Tuesday, April 29, 2014

KURIYA Japanese Restaurant Bangsar, Makan Ala Bangsawan Jepun Gituh


Hi Korang,

Lama betul tak makan makanan Jepun lah.

sila abaikan tangan pompuan gumuks tu ek

Sejak Mr Big asyik balik lambat keje ni, tak de pun menjenguk ke Sushi King for dinner. Selalunya sebulan 2 kali ktorang ke situ. Ermm busy cari duit betul laki aku ni.


Bila ada orang ajak ke Kuriya Japanese Restaurant kat Bangsar Shopping Centre ni, haruslah kena pi. So Mr Big goodbye lah ye coz ni single invite. Cuma ada 2 food blogger, Madi dan Hazman. Jadilah ktorang bertiga pun.



Tak yah citer banyak, meh check it out KURIYA Bangsar ni ek,

Kuriya - "dapur bangsawan " di Jepun. Hanya terdapat di rumah-rumah kelas yang mulia , ia adalah tempat di mana hidangan yang disediakan untuk tetamu penting.







Kuriya kini menawarkan korang pelbagai pilihan makanan jepun yang istimewa , setiap satu menggambarkan suasana yang unik dan menu yang memaparkan bahan-bahan pelbagai musim diterbangkan dihantar segar dari Jepun setiap minggu. Pendek kata, korang tidak akan menyesal makan di Kuirya dengan Jepun Master Chef ciptaan mereka sendiri sahimi menggunakan makanan laut segar kami diimport dari Jepun.

Sudah, meh tengok apa yang dihidangkan untuk ktorang bertiga malam tuh.

Seiro Edamame Mushi – RM8.00
Steamed Japanese Green Soy Beans


Jikasei Tofu - RM12.00
Homemade Tofu


Yaki Ebi Shumai – RM16.00
Grilled Prawn Meat Dumpling


Potato Mochi – RM10.00
Deep Fried Potato Stuffed with Sauce


Soft Shell Crab Salad – RM12.00
Soft shell crab deep fried with assorted vegetables



Sashimi Mori Utage – RM148.00
Assorted Sashimi specially prepared by MasterChef


Salmon Ikura Carpaccio – RM26.00
Fresh sliced raw salmon with Yukke Sauce and mayonnaise


Ika Teriyaki or Sioyaki – RM18.00
Grilled fresh squid with teriyaki sauce or salt

Dragon Roll – RM34.00 
Fried Prawn, Avocado and Spicy Sauce

Seiro – RM19.00
Cold buckwheat Noodles served with dipping sauce

Ermm memang banyak, sampai letih-letih nak abiskan. Siap bangun duduk, jalan depan pi amik gambar kemudian sambung balik kan. 

Ok, tempting tak peminat makanan Jepun? Ermm haruslah.

Aku memang kaki makanan jepun memanglah suka yang amat, sedap. Lagipun jarang dapat pi makan japanese fine dining. Itu yang suka sangat ni.

Bagi aku, in terms of harga. Refer kat harga yang aku letak tuh. Tak delah begitu mahal, malah ada menu yang harganya berpatutan dengan budget kan. Cuma yang harga tu sebab bahan-bahan segar macam salmon, landak laut, tuna semuanya di import dari luar Negara. So memanglah kena mahal sket.



Kuriya Japanese Restaurant
Bangsar Shopping Centre
T2, 3rd Floor,
285 Jalan Maarof,
Taman Bukit Bandaraya,
59000 Kuala Lumpur.

Business hour: 11.30am -10.30pm daily
Contact: 03 – 2093 9242



Kira kalau korang ada budget lebih atau company nak buat makan-makan ke, bolehlah cuba makanan Jepun ni. Kita orang melayu ni payah sket kan, so why not.

Selamat makan korang...


Matis Profesional Skincare Launch In Malaysia

Hi Korang,


Pagi ni meh aku nak kongsikan berita kecantikan. Wah kecantikan sangat uolls ek.


Satu rangkaian produk kecantikan ‘Matis Professional SkinCare’ jenama yang berasal dari Perancis ni. Majlis pelancaran ni di adakan di Restoran Passion Road yang terletak Jalan Yap Kwan Seng. Agak tersorok sket kalau korang tak biasa kat area ni ek tapi viewnya sangat cantik.





‘Matis Professional SkinCare’ adalah satu jenama salun kecantikan kosmetik yang telah berada di pasaran sejak tahun 1936 dan sedang digunakan secara meluas di lebih 70 buah negara. ‘Matis Professional SkinCare’ sentiasa meletakkan keperluan pengguna mereka yang pertama dengan memastikan produk penjagaan kulit adalah sangat unik dan berkesan. Mereka akan memastikan bahawa produk mereka menjalani setiap protokol dan teknik untuk memastikan produk standard kualiti yang tinggi.



Seorang pelatih kecantikan dari ‘Matis Professional SkinCare’, menjelaskan kepada para tetamu mengenai kepelbagaian produk mereka yang memenuhi keperluan kulit pengguna.

Rangkaian produk ‘Matis Professional SkinCare’

REPONSE PREMIUM  
untuk mereka yang berumur 30 tahun keatas yang diperbaut daripada caviar.

REPONSE JEUNESSE 
Untuk mereka yang berumur 20 – 40 tahun, anti penuaan

REPONSE PURETE 
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak

REPONSE CORRECTIVE 
Untuk lelaki dan wanita dari umur 30 tahun melalui kesan 3 kali ganda yang santai.

REPONSE VITALITE 
Untuk mereka yang selalu stress, overworked, letih, boleh melindungi sel-sel kulit

REPONSE DELICATE 
Untuk kulit sensitif dan lembut


Kebanyakan produk ini boleh di dapati di salon-salon kecantikan terkemuka di Malaysia ni, kalau tak spa ke mesti ada punya la


Kalau korang nak tau details lagi mengenai ‘Matis Professional SkinCare’,  korang boleh layari link ni ek

Official Website : 

Facebook Page : 


Monday, April 28, 2014

Best Pakai GARNIER Sakura White Mask Ni


Hi Korang,

Memalam lepas siap makan, kemas dapur semua bagaikan teringat plak nak cuba guna GARNIER Sakura White Mask ni. 

Yelah seharian kulit muka berlemuih dengan peluh, kotoran degil, kulit berminyak lagi, so nak la jugak manjakan diri sket walaupun tak sempat nak je Anjung Jelita Spa. Ermm bilalah nak ke sana ek, mesti makcik tukang urut tuh suka kalau aku datang coz dia bertegang urat mengurut aku hehehehehe

Aku dapat mask ni dari media launch GARNIER Sakura White ni, lama gak lah.


Inilah mask nya, Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Extract. Alah murah je RM9.90 sekeping. 

Yang best tu, kalau korang pakai the whole set rangkaian Sakura White ni, possibility nak dapatkan muka ala-ala pinkish tu ada tau. Itu kajian yang diorang dah buat. 

Nak pakai mask?

apsal cam alien je muka aku ni, ishkk

Ermm senang je, bukak je paper mask tu then letak kat muka. Kemudian baring sambil tengok TV. Tapi janganlah lama sangat, cuma dalam 20-25 minit je. Lepas tu tanggalkan, muka tak yah basuh pun tak pe. Biar essence water tu melekat kat muka. 

Tengok lah esok pagi, mesti kulit muka rasa cam segar je.

Seminggu bolehlah 2 kali pakai mask, tapi kalau mask korang banyak cam aku kan pakai jelah tiap-tiap malam. hehehehe

Kat Watson, Guardian ada jual mask ni.

Kalau guna sekali je, belum tentu muka jadi pinkish kan. Haruslah guna lama sket..