Tuesday, August 11, 2020

DOOKKI TOPOKKI Korean Buffet di RnF Mall JB – 2 Hidangan Dalam Masa 90 Minit

Hi Korang, 

Korea ni unik nama- nama makanannya ek. 

Topokki, bibimbap, kimchi, jijae, pajeon dan memacam lagi lah tapi semua sedap-sedap belaka wei. 

Pernah dengar DOOKKI Korean Buffet?? 


Ermm tak pernah kan, kak lily pun baru-baru ni jer dengar lepas pi makan kat Dookki di iOi City Mall Putrajaya. Ada kengkawan suggestkan so kita pun terjahlah kan, 



DOOKKI yang bermaksud 2 hidangan dalam Bahasa Korea dan ianya merupakan jenama restoran yang terkenal di Korea. Sejak pembukaan restoran pertamanya di Korea (Disember 2014), konsep makan ‘All You Can Eat Fun & Full Filling Dinning Experience’ ini menjadi popular di dalam dan di luar Korea, di mana ianya mempunyai lebih daripada 170 cawangan di seluruh dunia. 

Kebetulan masa pi JB last weekend, ternampak lagi restoran DOOKKI ni di R&F Mall Tanjung Puteri ada ‘lunch promotion’ dan pada waktu tuh dah masuk time lunch dan tengah lapar plak so apa lagi kita pun singgahlah kan 


Lunch Promotion: 

Setiap Isnin – Khamis (11.30am – 4.30pm) 
Lunch Special : RM29.80/pax 
Student Special : RM27.80/pax ( Jangan Lupa Tunjukkan Kad ID Pelajar ek ) 

Ruangan makan mengikut SOP yang ditetapkan. Maksimum pelanggan dibenarkan masuk dalam satu masa hanya 30 orang sahaja. Segala kelengkapan penggunaan barang makan ada di meja sendiri. 


Kalau korang tengok buffet line di DOOKKI ni memang terus meluap-luap nafsu makan korang kann 





Oh ye, Dookki menawarkan 6 jenis Tteokbokki, yang di datangkan khas dari Korea termasuklah pelbagai ‘Eomuk‘ (Fishcake Korea), Kimmari (Roll Rumpai Laut Korea) dan QQ Noodle. Pening wei kak lily sampai tak tau nak pilih yang mana satu nak makan ni hah. 

Belajar buat sos hotpot sendiri, ikut je chart ni hah

Hah campurkan yang mana korang nak

Dah nama pun DOOKKI tuh 2 hidangan, so ada 2 cara hidangan makan yang korang kena cuba dan rasa iaitu Topokki Hotpot dan Kimchi Fried Rice 


Hidangan Pertama : Topokki Hotpot 



Seperti kita makan steamboat hotpot cuma pilihan makanan amat berbeza dari tempat lain. Terdapat pelbagai jenis rice cake dan rasanya sudah pasti lain. Pilihan bahan mentah, sayur-sayuran, rice cake noodle.

masak sendiri je hah



Optional add-on : 

Double Cheese Ring – RM16.80nett 
Snow Cheese – RM9.80nett 


Hidangan Kedua : Kimchi Fried Rice 


So lepas je makan hotpot tuh korang rasa plak menu nasi goreng kimchi. Gituh!! 




Di atas periuk yang sama, korang ambil bahan-bahan yang korang nak makan nanti staff DOOKKI akan gorengkan untuk korang. 

Itu je senang kan!! Semua orang siapkan depan mata hehhehehe 


Hidangan Sampingan Terus Di Makan

Selain daripada 2 bahan-bahan utama untuk masak hotpot dan nasi goreng, ada juga menu makanan yang siap untuk di makan seperti freeflow Oden, Riceball, Gimbap, makanan goreng-gorengan seperti ayam goreng, kentang goreng, nuggets dan memacam lagi. 




So kalau lapar sangat kita terkam ni dulu lah untuk alas perut sebelum hotpot siap hehhee kalau bawak anak-anak kite dah senang kat situ kan, bagi jer diorang makan nie dulu.

ambil makanan pakai glove ek, ikut SOP nau mr Big ni hah

ntah round yang keberapa hah langsung tak ingat

So bagi kak lily harga pun tak de mahal mana dan dan ianya berpatutan. Berbaloi-baloi wei makan sampai muak-muak lah. Bertukar-tukar pinggan tak henggat. 

Jom kite ke : 

Dookki Malaysia JB 
(inside R&F Mall)
Lot 1-117& 1-118, 
1, Jalan Tanjung Puteri, 
80300 Johor Bahru, Johor 

Opens at 11.30am to 10.00pm 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Link : 

Instagram Link : 



2 comments :

Amie said...

Nampaknya kerja terjah jugalah tempat ni kalau ada peluang nanti.
Suka juga masakan Korean. Yang selalu diingat sudah tentu bibimbap, kimchi, dan banchan-banchan tu ...heheheee.

I N A A I N A A said...

Nanti nak pi Johor ni, nak try ajak Yazid foodhunting kat sini la.. menarikkkk