Friday, July 15, 2011

Cik Lily Perform D' Twisties Hero Band Party @The Bee PJ One

Hi Korang,

Lambat betul aku update pasal Twisties Hero Band Party ni lah. Serius keje melambak2 di tambah plak lagi event yang banyak plak kan. Kalau nak kira ada bayaran memang masyuk lah but aku bukan blogger mata duitan so its ok lah kan.


Aku dapat jemputan ni melalui fanpage Nuffnang dengan Twisties. Tak sangka plak boleh dapat sebab aku hantar tu cam memain je. Event ni kat The Bee PJ One. Alah aku penah pergi dulu masa event Maybeline SuperFilm. 


Sampai2 belum ramai orang lagi, majoriti bloggers chinese yang dapat maybe diorg alert sket not pasal fanpage nie kan. Borak2 sambil minum free flow soft lemonade, then tak lama pas tu Bella sampai with her ehem2 dan Pojiepooh with his tunang. Itu je kot blogger melayu yang aku kenal. 

The Elmo Band

Emcee event tuh Nick, one of nuffies jugak but dia nie jarang join event2 cam nie. Ktorg ada ice-breaker game then makan lah apa lagi. Gambo makan tak sempat amik coz aku dah lapo sangat time walaupun baru je balik dari Kenduri Garnier kan. 


Acara kemuncak on that night is performing band. Ktorg di berikan no yang membolehkan ktorg jadi satu band. Aku first band yang kene perform and we called 'The Elmo'. Aku as a drummer coz amoi baju belang tuh, Firdi kata dia boleh nyanyi. So aku plak kene main drum according warna yang kuar kat screen tuh. Hah lagu plak jarang dengar and amoi tu plak tak boleh nyanyi langsung. Dia asyik dok bantai gelak je dah aku kene back up nyanyi untuk dia. Ishkk.. nasib baik dapat 79% audience suka kan. 


After that rehat sekejap, kemudian mr Big ajak balik coz dia cam x sihat je. Sempat bagitau Bella je ktorg balik coz aku rasa event tu makin panjang dan hari dah nak tengah malam. 


So aku tak tau lah sapa yang menang dan sapa yang dapat tiket MTV World Stage tuh. Ala tak dapat pun tak per janji aku dapat twisties yang banyak ni kan.

Esoknya, Bella message kat komen yang semua orang perform tak kira kalah ke menang dapat MTV World Stage tiket tuh. Apa lagi trus tweet kat Fresh dan tanya. Rupanya dia simpankan untuk aku. Hehehehhe terus senyum sampai ke telinga lah kan.


Hah, inilah tiketnya. Nasib baik Hazman tolong amikkan hari tuh kat Nuffnang office dan tiket inilah yang aku buat giveaway tuh kan. Hah sapa yang belum join, meh cecepat tau join. Aku bagi ni sebab aku nak hargai penat lelah korang duk lepak2 kat blog merapu aku nie kan.

Meh, Klik je kat sini.



P/S : Kalau sesapa nak challenge aku nyanyi sila kan..huahauhauaha sangat riak kan!!!

Thursday, July 14, 2011

Giveaway : Sapa Nak Tiket MTV World Stage

Hi Korang,

Straight to the point je.

Sapa nak tiket MTV World Stage, angkat tangan? Aku tau ramai yang nak kan. Yelah kalau nak beli mesti mahal kot. Tunggu je orang offer kasi free cam aku kan. Yang aku tau artisnya international kan, ada Beast, Neo Trees, Pop Shuvit, Thirty Seconds To Mar dan ramai lagi lah


Nak kan? Boleh apa salahnya. Memang aku kasi free. Tak de charge pun. Cuma aku mintak korang join je first time giveaway yang aku buat ni. 

Caranya, senang je?

Aku kan join contest 'BLOGGERS WITHOUT BORDERS'. Klik sini kalau korang yang tak tau. Aku cuma nak mintak tolong korang 'VOTE' je video aku nie.


But nak 'VOTE' nie pun bercara jugak. Alah senang je. Korang kene save screen shoot setiap 5 kali screen 'VOTE'(print screen) tuh bertukar.

Contohnya cam nie :-

Base 'VOTE' sekarang ni  no. 43 kan. So no selepas nie korang kene amik screen shoot is no. 48, no seterusnya nya no. 53, lepas tu no. 58, lepas tu no. 63 dan last sekali screen shot pada no. 68. Itu je.

So masa korang open link tu no lain yang kuar, start dari no yang ko nampak tu lah kan. 

Kemudian save segala gambo screen shoot tuh, buat satu entry pasal giveaway nie ikut tajuk yang korang suka. Kemudian comment kat entry ni yang korang dah siapkan beserta permalink nya sekali tau.

Aku ada 4 tiket untuk MTV World Stage Concert nie. Kalau sorang je yang join giveaway nie, orang tu dapat kesemua tiket nie lah. Kalau 2 orang yang join kene bahagi dua, kalau ramai yang join, siapa yang paling cepat komen dia lah yang menang kan.

Dateline contest : 20th Julai 2011

Bukan aku nak paksa korang 'VOTE' aku kan but aku nak tengok siapa yang bersungguh2 nak kan tiket nie. Sebab aku sendiri pun bersungguh2 dapatkan tiket ni hari tuh tau. Jadi drummer lagi.

Itu je.. So selamat mengundi  yeah..

Hintnya : Senang je ko ajaklah kengkawan korang 'vote' aku kan. Lagi cepat lagi bagus kan.

Wednesday, July 13, 2011

Kenduri Seri Light Garnier Bersama Lisa Surihani Memang Terbaikk

Hi Korang,

Ahad lepas sempat jugak aku hadirkan diri ke Kompleks Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam ni atas jemputan PR Garnier Team iaitu Ms Connie Ng untuk memeriahkan lagi event ni. Katanya tapi memang meriah pun.

Duta Garnier yang terlatest..


Lagi duta kecil Garnier

View dari private room

Ko ingat ko retis ke lily? sudahlah

Bukan aku je but ada gak geng blogger yang lain macam Fara Eng, Jard, K Ina KL, Zuriati, Syuib dan Afra yang sampai lambat. Kami di layan macam duta kecil Garnier lah. Dapat duduk depan sekali dan ada private room untuk rehat2 dengan para media cetak yang lain sementara menanti acara nak start kan.

Kira jangan tak kira okeh, tiru boleh tak?

Domino Pizza tau! Special kan.

Lepas amik gambo kat depan hall tu, ktorg sempat main game yang telah disediakan. Ala senang je, kira bola kuning dalam bola besar. 5 yang betul dapat naik pentas jumpa Lisa Surihani. So memasing sibuk cuba kira seberapa yang nampak kan. Lepas tu ktorg di ajak ke private room sambil tunggu acara nak start, ktorg di hidangkan menu makanan yang cukup tempting walaupun sekadar mee hoon, pizza dan kuih muih tapi disebabkan time tu hujan plak, terus jadi lapar di tambah plak lagi sambil bergossip ala artis kan.

Lisa di temuramah oleh peminat

Duta kecil dan Duta besar Garnier

Lisa Surihani muncul lebih kurang pukul 1 lebih cam tu. Apa lagi ktorg yang duk depan ni untunglah coz dapat tengok Lisa dari dekat lagi. Eventho aku dah penah jumpa in person Lisa ni but tak jemu mata memandang lah kan. 5 perserta telah di pilih untuk bertanyakan apa jua soalan mengenai Lisa Surihani dan produk garnier ni. Maka dengan panjang lebar lah si Lisa ni bercerita terlopong sekejaplah mulut aku kan. Macam2 tips jugak Lisa bagitau pasal produk Garnier Light ni. Best best. Yelah aku kan kulit berminyak so confirmlah mestilah cuba kan.

Yang duk depan tu semua duta kecil Garnier okeh!

Penuh stage tuh.

Abis je acara Q & A ni, apa lagi acara 'photo op' lah. Mesti tak tau kan ape tuh? Kalau dalam term blogging nie we call it 'bercamwhore' lah kan. Ermm pendek kata semua peserta baik lelaki mahupun pompuan dapat bergambar dengan Lisa Surihani ni. Ktorg bloggers plak lagi best dapat bergambar sengsorang dengan dia. Lagilah masyuk kan. Adalah modal nak jeleskan bebudak bloggers lelaki nie kan.


Memang best kenduri Garnier ni walaupun penampilan Lisa Surihani ni sekejap je but impactnya memang seronok lah. Dahlah aku di antara yang memula sekali sampai dan aku jugaklah di antara yang last balik. Dahlah dapat banyak produk dalam satu goodies bag malah dapat tapau makanan yang sedap tuh specially karipapnya. Marvelous betul lah.


Anway terima kasih to Garnier Team specially Ms Connie Ng, Medeline (dia memang cantik dan baik), Federick dan semua sekali lah di atas layanan VIP yang diberikan buat ktorg bloggers yang tak berape glamer nie. All your kindness akan di kenang dan ini memberikan ktorg semangat untuk mereview produk dengan lebih berkesan lagi.


Cewah! Gaya tak ayat2 manis aku... heheehhe.. I love u Garnier.

Take Care! Garnier