Thursday, June 1, 2023

ALIF luaskan operasi ke segmen F&B menerusi kerjasama dengan GTR Burger

Hi Korang,

Sime Darby Oils telah berganding bahu dengan Koperasi GTR untuk membekalkan ALIF Marjerin yang dibungkus secara eksklusif untuk GTR Burger, iaitu jenama burger Malaysia yang terkenal.


ALIF Marjerin telah diolah dengan aroma dan cita rasa unik untuk melazatkan aneka jenis masakan, baik sarapan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, mahupun kuih raya yang enak rasanya. Diperkenalkan di pasaran pada Mei 2022, ALIF Marjerin yang dibungkus secara eksklusif kini akan digunakan di semua gerai pengusaha GTR Burger di seluruh negara untuk menaikkan aroma burger GTR yang menambat selera.

Menurut Mohammad Rahimi Abdullah, Ketua Unit Perniagaan Sime Darby Oils Professional, kerjasama ini menandakan mercu jaya penting bagi ALIF dalam usaha menceburi segmen makanan dan minuman (F&B) dan mengukuhkan kedudukan jenama ALIF Marjerin dalam kalangan pengendali makanan.

“Kami komited untuk menyediakan produk bermutu tinggi kepada pelanggan kami yang dihargai. Memandangkan kini terdapat lebih daripada 300 pengusaha GTR Burger yang mengendalikan gerai burger di seluruh negara, dan lebih ramai lagi dijangka memulakan perniagaan tersebut, kami teruja untuk berkongsi kebaikan ALIF Marjerin dengan peminat GTR Burger, sambil mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen F&B,” kata Mohammad Rahimi.


Berbekalkan latihan dan sistem sokongan yang sewajarnya demi memastikan kejayaan berterusan perniagaan, termasuk bekalan ramuan berkualiti secara konsisten, GTR Burger telah memperkenalkan program perniagaan yang kukuh untuk membangunkan usahawan yang sebahagian besarnya terdiri daripada komuniti B40.

“Kami sukacita untuk memainkan peranan kami dalam masyarakat dan meneroka lebih banyak cara untuk menyokong perniagaan tempatan kita. Pemilihan ALIF Marjerin sebagai marjerin eksklusif untuk semua gerai GTR burger bukan sahaja memperlihatkan kualiti produk kami, tetapi juga menjamin bekalan ramuan berkualiti secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelanggan GTR dan mencapai matlamat untuk melahirkan usahawan yang berjaya,” tambahnya.

Menerusi kerjasama ini, ALIF juga memberikan sokongan kepada kempen Tanggungjawab Sosial Korporat terkini GTR Burger, iaitu kempen "Program Kebahagiaan Ramadan", yang bertujuan membawa berkat kepada 2 juta penerima sumbangan dalam bulan Ramadan menerusi pengagihan makanan daripada sumbangan yang dibuat kepada GTR Burger sepanjang tempoh kempen.

Untuk menikmati aroma dan kelazatan ALIF Marjerin, produk ini boleh didapati dalam pek 1 kg di gedung runcit yang terpilih.


No comments :