Monday, October 29, 2012

Anjung Selera Ikan Bakar, Seksyen 7 Bangi Boleh Tahan Sedapnya

Hi Korang,

Dah 4-5 kali lalu lalang depan kedai Anjung Selera Ikan Bakar ni tapi hati rasa cam malas plak nak cuba sebab orang sentiasa penuh lebih-lebih lagi awal bulan.


Jadi last week, dek sebab tak tau nak makan apa so ktorg pi try lah makan kat sini. Tengah bulan so tak ramai orang, aku assume mesti kedai ni mahal. Alah makan je lah kata Mr Big itu pun nak kira.



Sesampai je ktorg di suruh pilih ikan untuk di bakar. Ada few choices pari, cencaru, kembung, siakap, talapia, sotong, ketam dan udang. Malas nak fikir banyak pilih je ikan siakap. Kemudian baru order side dish yang lelain.



Yang memula sampai mesti lah air. Aku order fresh orange dan Mr Big soursop (durian belanda).Biasalah rasa buah, manis dan segar.



Ini plak sotong goreng tepung. Tepungnya crunchy. Tak delah tebal sangat. Nampak je berminyak tapi tak pun.


Ok sup ekor mari. Order semangkuk sebab tak de kuah nak hirup sesejuk buta ni. Terbaek kata Mr Big, sesuai dengan tekak dia, tak pedas dan tak banyak sampah. Telupa plak nak tunjuk gambo tulang la plak.


Telur dadar biasa je, rasa telur lah kan. Letak sket bawang goreng dan cili sos. Cam berminyak sket kan.



Ini dia ikan siakap bakar. Ikan dibelah tengah tapi tak putus. Disiram dengan sambal homemade ni. Tak delah pedas sangat sedap. 


Air asam pun di sediakan, tak cukup sila mintak lagi ye.

Overall bagi aku ok je. Tak delah hebat sangat but sedap dan boleh tahan rasanya gak. Isi ikan siakapnya manis bila dah letak home-made sos tu kan. Harga tak lah mahal pun, semua sekali yang ktorg makan tu cuma RM43.00 je. Ikan siakap tu lebih kurang RM22 je. Ok kan.

Nak datang kedai ni.


Anjung Selera Ikan Bakar,
No. 18, Jalan 7/7B,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

https://www.facebook.com/AnjungSelera

(Sebaris Petronas dan belakang Mydin je) Itu je landmark yang senang. Oh ye atas kedai makan ni ada gym. Maknanya lepas bersenam bukan main nak rak, bolehlah pi bedal kat bawah.

Korang yang duk dekat-dekat sini bolehlah try makan kat sini ek. Selain daripada ikan bakar ada jugak menu makanan yang lain yang belum sempat ktorg cuba lagi. Mr Big suka ikan bakar so ktorg bantai jelah makan ikan bakar.

Selamat makan

Ngapppp..





Dapat Camera Samsung Pink!

Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang ni.

Jeng jeng jeng


Aku dapat camera pink NX1000 dari Samsung Malaysia. Bangga kejap tau, nasib baik tak terkoyak suar ek.

Wewewe tak sabar nak snap sana sini walaupun hanya dapat guna sebulan je. Barulah blogger tegar kan.


So mari bercamwhore yeah!




Saturday, October 27, 2012

Keputusan Giveaway ‘Lori Oreo Comel’ Dah Keluar.


Hi Korang,

Mesti korang tertunggu-tunggu tentang giveaway ‘Lori Oreo Comel’ yang aku buat awal bulan ni kan. Haruslah semua mengelupur nak tau siapakah 3 pemenang bertuah yang akan dapat lori comel tuh.

Setelah 2 minggu aku memerah otak untuk tentukan siapa yang layak untuk dapatkan hadiah gorjes tuh, so ini dia:-


3 Pemenang Bertuah





Eh tak abis lagi, aku juga sediakan 5 hadiah misteri untuk korang yang bertuah ni. Mr Big punye idea. Please say thanks to him ye.










Untuk hadiah misteri ni, aku pun tak sure nak bagi apa lagi. Nanti aku bukak gobok ajaib kat bilik entertainment kat umah aku tu dulu ek. Kena selongkar satu persatu gobok ni. Actually aku ada banyak produk yang aku dapat masa event yang tak terusik langsung. So rezeki korang lah ye.

Congratulations kepada 8 orang pembaca setia blog mak ni nokss.

Sila emailkan details korang seperti Nama, Telefon no, Alamat kat mana nak anto bebarang ni, Facebook name ke jajasayang@gmail.com. Tak pun korang add je kat FB www.facebook.com/ciklilyputih mentioned kat situ Peserta Giveaway ‘Lori Oreo Comel’.

Kepada peserta yang yang tidak berjaya janganlah kecil hati ye. Kalau aku ni blogger jutawan aku memang sediakan hadiah untuk korang sorang satu. Giveaway kecil-kecilan yang tak de sponsor ni memang cam ni lah.

So stay tune untuk kat blog www.ciklilyputih.com yang comel ni untuk giveaway yang lelain ye. Aku ni suka buat giveaway spontan, anytime mood aku ok then aku buat lah ye.

p/s : Sila bagi masa kat aku dalam sebulan untuk penghantaran bebarang korang ni ye. Bukan apa aku memang kena curi-curi masa untuk settlekan semua ni sebab aku tak tau pun kat mana pejabat pos area rumah aku ni.