Showing posts with label Cafe di PICC. Show all posts
Showing posts with label Cafe di PICC. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa PUTRAJAYA)

Hi Korang,

Bab makan-makan memang tak pernah abis. 


Senantiasa ada jelah, non-stop orang memanggil mengajak review. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. 

Jom sekali lagi kita ke PICC untuk buffet ramadhan 2014 kan




Masih mengekalkan hidangan tradisi dimana kebanyakan makanan adalah hidangan yg di sediakan sendiri oleh barisan chef yg profesional. 







Di antara menu yg ada di sana adalah seperti Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa, Ayam Gulai Nangka dan Gulai Daging Pisang Muda.








Buffet kali ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti "Pembuka Selera", "Sup Masyuk Berasap", "Gerai Utama PICC", "Mangkuk Panas", "Kawah Berapi", "Sejuk Badan", "Kebun Buah Pak Rusmie" dan "Dahaga". Semua bahagian ini tersedia dalam set buffet Ramadhan di PICC dan semua di sediakan segar dan terbaik oleh chef2 PICC.




Tapi lain nya berbuka puasa kat sini bukan setakat dapat makan yg sedap2 tetapi juga pihak PICC mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah duit raya sehingga RM3000. Manakala hadiah barangan bernilai sehingga RM10,000 seperti TV LED 40' dan telefon pintar Samsung Note 3 dan banyak lagi. Sekiranya anda makan buffet Ramadhan di PICC secara automatik akan layan untuk sertai cabutan ini dan keputusan akan di umumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC.


Selain tu juga, ada lagi special berbuka puasa di PICC Putrajaya ini untuk tahun ini. Tetamu yg dtg akan di hiburkan oleh seorang penghibur tanah air yg popular iaitu Rosma AF setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Sambil makan bukan sahaja dpt hadiah malah dpt berhibur lagi mana nak cari hanya ada kat PICC Putrajaya. Buat tempahan anda sekarang selagi masih di buka.


Bagi syarikat atau mana badan yg mahu menganjurkan majlis berbuka puasa secara exclusive boleh buat tempahan di PICC Putrajaya dengan harga tawaran istimewa. Bagi Pakej Ramadhan Exclusive ini di sediakan di hall2 yg ada di PICC ini dan hidangan juga special lain dari tetamu lain. So anda boleh buat tempahan sekarang dengan berhubung sperti di bawah.

Untuk buffet ‘Hidangan Tradisi Warisan Budaya’ ni, ianya bermula dari 30hb Jun 2014 hingga 27hb Julai 2014.

Harga buffet ramadhan di PICC ni adalah

RM80++ untuk dewasa
RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) 

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8887 6000 ext Cafe@PICC

Jom kita ke


Cafe@PICC
Putrajaya International Convention Centre,
Dataran Gemilang, Presint 5, 62000
Putrajaya





Friday, April 4, 2014

Garden BBQ Grill Di PICC Putrajaya


Hi Korang,

Garden + BBQ Grill apa lagi yang korang nak di kala hujung minggu kan.

Bagi aku this is perfect.

Hari tu dapat cuba BUFFET LUNCH di PICC now dekat Garden plak. Syiok tuh.


Chillax dengan yang tersayang, kawan-kawan, family members, geng yang dah lama tak jumpa ermm alangkah indahnya.








Bila team PICC ajak ktorang (aku + MrBig) mencuba menu BBQ di Garden Ground Level mereka, ermm haruslah tak lepaskan peluang. Memang payah nak cari tempat di sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang ni yang menyediakan hidangan BBQ kan.

Mehlah kita intai sket orang kata sneak peak di antara menu-menu yang di hidangkan di sini.



















Untuk korang mencuba BBQ Grill buffet ni special sket tau, pihak PICC hanya menyediakan buffet ni sebulan sekali sahaja dari jam6.00pm hingga 10.00pm. Bukan apa, kalau sambutannya memberangsangkan of course diorang akan buka setiap minggu punya.

Tengok apa yang ktorang makan plak..









Harga buffetnya:


RM80.00 untuk dewasa

RM40.00 untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) bawah 5 tahun PERCUMA

Alah sebulan sekali belanja family apa salahnya, mesti diorang suka punya lah. Kalau tak pun, yang mana bos-bos nak belanja staff makan, kat sini lah tempatnya.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8887 6000 ext Cafe@PICC

Jom kita ke


Cafe@PICC
Putrajaya International Convention Centre,
Dataran Gemilang, Presint 5, 62000
Putrajaya



Korang-korang kat dekat dengan PICC tu eloklah pi cuba, lagipun dekat dengan korang punye rumah kan. Tukar angin sket, makan yang grill-grill plak kan