat pembedahan pun just gunakan mesin Fotona yang di import khas dari Eropah. 

Minggu lepas aku berkesempatan untuk menyaksikan sendiri bagaimana rawatan penuaan dan masalah dengkuran ni dilakukan dengan menggunakan mesin Fotona ni di Dr Ko Skin Specialist di Klang iaitu merupakan ibu pejabat mereka.


"The Fotona 4D breaks paradigms of laser therapies. It will change the way to treat the skin. It is a new dimension of treatment. I get results you never imagined " kata Dr Ko Chun Beng. 


“The results tend to be very durable. In our clinical study, which involved 80 patients showed positive results that were maintained for one year after 3 sessions," kata Zdenko, Head of Medical R&D Department of Fotona.


Bagaimana Rawatan Ini di lakukan?


Rawatan ini menggunakan laser sepenuhnya dimana dua jenis laser, ND Yag dan Erbium Yag,telah digunakan. Dengan gabungan rawatan eksklusif Fotona ini, ianya akan mengaktifkan proses collagen yang terbaru untuk tegangkan kembali kulit muka kita. Menariknya lagi, dia akan aktifkan collagen baru ini di dalam mulut dan di kulit muka kita untuk dapatkan result yang maksimum!


Hasil rawatan dan kajian di sini yang melibatkan 80 orang pesakit, resultnya kekal selama 1 tahun selepas 3 kali membuat rawatan di sini 


Yang pasti, Fotona 4D boleh dilakukan untuk semua jenis kulit, selamat dan tak sakit pun. Setiap sessi hanya mengambil masa 30-60 minit dan digalakkan untuk membuat 3 kali sessi untuk hasil yang maksimum

Itu baru rawatan mengenai penuaan kulit. Untuk masalah dengkuran, cam ne pulak ek.


Masalah dengkur ni sesiapa je boleh ada tak kira lelaki mahupun perempuan baik tua ataupun muda. Dr Stephen Cheng ni menerangkan lebih lanjut lagi mengenai masalah dan rawatan dengkuran dengan mesin Fotona 4D laser ni ye. 


Dengan Fotona 4D laser ianya cuma memanaskan tissu di dalam tekak yang tersumbat. Dengan ini pengaliran udara di dalam rongga badan lebih lancar dan menghilangkan dengkuran 


Untuk kesan yang maksimum adalah digalakkan untuk membuat 3 kali treatment dalam jangka masa 2 bulan. treatment ini cuma 15 minutes je. 


Untuk keputusannya kalau korang nak tahu, boleh dilihat pada sesi yang pertama dimana korang akan dapat tidur dengan lebih selesa, senang bernafas, berfikir dengan lebih jelas dan bekerja dengan lebih efektif! 


Ini merupakan sessi temuramah dengan para pesakit yang mendapatkan rawatan menggunakan mesin Fotona 4D Laser ni ek, even penyanyi Salamiah Hassan pun gunakan rawatan Dr Ko untuk sekian lamanya

So korang yang nak buat rawatan ini, bolehlah datang ke Ko Skin Specialist 


6A-22a, Jalan Temoh, 
Off Jalan Goh Hock Huat 
41400 Klang, Selangor 

Tel : +603 33433140