Monday, October 23, 2017

Makan Nasi Kandar Mohd YASEEM, Jalan TAR Kuala Lumpur

Hi Korang,


Akak lily memang langsung tak familiar kedai-kedai di sepanjang jalan TAR ni. Yelah tak de apa nak buat kat sana so buat apa nak amik tau sangat kan.

Until satu hari ada orang ajak pi makan nasi kandar kat area situh.

Come on, nasi kandar?? 

Ok akak lily citer sket sejarah nasi kandar ek

Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.

Gituh ek!!


Aduiyai tempat lain kan melambak kenapa situ jugak yang di pilihnya huhuhuhuhu. Terus jadi blur wei sebab tak tau kedai nasi kandar ni kat mana, sudahnya akak lily minta bantuan dengan si pakcik google.com jelah. Oh rupanya ada kedai nasi kandar Mohd Yassem ni tapi parking tak de plak. So google lagi, check punya check rupanya kena park kat Maju Junction kalau nak selamat. Maklumlah DBKL suka kereta-kereta park tepi jalan untuk di towing ni kan. 

So rabu hari tuh lepas kerja terus je ke area ni. 


Park kat Maju Junction then jalan perlahan-lahan. Rupanya banyak betul kedai nasi kandar area jalan TAR ni. Ada nasi kandar Kudu, nasi kandar Insaf dan banyak lagi lah. Mau 15 minit berjalan, lintas jalan besar lagi maka sampailah. 

Lepak dulu order teh o ais limau sementara tunggu bebudak lain ni sampai. 

Best gak kedai ni, boleh pilih samaada nak duduk di tempat air-con ke yang kipas je ke kalau malam sket boleh duduk kat meja kat tepi jalan luar tuh. Haruslah kak lily duduk dalam uolls, panas wokeh berjalan kaki jauh tadi.

Once semua dah sampai terus meeting dulu jap, discuss apa yang patut then its makan time !!

Ni first time ni akak lily makan nasi kandar di KL, selalunya makan kat Penang je hehehhee. 






Tengok tuh kemain banyak pilihan menunya, cuma larat atau tak je kan. 


Ini pinggan kak lily, menu biasa-biasa je tapi yang penting mesti ada telur ikan goreng itu baru masyuk!!

Sebab orang belanja so kak lily tak sure pulak harganya berapa kan, bedal kemain sampai harga pun tak tau, sejenis perangai kan. 

Korang pun boleh lah check it out kedai nasi kandar ni ek

Nasi Kandar Mohd YASEEM,
351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
Chow Kit, 
50300 Kuala Lumpur.


Nanti nak cuba gak nasi kandar Kudus tuh plak, dengar citer ramai orang cakap sedap sampai beratur keluar-luar jalan kalua time lunch.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Friday, October 20, 2017

BBQ Buffet Dinner Di Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Makan-makan dan makan lagi. 


Kali ni akak lily nak citer pasal BBQ Dinner yang sempat akak lily pi hari tuh di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Di sebabkan BBQ kan sesuai waktu malam so jemputan semua lepas kerja gituh so bolehlah santai-santai makan ek


Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini memperkenalkan BBQ buffet makan malam yang menawarkan korang dengan pelbagai jenis menu makanan ayam, kambing, daging lembu dan makanan laut termasuklah dengan hidangan panas pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 6.30 petang hingga 10.30malam.

Selain daripada menu BBQ terdapat juga pelbagai jenis makanan lain sepertia pembuka selera, pemanis mulut dan lain-lain lagi. 





Di antara hidangan pembuka selera adalah seperti salad, tossed mozzarella cheese, tomato and basil salad rice salad, dressing and condiments dan banyak lagi.




Untuk hidangan seafood on ice pula terdapat half shell NZ green mussels, crab, oysters, prawn and black mussels. 







Bagi Grill section meat and seafood terdapat pilihan hidangan seperti malaysian hot plate chicken satay with condiments, chicken yakitori skewer, sirloin steak, jumbo chicken sausage, grilled seasonal squid, marinated fish fillet wrapped with banana leaf dan lain-lain lagi. 



Untuk pemanis mulut, terdapat coconut pudding, chocolate panna cotta, baked pineapple dan caramel tart, mixes berry financiers dan lain lain lagi.

Bersungguh-sungguh kitaorang makan sebab tak terkejar-kejar masa so dapatlah merasa semua hidangan, nasib baik perut tak meletup ek hehehhee. Overall hidangan not bad rasanya mengikut citarasa kak lily.


Harga bagi BBQ Buffet Dinner ini adalah

RM 78.00+ (dewasa)

RM 39.00+ (kanak-kanak) 4 – 11 years old

All prices are subjected only to 6% of GST.


Jom kita ke :

Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.



Tel : 03-5511 8811

Ermm jumaat hari ni, meh kita ke sini nak tak??








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, October 19, 2017

SASSY - Kedai Online Gift Dan Lifestyle Malaysia Yang Bakal Merobek Poket Korang hehehhe

Hi Korang,


Masa kak lily muda-muda dulu ewah sekarang ni tak muda ke!! 


Hah muda remaja jugak tapi remaja purba satu ketika dulu hehehhe, kak lily memang minat benda-benda yang comel dan cute miut ni tak kiralah apa juga pun janji memikat hati terutamanya pinggan mangkuk, cutleries, even alat tulis pun tau. Kekadang tuh, terbeli bagai nak rak tapi tak guna pun simpan je buat koleksi.

Until sekarang perangai ni terbawak-bawak tau!

Rasa cam nak makan plak, lemon kan hahahhaha

Tak kira apa jua barang, even hello kitty pun akak lily ada simpan lagi koleksi ye 

Hari tuh bila surfing nak cari stationary office ni, akak lily terbukak satu website ni yang nama SASSY ni. Rupanya SASSY ni jenama alatulis dan hadiah-hadiah comel yang bercitarasa tinggi dan mengikut trendy terkini.

Yelah alatulis tulis biasanya warna-warna kelam dan gelap je kan so di SASSY ni alatulisnya trendy, berwarna-warni dan cantik-cantik belaka. Produk-produk keluaran SASSY bukan sahaja harganya berpatutan dan praktikal tetapi juga bergaya dan unik terutamanya direka dengan gaya ala-ala feminine.

Ini Lemon Series, ya ampun comey bebenau kan

Produk SASSY ni dilancarkan dalam pelbagai jenis dalam siri koleksi. Berwarna-warni dan berani dalam reka bentuk, produk mereka akan diilhamkan mengikut trend fesyen terkini koleksi bermusim.

Di antaranya adalah :

*Lemon series*

*Neon collection*

*Tropical Collection*

*Black and White Collection*

Ada pouch dari lemon series ni, cantik tak???

Setiap koleksi alatulis di pilih berdasarkan kepentingan bagi SASSY itu sendiri. Yelah SASSY ni kan ala-ala perempuan sofistikated so kenalah mengikut citarasa beliau. 

Eh haruslah kak lily rasa bangga bila memiliki koleksi dari SASSY ni, so bila bebudak kat office ni tanya-tanya terus je kak lily show off dengan diaorang ni. 


Secara jujurnya daripada kualiti produk yang kak lily perhatikan, harganya memang berpatutan dan berpadanan. Yelah kan kualiti mestilah sama dengan harga so barulah orang semua nak beli. 

Kat mana nak dapatkan koleksi-koleksi alat tulis pejabat menarik dari SASSY ni?

Korang boleh singgah di mana-mana MPH outlet yang berhampiran korang seperti:-

-Midvalley
-Nu Sentral 
-1Utama 
-Subang Parade 
-Bangsar Village 
-Quill City Mall 
-Setia City Mall 
-Gurney Plaza 
-Mahkota Parade 
-Melawati Mall (coming soon) 
-Johor Bahru City Centre 
-The Spring, Kuching 
-Vivacity Mall 
-Aeromall, Senai 
-D’Pulze, Cyberjaya 
-Alamanda, Putrajaya 
-MyTown, IKEA Cheras 
-Raffles City (Singapore) 
-Parkway Parade (Singapore)

Kalau di Departmental Store, korang boleh check it out di:-

• Sogo KL 
• Parkson
• Robinsons

planner untuk tahun depan, yeahh

Kalau korang tak de masa nak ke lokasi Sassy tuh, eh jangan bimbang korang boleh check it out di website http://www.sassy.com.my dan diaorang boleh terus hantarkan depan pintu rumah korang tau. Yesza, I like it kalau ada service online macam ni. 

Eleh, mesti korang kan kan kan….

Of courselah kak lily akan bagi voucher code ye, ek haruslah kena kongsi kepada kengkawan-kengkawan kan. So korang boleh gunakan voucher code : CIKLILY30 untuk mendapat 30% diskaun masa korang klik button checkout tu ye. Tapi kena cepat sebelum 31hb Oktober 2017.

Janga lupa tau korang singgah ke website SASSY yang merupakan website online stationery store Malaysia ni ye, kalau bukan untuk diri sendiri belikan yang tersayang pun ok aper…









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com