Monday, April 28, 2014

Best Pakai GARNIER Sakura White Mask Ni


Hi Korang,

Memalam lepas siap makan, kemas dapur semua bagaikan teringat plak nak cuba guna GARNIER Sakura White Mask ni. 

Yelah seharian kulit muka berlemuih dengan peluh, kotoran degil, kulit berminyak lagi, so nak la jugak manjakan diri sket walaupun tak sempat nak je Anjung Jelita Spa. Ermm bilalah nak ke sana ek, mesti makcik tukang urut tuh suka kalau aku datang coz dia bertegang urat mengurut aku hehehehehe

Aku dapat mask ni dari media launch GARNIER Sakura White ni, lama gak lah.


Inilah mask nya, Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Extract. Alah murah je RM9.90 sekeping. 

Yang best tu, kalau korang pakai the whole set rangkaian Sakura White ni, possibility nak dapatkan muka ala-ala pinkish tu ada tau. Itu kajian yang diorang dah buat. 

Nak pakai mask?

apsal cam alien je muka aku ni, ishkk

Ermm senang je, bukak je paper mask tu then letak kat muka. Kemudian baring sambil tengok TV. Tapi janganlah lama sangat, cuma dalam 20-25 minit je. Lepas tu tanggalkan, muka tak yah basuh pun tak pe. Biar essence water tu melekat kat muka. 

Tengok lah esok pagi, mesti kulit muka rasa cam segar je.

Seminggu bolehlah 2 kali pakai mask, tapi kalau mask korang banyak cam aku kan pakai jelah tiap-tiap malam. hehehehe

Kat Watson, Guardian ada jual mask ni.

Kalau guna sekali je, belum tentu muka jadi pinkish kan. Haruslah guna lama sket..










D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

Hi Korang,

Meh nak citer sket pasal event ni ek

Blogger mak dara yang havoc nak ajak korang berZUMBA dalam D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY tak lama lagi. 

Ermm cam best je bunyinya.


La ZUMBA pun tak tau ke? meh aku citer sket

Zumba merupakan gabungan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek. Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.


Ok dah paham kan, so now

Mak dara nak war warkan pada anda tentang satu event bertemakan senaman ZUMBA iaitu event D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY. Event ini bakal mengumpulkan seramai 200 peserta yang meminati senaman ZUMBA. Acara ini adalah anjuran adik Mak dara sendiri iaitu ADZA TUTY dari D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD)


D'ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY


Tarikh : 11TH MAY 2014 
Masa : 11.00am – 3.00pm
Lokasi : Dewan Serbaguna Cempaka, Ampang Jaya


ATURCARA MAJLIS

* 11:00am : Pendaftaran peserta /Registration
* 11.45am : Bacaan doa 
* 12.00Pm : ZUMBA KIDS oleh ZIN ELLA (RM10 only for 7-11yrs kids) 
* 12.30pm : Persembahan oleh artis ALFIE ALWI(TIGA)
* 12.45pm : Cabutan bertuah / lucky draw
* 1.00 pm : ZUMBA FITNESS oleh ZIN D'ADZA RINA juga menampilkan tetamu khas penyanyi itu daripada ahli-ahli D'ADZA BAND ☆Tuty d'adza band ☆Shazroul d'adza band ☆E-one d'adza band
* 1.45pm : Cabutan bertuah / lucky draw
* 2.00 pm : ZUMBA GOLD oleh ZIN JLO 
* 2.30pm : permainan/ games dan sesi fotografi bersama semua peserta, para zin, crews dan tetamu VIP termasuk Blogger jemputan.


HARGA TIKET
Peserta : Dibuka kepada orang awam/ orang ramai
Pre-Register : RM40.00
Register at the Door : RM50.00

Bayaran boleh dibuat melalui bank in ke acc seperti dibawah:
●Adza tutyrianti bt adenan
●0142335336
●Cimb bank 14760001625205 
●Maybank ( 112259114990 )
●dadzafitness@yahoo.com 
(sila hantarkan slip bayaran/bank in)

Pada yang ada business dan mahu berniaga di event ni kami ada menyediakan tapak perniagaan untuk anda. RM 50 untuk satu tapak jualan.
Contact Adza Tuty at 0142335336 untuk RSVP!!!!

{ Buah tangan untuk para peserta}
- 200 pax goodies bag : free mineral + tidbits+ goodies 

{Hadiah Cabutan Bertuah }
*hampers 
*barangan elektrik

*1 buah Telefon Bimbit Lenovo
*1 pakej penginapan TM RESORT PD 2 hari 1 malam 
*1 pakej penginapan TM RESORT FRASER HILL 2 hari 1 malam 


Haaa memang padat acara D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY ni kan.. Dah hadiah cabutan bertuahnya pun hebat kannnn.. Jadi jomlah sertai D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY!!! untuk keterangan lanjut boleh hubungi:


(ADZA TUTYRIANTI)
0142335336
call/sms/whatsapp

(DZULLIDAIN RAZALI) 
010-434 7810
call/sms/whatsapp



FB PAGE 


D'ADZA FITNESS Social Media

●D ADZA FITNESS INSTAGRAM http://i.instagram.com/dadzafitness/
●D ADZA FITNESS FB FANPAGE https://m.facebook.com/dadzafitness/

●D ADZA FITNESS BLOG http://dadzafitness.blogspot.com/

Hah apa lagi, mehlah cepat register ek.

Aku of course lah, tapi tak sure lagi dengan sape coz Mr Big tak de time tuh. Jadi sapa nak jadi photographer aku ni

Bagitau ek...


Friday, April 25, 2014

Resipi Grilled Salmon Mudah


Hi Korang,

Aku ni memang tak berapa pandai sangat masak omputih ni. 

Semuanya google je, maklumlah masa anak dara dulu mak aku tak pernah ajar makanan western ni.

Lately ni, pandai lah sket


Ermm itulah aku sendiri pun tak sangka gak. Yang penting Salmon tuh fresh. Kalau ikut style chef mat salleh ni, dia cuma guna salt and pepper je.

Tapi kita orang Asia, especially orang melayu ni suke sangat modified jadi ala-ala Malaysian. Macam gambar kat atas tu, si gemuk B.I.L aku yang masak. Bila aku tanya apa ingredients untuk marinate, dia kata rahsia. Ishk saje je tau tak nak bagitau. Bila makan tuh, aku boleh rasa cam ade macam cili flakes, olive oil sket ermm sedap lah.

Nanti bila aku dapat korek rahsia daripada dia, aku kongsilah dengan korang ek. So now, tengok jelah gambar grilled salmon bersama spagethi aglio olio dan potato salad.

Selamat makan korang...