Saturday, August 30, 2014

Teh Tarik 5 Sen Secawan Sempena Hari Merdeka 2014

Hi Korang,

Ada berita baik bagi penggemar teh tarik ye


Teh Tarik Place mempelawa semua rakyat Malaysia untuk datang bersama-sama dan meraikan semangat muhibah dengan minum segelas berbuih pada harga khas sebanyak 5 sen ini 31 Ogos 2014. Satu majlis telah diadakan untuk mengumumkan satu hari istimewa ini di cawangan utama mereka semalam di The Curve.


Di antara mereka yang menghadiri majlis itu ialah pemain biola, Dennis Lau, peminat permainan video pro Ashley Khoo, ahli band ini Back2Basixx tempatan, Aster Kyle G., Brendan Aloysius, Christian Theseira dan Daryll Nathaniel. 

“No true blue Malaysian needs an introduction to Teh Tarik and what better way for us to pay tribute to this National Beverage, undoubtedly the unsung hero for uniting Malaysians nationwide, than through this event,” kata Raymond Liew, Marketing Director of Chaswood Resources Sdn Bhd. 

(L-R) Christian Theseira, Emma Mallaburn & Aster Kyle G.

“Thus, in the spirit of celebrating Malaysia’s 57th birthday as well as the muhibah spirit that makes us uniquely Malaysian, Teh Tarik Place is leading the nation by pulling everyone together to raise their glass of Teh Tarik to commemorate this day of important national milestone,” tambah beliau lagi. 

(L-R) Raymond Liew, Dennis Lau & Ashley Khoo

Jika korang penggemar teh tarik yang hardcode baik jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan segelas Teh Tarik pada 5 sen di mana-mana 12 cawangan Teh Tarik Place seluruh Negara pada hari Merdeka ini. Kebanyakan kedai-kedai Teh Tarik Place beroperasi dari pukul 10 pagi dan seterusnya. Waktu operasi mungkin berbeza-beza mengikut lokasi. Untuk senarai cawangan, pergi ke www.tehtarikplace.my atau layari https://www.facebook.com/tehtarikplace. 


Teh Tarik Place terletak di: 

• Tingkat Bawah, The Curve, Mutiara Damansara 

• Tingkat Bawah, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya 

• Bawah lantai yang lebih rendah, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya 

• Bawah lantai yang lebih rendah, Nu Sentral, Kuala Lumpur 

• Tingkat Bawah, Sooka Sentral, Kuala Lumpur 

• Tingkat 3, IOI Mall, Puchong Jaya 

• Aras 2, Paradigm Mall, Kelana Jaya 

• Aras 2, Setia City Mall, Bandar Setia Alam 

• Tingkat Bawah, Hospital Pakar DEMC, Shah Alam 

• Tingkat Bawah, Kompleks Bangi Gateway Shopping, Bandar Baru Bangi 

• Tingkat Bawah, Ayer @ 8, Presint 8, Putrajaya 

• Tingkat Bawah, Kompleks MetroPoint, Kajang


Friday, August 29, 2014

Pekena Kopi Di Old Town White Coffee

Hi Korang,


Bila datang bosan petang-petang hari ahad tu, memang kerja aku cari kedai untuk lepak minum kopi. Bukanlah kopi dolce gusto kat rumah tu tak sedap tapi sekali sekala nak juga rasa kopi kat luar.

Petang ahad hari tuh dah nampak cam mendung-mendung je, Mr Big ajak keluar sebab saje nak cuci mata. Tengok muka budak 2 ekor hitam tuh, rasa bosan plak so ktorang pusing-pusing area Bangi jelah.

Jalan punya jalan, tup-tup nampak Old Town White Coffee plak.

So singgahlah minum, lagipun rasanya dah lama kat sini kan.

Tak de order banyak pun sekadar menu minum petang.

Cuma 


Kopi O sorang secawan

Dan


Karipap sorang 2 keping.

Orang plak tak berapa ramai, memang rileksla tempat tuh.


Tapi yang tak berapa nak best tuh, aku expect bila aku order Black Coffee tuh seharusnyalah kena hitam pekat melekat di tekak. Macam kopi yang mak-mak kita bancuh kat kampong kan.

Rupanya


Nescafe O, cair benau. Boleh tengok tekstur air kopi tuh. Kata nenek aku jarang nau kopi ko ni, cam kedekut sangat nak letak bebanyak kan. Langsung tak de rasa kopi O cuma rasa nescafe je. Maybe sebab aku tak order signature kopi diorang kot, tu yang jadi cam tuh. 

Ini tekak aku lah kan, agaknya korang ok la kot.

Tak per tak per think positive.

Lepas ni jangan order jelah kopi tuh or kata Mr Big kalau pi makan kat sini jangan order kopi walaupun itu kedai kopi kan.

So ikutlah korang, the choice is yours...

Selamat minum petang korang..




Thursday, August 28, 2014

Tak Baik Buat Begitu, Tak Sayang Ke

Hi Korang,

Simple quick entry di pagi ini gara-gara melayan youtube mengenai kucing malam tadi.


Of courselah aku sayang sangat binatang especially kucing, dah sebab tu jugak aku sanggup bela 2 ekor budak hitam #DakUban dan #DakPusat walaupun aku sememangnya sibuk 24jam kurang melekat kat rumah.

Tapi sanggup tak korang buat begini kepada binatang kesayangan korang


Meh kita cucuk kepala dia hahahha muke yang tukang cucuk tuh bukan main jahat lagi kan


Tengok dah tercabut dah dengan telinga sekali hilang.

Hahahahha

Tapi itu bukanlah binatang betul pun, sekadar hiasan cupcake yang aku dapat masa event baru-baru ini.

Sungguh kejam!

#DakPusat masa 2 bulan cam tuh, comel je kan

Bila tengok kepala kucing comel tercabut, terus teringat kat budak berdua kat rumah tuh. Cercepat sambung balik kepala kucing comel ni.

Itu perasaan orang yang sayangkan binatang tapi bagaimana pula orang yang langsung tidak ada belas kasihan terhadap binatang? 

Ermm fikir-fikirkan lah

Nak sambung keja dulu ek..