Friday, August 21, 2020

S.O.S (Sensasi Ohsem Smokey) Sos BBQ Dari Marrybrown, Terangkat Wei!!

Hi Korang, 

Peminat fastfood mesti tau akan keenakan menu-menu di Marrybrown nieh. 

Tak kiralah crispy chicken, burger, bubur, mee kari, vegie salad, mashed potatoes, roti mantao ermm enak-enak belaka. 

Dan sekarang ni ada berita gembira yang kak lily nak khabarkan untuk semua pecinta menu Marrybrown ni kan. Bermula dari 21hb Ogos sehingga 5hb Oktober 2020 korang boleh menikmati Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ yang cukup-cukup lazat. 


Ya ampun sosnyer ermm tak dapat nak di katakan lagi kenakannya sebab kak lily dah rasa pun tau hari tuh hehehehe hebat tak? Ermm haruslah kita mesti kena cuba baru korang plak kan hehehe 

Gabungan pelbagai rasa seperti manis, pedas, sedikit masin dan mempunyai aroma grill menjadikan Sos S.O.S BBQ ni enak di makan dengan segala jenis menu di Marrybrown ini. 

"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown. 

“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.” 

“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,” kata Dato’ Joshua Liew lagi.

Antara hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown dengan tiga kombo berbeza. Menu baharu ini disediakan dengan 3 pilihan :- 

S.O.S BBQ Burger 
bersama dengan Potato Wedges, Onion Rings dan Coca-Cola

S.O.S Drumette
bersama dengan Potato Wedges, Onion Rings dan Coca-Cola 

S.O.S BBQ Box 
Di hidangkan sekali dengan burger Charcoal, Drumette, MB Crispy Chicken, Potato Wedges dan Coca-Cola 

Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola. 

Serious talk, memang sedap pedas-pedas enak manjahh gituh

dah jangan nak mintak-mintak ek, pi beli sendiri

gituh cara nak makan burger SOS ni tau

Di tambah pulak, makan bersama-sama keluarga dan kengkawan lagi so bertambahlah lagilah sedapnya sambil membawang kan hehehehe

So apa tunggu lagi marilah beramai-ramai ke restaurant Marrybrown seluruh Malaysia untuk menikmati hidangan terbaru Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals bermula dari 21hb Ogos hingga 5hb Oktober 2020! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Facebook : MarrybrownMalaysia 

Instagram : Marrybrownmy 

Youtube : MarrybrownTV 





#Marrybrown
#MarrybrownMY
#SomethingDifferent
#MBSOSBBQMeal
#SensasiOhsemSmokey


1 comment :

I N A A I N A A said...

Terliur terusssss..... ishhhh sedap tengok burger hitam menawan tu