Hi Korang,
Seriously kak lily ingatkan Lamb Weston ini menjual kambing tapi ermm salah wei salahhhh!!!
Masa sampai dekat event, kak lily ingatkan food review. Sekali sampai dekat acara tasting “Rasa Bersama” anjuran Lamb Weston, terus rasa macam masuk dunia kentang goreng versi premium Masuk je ruangan event, belum sempat duduk elok, bau kentang goreng panas dah menyapa dulu. Memang jenis bau yang buat orang terus cari meja makanan.
Lamb Weston & Terus Faham Kenapa Diorang Obses Dengan Kentang
Korang pernah tak rasa bila makan kentang goreng dekat restoran rasa dia tak sama macam dekat rumah? Untuk yang tak familiar, Lamb Weston ni jenama global kentang sejuk beku, dan sekarang diorang bawa kentang goreng bertaraf restoran terus ke pasaran runcit Malaysia. Maksudnya… yang selalu makan dekat kafe tu, sekarang boleh masak sendiri dekat rumah.
Event dimulakan dengan perkongsian tentang macam mana Lamb Weston nak bawa pengalaman fries bertaraf restoran ke dapur rumah rakyat Malaysia. Eh, korang tau tak, Lamb Weston yang pertama sekali yang mencipta Twister fries dalam dunia?
Yes, bethol!!
Lepas tu ada demo cara penyediaan dan yang bestnya, guna oven atau air fryer pun dah boleh dapat tekstur macam fries kafe. Tak perlu deep fry pun. Ini memang berita baik untuk yang nak cepat, senang dan kurang renyah (dan sihat la kan?).
6 Jenis Fries, 6 Personaliti Berbeza
Bahagian paling seronok mestilah sesi rasa. Lamb Weston perkenalkan enam potongan signature, dan setiap satu memang ada karakter sendiri. Bukan sekadar kentang potong lurus biasa. Setiap satu ni ada keunikan masing-masing dan sesuai sangat kalau nak buat hidangan yang berbeza.
Twister™ Fries Seasoned
Bentuk berpintal, rangup luar lembut dalam, siap berperisa. Makan tanpa sos pun dah sedap.
Waffle Fries Seasoned
Bentuk macam jaring ni bagi lebih permukaan rangup. Memang ngam untuk cicah sos berkrim atau pedas.
Ziggy™ Fries Seasoned
Zig-zag ikonik dengan lekuk lebih dalam — maksudnya lebih banyak bahagian rangup setiap gigitan.
Potato Dippers™ Natural
Bentuk macam sudu kecil. Memang dicipta khas untuk cedok sos. Yang ni confirm jadi kegemaran budak-budak (dan orang dewasa juga).
Rustic Fries Natural
Potongan V dengan kulit sekali. Nampak rustic, rasa macam fries yang selalu jumpa dekat kafe hipster.
Grill Fries Salt & Pepper
Bentuk beralun dengan perisa garam & lada. Simple tapi rasa dia “jadi”, jenis makan tak sedar satu dulang boleh habis.
Rangup Dia Bukan Sekejap, Tapi Lama
Antara benda yang buat kak lily impress ialah semua fries ni disalut dengan Stealth™ batter, salutan khas yang bantu kekalkan kerangupan sampai dua kali lebih lama berbanding kentang goreng biasa. Maknanya sangat sesuai kalau nak hidang masa tetamu datang (sebab boleh masak awal), letak atas meja masa potluck atau jenis makan sikit-sikit sambil borak panjang. Tekstur dia tak cepat lemau. Itu penting.
Bonus lagi ialah produk-produk ni Halal, vegan dan bebas gluten, jadi lebih mudah nak kongsi dengan ramai orang tanpa terlalu risau tentang keperluan diet berbeza.
Fries Pun Boleh Jadi Hidangan “Perayaan”
Di penghujung acara, ada demo masakan oleh chef yang gunakan fries ni sebagai sebahagian hidangan bertema perayaan. Memang kena sangat dengan suasana Malaysia yang tak lama lagi masuk musim Tahun Baharu Cina, Ramadan dan open house. Dari kentang goreng biasa, terus nampak macam hidangan yang sesuai letak atas meja jamuan.
Bukan Sedap Je, Tapi Fikir Pasal Alam Sekitar Juga
Satu lagi yang dikongsi masa event yang buatkan kak lily rasa macam wow sangat ialah plastik pembungkusan runcit baharu Lamb Weston direka lebih nipis dan menggunakan bahan boleh diperbaharui yang sebahagiannya datang daripada minyak masak terpakai.
Ini sebahagian usaha kelestarian global diorang untuk kurangkan pembaziran makanan dan pelepasan karbon dalam jangka panjang. Jadi bukan sekadar fokus pada rasa, tapi juga impak kepada alam sekitar.
Dah nak dekat puasa, ini memang kena ada standby dalam freezer rumah.
Boleh la nak buat kudap-kudap lepas balik terawih nanti ke kan? Kalau memang peminat kentang goreng, rangkaian Lamb Weston ni memang patut masuk dalam senarai beli.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments :
Post a Comment