Tuesday, February 3, 2026

Goodday Charge Satukan Siri Premium Astro Originals 2025 Dalam Video Sinematik Eksklusif, ‘Yang Terhebat’

Hi Korang,

Goodday Charge, susu berperisa coklat diperkaya pertama di Malaysia dengan 10 nutrien penting, dengan kerjasama Astro Originals, hari ini memperkenalkan ‘Yang Terhebat’, sebuah video jenama sinematik eksklusif yang digerakkan oleh visi kreatif yang kukuh. Video ini menghimpunkan lima siri premium Astro Originals 2025 iaitu One Cent Thief, First Wives, Honey Trap, Generasi: Perfect 10 dan Bad Cop di bawah satu platform jenama yang menyatukan semuanya.

Cik Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn. Bhd., bersama barisan pelakon, pada pelancaran gimmick ‘Yang Terhebat’ Goodday Charge.


Lebih daripada sekadar kompilasi kandungan, ‘Yang Terhebat’ mencerminkan kepercayaan Goodday Charge terhadap tenaga luar biasa, daya ketahanan serta kekuatan mental dan disampaikan menerusi penceritaan yang melangkaui setiap siri dan skrin. Dengan mesej jenama “Memang ada yang hebat, hingga munculnya yang terhebat”, video sinematik berdurasi satu minit ini menandakan evolusi Goodday Charge ke arah penceritaan premium yang berteraskan budaya.

Video Yang Terhebat menampilkan barisan pelakon utama daripada kelima-lima siri premium tersebut, termasuk Syafiq Kyle dan Syarul Ezani (One Cent Thief), Mimi Lana dan Carmen Soo (First Wives), Arena Wan dan Arabella Ellen (Generasi: Perfect 10), Nina KSC (Honey Trap), serta Aiman Hakim dan Jayram Sai (Bad Cop). Penyatuan mereka mencerminkan DNA sebenar Goodday Charge, iaitu tenaga yang berterusan, fokus di bawah tekanan, serta semangat untuk bangkit dan melangkaui batas.

Selain filem utama, kolaborasi ini turut memperkenalkan lima video jenama berdurasi 30 saat, masing-masing diinspirasikan oleh satu siri premium dan disiarkan seiring dengan tayangan siri tersebut. Pelaksanaan ini menonjolkan tema kekuatan, ketahanan dan semangat luar biasa yang selari dengan watak-watak serta jenama Goodday Charge. Setiap watak turut dipaparkan bersama ikon ⚡ (kilat kuning) yang melambangkan simbol visual kepada kempen ‘Yang Terhebat’.

Bagi meraikan pelancaran rasmi video ‘Yang Terhebat’, Goodday Charge dan Astro Shaw menganjurkan acara istimewa iaitu ‘Reunion Charge Terhebat’ di TGV Alamanda, Putrajaya, pada 24 Januari 2026, 10 pagi hingga 6 petang. Acara ini memberi peluang kepada penonton dan peminat untuk merasai sendiri secara eksklusif kelima-lima dunia siri premium tersebut.

Cabaran Charge Terhebat: Pencarian “Yang Terhebat”

Aktiviti yang dianjurkan dirangka sebagai Cabaran Charge Terhebat , di mana ia merupakan pencarian secara fizikal oleh Goodday Charge untuk mengenal pasti individu yang benar-benar melambangkan “Yang Terhebat”. Para peserta bersaing dalam lima cabaran berteraskan jenama, masing-masing diinspirasikan oleh satu siri premium, bagi menguji ketepatan, fokus, ketahanan dan kekuatan mental mereka.



Peserta yang berjaya melengkapkan kesemua lima cabaran akan disenarai pendek, dan 10 finalis terpilih bersaing secara bersemuka untuk merebut gelaran ‘Yang Terhebat’, dengan peluang memenangi hadiah utama dan jumlah kemenangan keseluruhan bernilai sehingga RM10,000.

Lima cabaran tersebut ialah:

  1. Stop Time Challenge (One Cent Thief)
  2. Read The Lips Challenge (First Wives)
  3. Spy Card Challenge (Honey Trap)
  4. Stacking Challenge (Generasi: Perfect 10)
  5. Aim & Fire (Bad Cop)

Mengulas mengenai kolaborasi ini, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, berkata, “Di Etika, kami sentiasa percaya pada kekuatan cerita tempatan dalam memberi inspirasi dan mendekatkan rakyat Malaysia. Kerjasama kami bersama Astro Shaw menerusi Siri Premium Astro Originals membolehkan kepercayaan ini diterjemahkan dengan visi yang mencerminkan Goodday Charge iaitu bukan sekadar sebuah produk, tetapi sebagai susu coklat diperkaya dengan nutrien penting yang direka untuk membekalkan tenaga berterusan bagi menyokong ketahanan, fokus dan keazaman.

Goodday Charge dicipta untuk membantu rakyat Malaysia terus melangkah ke hadapan, dan kisah-kisah yang kami bawakan ke skrin mencerminkan semangat yang sama. Ia mengingatkan kita bahawa walaupun ramai yang hebat, hanya mereka yang terus berusaha dan melangkaui batas akan menjadi benar-benar terhebat.”

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Tahun lalu, Astro Originals telah mempersempahkan lima siri premium berbeza, dan pencapaiannya bukan sekadar menerima respon positif dari segi tontonan, malah turut mencetuskan keterujaan luar biasa di kalangan peminat, melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti tayangan eksklusif bersama peminat, sesi berjumpa barisan pelakon, serta peluang memenangi hadiah istimewa, hasil daripada kerjasama strategik bersama Goodday Charge.

Tambah istimewa, kolaborasi ini merupakan kerjasama berterusan sepanjang setahun yang melibatkan lima siri premium, seterusnya menandakan satu detik inovasi dalam menyatukan kandungan, jenama dan peminat secara menyeluruh. Bagi meraikan dan sebagai tanda kemuncak, kami himpunkan watak-watak di bawah siri premium Astro Originals di dalam sebuah video eksklusif dengan misi yang sama iaitu ‘Memang ada yang hebat, hingga munculnya yang terhebat’. Kami berterima kasih kepada Goodday Charge kerana meletakkan kepercayaan kepada kandungan tempatan untuk tampil kreatif dan berimpak.”

Video eksklusif ‘Yang Terhebat’ kini boleh ditonton di platform televisyen, radio serta media sosial Goodday Charge, Astro Shaw dan Astro Gempak.


Bagi mereka yang terlepas acara fizikal tersebut, pencarian ‘Yang Terhebat’ diteruskan dan peminat masih berpeluang membuktikan potensi luar biasa mereka dengan menyertai Goodday Charge AI Content Creator Contest, sekali gus memperluaskan Cabaran Charge Terhebat ke ruang digital. Peserta dijemput untuk menghasilkan kandungan janaaan AI yang melambangkan tenaga, fokus, keyakinan, produktiviti atau detik kemenangan, dengan hadiah bernilai sehingga RM10,000 menanti untuk dimenangi.

Maklumat lanjut dan mekanisme penyertaan boleh didapati di akaun TikTok rasmi Goodday Charge MY.


No comments :