Friday, April 11, 2014

BentoLive App – Video Streaming Service Secara PERCUMA Bagi Pengguna Masa Kini

Hi Korang,


Salah satu sebab aku memilih smartphone Samsung MEGA adalah untuk senang menonton video atau movie atau apa jua medium yang boleh menghiburkan hati aku.

Yelah dalam jem ke, dalam public transport ke at least boleh release tension sket kan.

Macam servis video streaming BENTO LIVE ni.




Aku dapat tahu mengenai BENTO LIVE App ni daripada Mix FM yang pagi tadi aku dengar. Diorang duk memperkenalkan servis ni. Sebelum ni pun aku dengar rumours je. 

Yang best tu ianya PERCUMA tau, FREE ye cuma korang kena menonton ade sket iklan sebelum video start. Ermm tu je, boleh apa kan. Servisnya ada dalam bentuk SD (Standard Digital) dan juga HD (High Definition).


Ini kategori TV 


Ini kategori Movie. Actually ada banyak lagi movie tau

Kategori Dokumentari pun ada, best gaklah. Tambah info sket, dapatlah tambah ilmu pengetahuan sket kan.


Selain daripada movie, Bento Live App juga ada kategori dokumentari, drama tv dan animate series alah kartun cam tu lah dan juga siap ada sarikata Bahasa melayu dan english gak la. Kira senang la memana yang korang tak paham bahasa tu boleh tekan subtitles ek.

Lepas tu, sekarang ni BentoLive ni korang boleh dapati di Samsung SmartTV dan juga Samsung Mobile Device. Betul lah, ada plak aku cakap main-main.


Besarnya 75” Samsung Smart TV ni, sukanya kalau ada kat rumah ek.


Hari tu, aku sempat ke Bento Live Office di D7 Sentul Link untuk menyaksikan sendiri video streaming service free ni di pasang pada 75” size Samsung Smart TV. Mak ai gempak tuh, memang besar sungguh uolls.

Ini baru trailer je tau, belum tengok filemnya lagi.


Kualiti HDnya ermm sangatlah flawless, cantik betul. Clear je nampak muka pelakon-pelakon filem tuh kan tapi service ni hanya ada di Samsung Smart TV je, TV lagi belum boleh lagi ni.


Download daripada Samsung App Store – FREE je



Alah korang kalau tak de Samsung Smart TV pun tak per, macam aku just tengok melalui Samsung Smartphone je coz aku download secara FREE di Samsung App Store. Kejap je dah boleh menonton video dah wei. Pada android user lain tapi bukan pakai Samsung, don't worry korang pun boleh menonton di sini hanya download app dalam harga RM6.50 gituh. Bayar sekali je lepas tu tengoklah seberapa banyak video yang korang suka ek.

Balik tuh, aku pun terus download Bento Live App ni kat tepon MEGA aku ni, register info apa yang patut then terus pilih filem yang kau nak tengok.




Aku dapat gak menonton filem Lucky Girl ni, ada masa sket so sempatlah kan.




Not bad filem Lucky Girl ni, mengisahkan tentang seorang pelajar yang pada mula suka-suka berjudi dan menjadi ketagih kesan daripada ketagihannya itu. Bagi aku cerita menarik kerana kelebihan seorang itu tak terikat pada sesuatu perkara yang diminat tetapi sesuatu yang tidak di sangka. Cuma ada unsur ganas sket lah, kalau bebudak confirm tak baik tengok filem ni. Ermm itu je.


Meh tengok iklan Bento Live ni ek. Barulah korang boleh paham sedikit sebanyak kan.

Apa lagi mehlah kita download Bento Live Apps ni ek. Memang syiok coz memacam yang boleh kita tonton untuk mengisi masa lapang kita tak kira di mana kita berada. 

Ni aku attach few link untuk korang nak tau lebih lanjut mengenai Bento Live


Official Website : http://bentolive.com/




Ermm pilihan di tangan korang, alah tekan je button download tu ek


Thursday, April 10, 2014

Dentiste' Plus White Nighttime Toothpaste


Hi Korang,

Pernah dengar ubat gigi untuk guna waktu malam je tak? ermm.. haruslah tidak, aku ni pun first time dengar gak tau.


Dentiste' Plus White Nighttime Toothpaste ni merupakan ubat gigi yang dapat mengurangkan bau mulut, membunuh bakteria dan ianya menyegarkan.


Di antara bahan-bahan kandungannya :

1. 14 natural extracts - natural antiseptics and antibacterials that helps prevent oral bacteria, gum diseases and bad breath. (Eucalyptus, Clove, Fennel, Anise, Salvia, Catechu, Commiphora, Cinnamon, Myrrhis, Chamomila, Ratanhia, Mint, Glycyrrhiza and Sage.)

2. Xylitol - Natural sweetener found in fruits and vegetables that odour-producing bacteria cannot feed on, so it helps decrease the growth of oral bacteria.

3. CDX (Cyclodextrin Complex) - Helps eliminate bad morning breath by trapping bad smell and prolonging fresh breath.

4. Silica Complex - Micronised silica complex helps get rid of plague without destroying natural tooth enamel.

5. Stable Vitamin C - An antioxidant that protects cells against damage and heals wounds for healthier gums.

Ermm hebat bahan-bahanya kan. Itulah kena tulis dalam English, kalau tak kang korang tak berapa nak clear kan. 


Kesan penggunaan

Lepas 2 minggu aku menggunakan Dentiste' Plus White Nighttime Toothpaste apa yang aku perkatakan yang ubat gigi ni mengurangkan nafas berbau pada waktu pagi. Ia juga membantu dalam mengurangkan masalah gigi sensitif aku ni. Tapi aku rasa ramai tak berapa gemar rasanya coz ianya tak seperti ubat gigi biasa kerana ia tidak mengandungi Sodium Laureth Sulphate (yang baik kerana ia akan menjadi lebih lembut pada gusi) dan rasa mint yang agak kuat. Bukan rasa loya atau pening-pening plak kan. Bagus sebenarnya la coz itu yang buat mulut korang rasa segar kan.

Aku ok je janji gigi bersih dan cantik kan.



Harga plak, ermm ada beberapa saiz iaitu

- RM12 for 60g
- RM18 for 120g

Korang boleh je dapatkan ubat gigi ni di Hermo Malaysia www.hermo.my klik kat LINK ni untuk details lagi produk ni ek

Ok gak la ubat gigi ni.. not bad rasanya...







Wednesday, April 9, 2014

Buat Pizza Sendiri Bila Dinner Di Chatz Brasserie PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur


Hi Korang,

Yeah, its Pizza time.

Aku memang suka makan pizza sebabnya ianya simple dan mudah untuk di sediakan. Cuma base tu aku kena struggle sket. Cara mudah beli je basic doh yang jual kat kedai tuh. Aku selalu beli kat Jaya Groccer dengan Giant. Tapi kalau dah sangap sangat, pakai roti gardenia pun boleh.


Tak pun korang boleh ke ‘Mama Mia Pizza’ Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel ni untuk menikmati hidangan pizza ciptaan mengikut citarasa korang.

Yelah, aku tak main-main sebab aku dah cuba sendiri tau.


Cuma tambah pelbagai jenis bahan mengikuti order form yang di sediakan, tak kisahlah korang nak letak udang lebih ke, tak nak bawang ke, salmon penuh satu doh ke kan. Semuanya boleh






Ada pilihan makanan laut macam udang, sotong, smoked salmon, kupang, ketam dan tuna. Kemudian untuk pilihan ‘from the land’ ada pepperoni, meatloaf, chicken strips, sliced beef, chicken satay dan telur




Sayur-sayur macam bawang, capsicum, cendawan, terung, tomato, kentang, gherkin dan olive pun ada jugak. Gravy plak ada tomato coulis, cream sauce, peanut sauce, tabasco dan pesto.

Aduiyai memang pening dibuatnya masa ktorang duk tanda order form hari tuh.













Rasanya lebih daripada 10 jenis pizza ktorang makan. Orang cuma 6 orang je tapi selera ermm memang menyengat betul lah. Memacam perisa pizza yang kita cuba, ada kombinasi yang betul-betul sedap dan ada yang argghhh rasa cam muak pun ada.




Untuk ‘Mama Mia Pizza Dinner’ ni, ianya pada setiap Khamis sahaja dari 6.00pm - 10.00pm yang mana korang boleh makan seberapa banyak pizza (unlimited order) dengan pilihan toppings ikut suka berserta dengan salad bar dan soup.

RM3 for free flow of Coke or Sprite
RM10 for a glass of draft beer
RM35 for a jug of draft beer.



Haruslah menarik kan, sambil nak tunggu pizza siap boleh makan salad dan sup dulu sebagai pembuka selera. Ermm tak gituh temah.

Harga Mama Mia Pizza Dinner ialah

RM49nett untuk seorang dewasa

Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau email chatz.prkul@parkroyalhotels.com


Jom kita ke

Chatz Brasserie
Parkroyal Hotel Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel : 03 – 2147 0088


Ermm tak tercakaplah cam ne rasanya ni. Langsung tak tercapai dek akal. Yelah satu malam boleh makan pizza sebanyak ini. Mau sebulan aku tak makan pizza lepas ni



*****************************


Kalau korang ingin mengikuti perkembangan aku dengan lebih mudah lagi cepat dan advance selain dari membaca di blog, boleh follow aku seperti di bawah... 

Instagram : @ciklilyputih

Twitter : @ciklilyputih

Google+ : +ciklilyputih

Fanpage : ciklilyputih.Com

p/s : musim nak tambahkan kenalan baru di social media, mana tau korang bertuah boleh dapat mystery gift kan.