Showing posts with label Mines. Show all posts
Showing posts with label Mines. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Semuanya Dari Oversea

Hi Korang,

Sejak pindah ke Safari ni, aku rasa hidup aku x berapa nak betul sket. Mana taknya sekejap kat Nilai tup tup sekejap lagi kat Safari. Oit memang totally flat lah kan. Segalanya bertukar menjadi baru kan. So semua nak kena handle.

Di sebabkan aku ni dah terlampau sibuk sangat dengan hal pindah memindah ni kan, dengan baik hatinya bos tinggi aku ni pi lah membeli belah bebarang sket untuk kegunaan opis.

Antara yang di shopping :-

Ermm shopping kat Ikea tuh

Balang gula, kopi, teh pun Ikea jugak

Mangkuk gula-gula pun Ikea

Mug beso pun Ikea jugak

Tong sampah dan pinggan pun Ikea

Yang best ni, drainer pun Ikea ok

Ermm macam tak caya pun ada. Bos tinggi aku ni, nampak cam nerd2 tak henggat tapi kira high class jugak taste dia kan. Banyak lagi barang yang dia beli tapi aku tak sempat nak amik gambo.

Mentang2 lah company oversea, bebarang pun nak dari oversea jugak.

Ishkk memacam kan.



Friday, October 7, 2011

Lintang Pukang

Hi Korang,

Perasan tak, lately ni  aku update entry pendek2 je kan? Hah itulah. 

Sebab aku sibuk nau sekarang ni dengan project baru. Project ape? nama leh cakap? Rahsia dulu k.. Disebabkan dengan project baru nie, office aku dah macam di landa tsunami dah. Tak caya? meh tengok nie

Kotak bersticker jaga-jaga. banyak tuh

Mesin photocopy dah terbarai

Atas meja bertaburan

Kotak-kotak berlabel danger, tapi ada nama aku plak tu kan

Hah, terperanjat kan? Memang betul-betul di landa tsunami kan. Macam perang salib pun ada gak. So tunggu lah bila project terbaru aku settle nanti aku citer kan korang ek..

Stay tune..

Tetiba mood lagu  'Selamat Tinggal' Dina dengan Zizan plak lah kan.. huhuhuhuhuhu..

Tuesday, February 9, 2010

Bloggers Ngada2 Di Mines


hah inilah dia acara bloggers ngada2 di Mines. Mengada kan? Bean jangan ko ingat ko tu tinggi okeh!
Melz lagi tinggi sebenarnya.. Ala x sempat nk amik gambo dgn ko Melz..

La korang tak caya, tengok nie:-

Nie Organizer, Cik Hel & Bean. 
Yg lelain tuh, suker interframe okeh! Bean ko jangan ingat itu semua dayang2 ko okeh! nyampah akulah..

Acara yang di aturkan, macam-macam okeh, tapi aku suka acara makan. Tapi sayang si Bean tu kedekut nak belanja tau!
Sessi gelakkan orang main bowling di Bowling Centre. Terbahagi kepada 4 group. Group yang paling corot sekali adalah group Bean.
Sessi penyampaian hadiah untuk Pesta Pantun anjuran Cik Hel. Eny dapat teddybear tu. Sesungguhnya akak jeles okeh! mr Big nak teddybear gak.. huhuhuhu

Sessi berguru di Sifoo Melz kite mengenai Nuffnang dan blogging tips.Semua tekun mendengar.

Sessi bakar jantung yang di ketuai oleh Daydeck & Aus aka Dlm hati ade taman

Yang datang, korang tengok nie:- hebat kan!
Anak-anak dara yang comel2 belaka
Orang-orang bujang yang kononnya macho

Yang mengikut tema putih

Yang mengikut tema merah. Oit! apsal ade hijau plak  nie ek?

Kesimpulannya:
- terima kasih kepada penganjur yang sangat kelakar Cik Hel kite
- seronok sangat dapat kenal dgn Fateha & Hairi, Tasha & E1 , Eny & teman tapi mesranya, Jard & Ujie.
- terima kasih kepada Melz yg sudi bagi ilmu kat ktorg
- dapat kenal Bro Eyriqazz
- dapat perdajalkan Bean, go Loser Gang!! Aus & Daydeck
- dapat kenal gak dengan Bob,Abuya, Cikgu Yann, model tudung Rina Salleh dan Hidayah

Sesungguhnya:
Seronok sekali ada geng untuk gelakkan orang nie!

Walaupun banyak bende nak citer, tapi aku malas nak tulis bebanyak, korang check it out bebudak lain pun blog kay.

p/s: sesape yg lom forward email, sila bagi untuk pengantaran gambo. Tapi biasalah kan email so antau sket2 la ye.
        Aus & Daydeck : memang RinaSalleh tu model tudung lah! Cis berani korang gelakkan aku kan?? Siaplah nanti korang.

Monday, February 8, 2010

Sila Amik Perhatian : Gather2 Bloggers Di Mines Semalam.

Apakah yang sedang berlaku kat sini?
Cuba korang teka, minah baju kuning tu buat ape dan mamat paling tinggi tu sape?

kalau korang leh jawab aku akan forwardkan 210 keping gambo masa event nie untuk korang.

ops, lupa nak pesan plak. Terbuka kepada sesapa yang join event nie semalam.

p/s :  daydeck ko x yah jawab okeh! kang aku plak x dpt gambo dari dia. Uisk!!! yang lain jawab tau!