Wednesday, December 10, 2014

Rahsia Nescafe Tarik Ibu Mertuaku Dengan Krimer Manis F&N

Hi Korang,


Memang adat bila balik tidur umah mama (mak Mr Big), sarapan pagi ktorang mesti pekena air nescafe tarik. Of course aku tak akan buat sebab rasanya lain daripada yang mama selalu buat. Memang lagi sedap, pekat melekat dan kaw-kaw rasanya.


So untuk nak memikat hati suami tercinta, aku memang kena belajar cara mama buat nescafe tarik ni.

For your info, sejak dari kecik aku memang tak di ajar minum nescafe sebab ayah aku suka minum kopi saje so sampai besarlah ktorang jadi kaki coffee drinker kan. Bila dah kawin ni barulah bertukar corak sedikit minuman panas ktorang ni.

Kenapa pilih F&N Full Cream

Sebab krimer ini kaya dengan kalsium, sumber protein dan juga mengandungi kebaikan vitam A, B1 dan D3. Jadi tidak hairanlah Krimer yang menjadi tradisi keluarga bergenerasi. Selain daripada krimer yang menjadi pilihan utama dalam penyediaan Teh Tarik, Milo susu dan Kopi susu. Krimer manis ini juga aku suka jadikan antara ramuan dalam menyediakan hidangan masakan terutama pencuci mulut seperti kek, pudding dan biskut.

Jom aku kongsi resipi Nescafe Tarik Ibu Mertuaku

Cara penyediaannya :


1. Masukkan air panas di dalam teko




2. Letak susu pekat F&N di dalam air panas mengikut tahap kesukaan korang, macam nak manis lebih ke, nak tawar sket ke kan





3. Barulah di masukkan nescafe ke dalam air susu tadi.


4. Kemudian pepandai adjust kadar kesedapan mengikut kesesuaian tekak


5. Bila rasa dah sesuai, apa lagi teruslah menarik nescafe tersebut. Tak kiralah berapa kali pun korang nak tarik kan, orang kata lagi lama lagi bagus. Tapi aku lagi lama, lagi banyak yang tumpah plak kan.


Hah, siap pun.


Walaupun tak sesedap nescafe tarik mama tapi aku bangga gaklah coz berjaya cilok skill special ni kan. Yelah kita ni bukan pandai masak/buat air kan so bila ada ilmu depan mata haruslah perhatikan dan jadikan amalan.

Terima kasih F&N Full Creamer sebab menyedapkan lagi hasil air tangan seseorang dari zaman berzaman kan.

Ok nanti citer lagi apa aku buat dengan krimmer manis F&N ni ek

#F&N FullCream boleh juga didapati di pasaraya terpilih, antaranya seperti Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Hero Market, AEON, Jason’s Foodhall, Mercato, Village Grocer, Isetan, Cold Storage dan Presto Grocer) Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak dengan harga RM5.00 per 392g setin. 

Keterangan lanjut mengenai produk dan resepi2 menarik serta semakan senarai outlet pasaraya yang menjual uollls boleh layari www.fndairies.com

"F&N Full Cream Sweetened Condensed Milk – The Good Old Days are now The Good New Days"

Pelbagai Makanan Sedap Di BUCIDA COURT, Syurga Makanan Di Damansara

Hi Korang,

Ni aku sambung lagi entry MAKAN SEDAP di Bucida Court ni ek.


Hari tuh, dalam entry terdahulu aku fokus pada maggi ketam kat kedai Miss Pah HotPots tu, tu klik je kat ENTRY NI je.



Ok now aku nak bawak korang ke melawat stall-stall yang lain plak.


Selain daripada maggi ketam, ada pelbagai jenis lagi makanan yang boleh korang makan di sini. Serius memang macam-macam baik yang pedas mahupun manis, baik makanan tempatan mahupun antarabangsa kan.

Gerai Sup Lejen & Papa Hotdog


hot dog sedap

Gerai AntaraBenua


ikan masak singgang

Gerai Uncle Ron's




meatballs

sizzling lamb

Gerai Raja Udang Cafe



nasi goreng daging tabur


Gerai Chi Thai Rasa Kelantan


nasi goreng pattaya

Gerai Satay, Penang Char Kuew Teow & Kerang Bakar


kerang bakar

Gerai Pakk Jibby Fried Chicken 

ayam goreng

Gerai Shisha Oasis


Gerai Pisang Cheese & Sengkuang Calit & Chicken Wing


pisang cheese

pisang cheese coklat

sengkuang calit

Gerai Yunnie's Soup & Asam Pedas Claypot




Gerai Mar Kueh Teow Arang



Gerai Waffles




Gerai Rahman Stall Kedai Mamak


roti canai

rojak

ABC

Gerai Bucida Beverages


Lupa nak bagitau yang ini adalah sebahagian daripada menu makanan yang dihidangkan kepada ktorang. Rasanya kalu letak semua sekali mahu sampai esok lusa pun still tak abis makan lagi kan.

Aku rasa daripada gambar-gambar ni pun korang gak boleh agak yang makanan di Bucida Court ni sedap-sedap belaka. Ktorang sampai senak-senak perut nak rasa semua makanan ni.





Hah, nak datang sini.

Tengok map kat bawah ni ek


BUCIDA COURT

Alamat :
Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia 

Phone : 03-4108 7922