Monday, June 5, 2023

GSC melancarkan pawagam terbesar di Malaysia di IOI City Mall!

Hi Korang,

Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) melancarkan pawagam terbesar di Malaysia di GSC IOI City Mall, setelah siapnya GSC IOI City Mall 2 (Timur). Dengan gabungan 26 skrin yang tersedia, pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman sinematik yang memukau di bawah satu bumbung.


GSC IOI City Mall adalah impian setiap peminat filem kerana pawagam ini merupakan hab hiburan 360 yang dilengkapi dengan teknologi skrin terkini dan menawarkan semua format filem seperti pilihan panggung wayang IMAX dengan teknologi Laser pertama di Malaysia, 4DX, D-BOX, dan Dolby Atmos, berserta ScreenX dan dewan BIG yang dijadualkan siap nanti. Penggemar filem juga dapat melengkapkan pengalaman sinematik mereka dengan membeli barangan koleksi filem kegemaran di Keepsake. GSC IOI City Mall 2 juga merupakan lokasi utama panggung wayang mesra keluarga terbesar GSC yang dipanggil PlayPark. Anak-anak kecil boleh berlari, bermain dan melompat tanpa gangguan dan terdapat juga kawasan permainan bersebelahan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain. Di samping itu, GSC turut memperkenalkan Happy Food Co. iaitu kafe pertamanya di Lembah Klang yang terletak di GSC IOI City Mall 2 yang menawarkan minuman susu kocak yang istimewa dan pelbagai hidangan yang lazat.

“Dengan 55 lokasi pawagam di seluruh negara, 2023 telah menyaksikan permulaan tahun yang positif untuk GSC, dengan pertumbuhan berterusan dalam tempoh yang akan datang. Kami ingin menyediakan akses dan tawaran yang lebih hebat kepada peminat filem, oleh itu GSC telah merancang untuk memperluaskan rangkaian pawagamnya di 8 lokasi baharu di seluruh negara pada 2026. Kami akan teruskan momentum dengan pelancaran pawagam terbesar kami di Malaysia dan tayangan beberapa filem blockbuster yang dijangka akan keluar pada musim panas akan datang dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan GSC sebagai peneraju pasaran,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas.

Dengan keluasan lebih daripada 79,000 kaki persegi, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan kepada semua peringkat umur.

Ucapkan “HELLO” kepada Panggung Wayang PlayPark GSC terbesar

Merealisasi impian setiap kanak-kanak, panggung wayang PlayPark terbesar di GSC lengkap dengan kawasan bermain yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur, serta maskot bertemakan popcorn kesayangan kami - Jesse & Friends! Ruang tersebut dilengkapi sudut bacaan yang menarik, menara mendaki yang dikenali sebagai 'Soda Can', pit bola, dan dinding permainan interaktif oleh Champs, sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Bagi kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun, keseronokan ‘Menara Popcorn’ menanti mereka di mana ia mempunyai gelongsor terpanjang di dalam sebuah pawagam.




Panggung wayang PlayPark yang terbesar ini juga menyediakan kemudahan penting seperti bilik persalinan bayi, bilik air mesra kanak-kanak dan bilik penyusuan bayi - amat sesuai dan selesa untuk pengunjung yang berkeluarga. Tambahan pula, PlayPark juga dilengkapi dengan taman permainan dalam dewan untuk kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan gembira. Panggung wayang PlayPark boleh memuatkan 118 orang, dengan tiket berharga dari RM32 ke RM 122.

Bersantai dan berehat dengan selesa di panggung wayang Kelas Premiere GSC

Untuk pengalaman menonton filem yang mewah dilengkapi kerusi yang selesa, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan dua panggung wayang kelas Premiere yang telah diperbaharui. Di sini, anda dapat menikmati hidangan makanan dan hiburan yang menarik, yang pastinya akan meningkatkan keseronokan sebelum menonton filem. Penonton yang memilih panggung wayang kelas Premiere ini akan diberi keistimewaan untuk menikmati hidangan secara peribadi di luar dewan panggung atau pilihan menikmati makanan dengan selesa di tempat duduk mereka dalam panggung. Selain itu, mereka juga akan mendapat akses percuma untuk bermain papan dart dan meja pool. Harga tiket bagi panggung wayang kelas Premiere ini adalah dari RM80 bagi setiap tempat duduk.


Saksikan pengembaraan filem kegemaran anda dengan pengalaman sinematik yang diperkaya

Di GSC IOI City Mall 2 (Timur), anda akan merasakan pengalaman filem yang luar biasa kerana ia adalah satu-satunya destinasi yang menawarkan semua format filem di bawah satu bumbung, termasuk IMAX dengan teknologi Laser, 4DX, D-BOX, Dolby Atmos berserta ScreenX dan dewan BIG yang akan datang. Sama ada anda peminat filem aksi, animasi yang berwarna-warni atau konsert siaran langsung, pastinya terdapat sesuatu yang dapat memenuhi keinginan dan kepuasan setiap pengunjung.

Puaskan keinginan anda di Happy Food Co.


Sempena pelancaran cawangan pertamanya di Lembah Klang, Happy Food Co. menawarkan rangkaian susu kocak istimewa, makanan ringan yang lazat dan hidangan utama yang menyelerakan untuk memuaskan keinginan anda, sepanjang hari, setiap hari.

Beli-belah hingga puas di Keepsake

Pengalaman filem anda tidak akan lengkap sehingga anda dapatkan koleksi filem kegemaran anda, barangan Jesse & Friends atau koleksi jenama #GSCAdmin kami tersendiri di Keepsake. Dari barangan filem kegemaran seperti mainan mewah, patung figura, dan pelbagai koleksi eksklusif filem yang diburu, tiada cara lain yang dapat memperingati dan menghormati watak filem kesayangan anda. Pembelian di Keepsake ini juga menjadi lambang kecintaan anda terhadap dunia perfileman.


No comments :