Showing posts with label Johnson Body Care. Show all posts
Showing posts with label Johnson Body Care. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Johnson + NEELOFA + Nurita Harith = Fashionista Gaya Ayu


Hi Korang,

Lama tak citer pasal event ek, bukan apa press releasenya baru jumpa.


Boleh tulis based on experience but ada some facts plak, kang kalau salah mak jugak yang kena nokss.


Johnson’s Body Care (JBC) siapa yang tak kenal? Masa mak aku time jaga anak orang dulu, menda alah ni lah yang dia tepek kat badan bebudak kecik ni. Wangi katanya sampai aku sendiri boleh terpengaruh dah sampai la ni duk gunakannya.


Johnson BC memberi penghormatan kepada kecantikan kulit yang lemut melalui pertunjukan fesyen eksklusif penampilan koleksi ‘Gaya Ayu’ oleh pereka fesyen Nurita Harith dan digayakan oleh selebriti pengacara TV dan pelakon Neelofa Mohd Noor dan Megan Tan serta pelakon Almy Nadia.


Neelofa

Megan Tan

Almy Nadia

12 jenis rekaan yang menampilkan fabric satin dan sifon serta kain lembut berjaya menarik tumpuan sidang media di persembahan fesyen penuh kelembut bertemakan ‘Serlahkan Keayuanmu’. Cantik-cantik koleksinya, eh aku plak yang lebih ek.




Diilhamkan berdasarkan rangkaian Johnson BC, keindahan busana koleksi ‘Gaya Ayu’ Nurita Harith menyerlahkan lagi kecantikan kulit wanita yang lembut dan menghasilkan gaya yang penuh kewanitaan untuk para wanita Malaysia yang moden dan berkeyakinan secara sempurna-sama ada untuk bekerja, menghadiri majlis makan malam atau chill out with friends.

Eh, belum abis lagi la..

Baca ni


Sempena dengan pelancaran koleksi ni, Johnson BC turut menjemput para wanita Malaysia menjadi fashinista tersendiri dan mempamerkan diri dalam gaya yang tercantik dan penuh dengan kelebutan melalui suatu peraduan yang mengutamakan kepentingan memiliki kulit yang lembut dan cantik untuk menyerlahkan lagi pilihan fesyen tersendiri, sama ada kasul, bergaya atau formal.


3 orang pemenang akan membawa pulang pakaian yang direka khas oleh pereka Nurita Harith dan juga berpeluang muncul dalam buku fesyen digital bersama selebriti Neelofa, Almy Nadia dan Megan Tan, wang tunai RM5,000 dan hamper produk Johnson & Johnson bernilai RM100.


Rangkaian losyen Johnson Body Care ini diperkayakan dengan bahan semulajadi, dirumus demi melembapkan kulit kering yang tidak bermaya dengan mudah, menjadikan lemut licin dan cantik berseri. Rangkaian produk kulit ini terdapat dalam empat pilihan iaitu 24 Hours Lasting Moisture Body Lotion ; Oxygen Fresh, Gel Lotion ; Melt Away Stress Daily Calming Lotion dan Naturally White Daily UV Lotion.

So kengkorang yang kaki fashionista tu kalau nak tau lebih info pasal online contest ni jom check it out Peraduan Serlahkan Keayuanmu di www.facebook.com/JBC


Ishk sapu losyen kat tangan sket, baru la best nak dipegang-pegang kan.