Friday, July 1, 2016

PLAZA SHAH ALAM - Iftar Bersama Kanak-Kanak Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin SRI KUNDANG

Hi Korang,

Sedikit berita di pagi jumaat yang indah ni

Plaza Shah Alam menganjurkan Iftar bersama-sama anak-anak 'Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang' hari ini sebagai sebahagian daripada acara kepada masyarakat di sepanjang bulan Ramadhan.

Dato' AC Mizal dan Ifa Raziah bersama Kanak-Kanak dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang.

Seramai 50 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang menghadiri dan berpeluang untuk menghabiskan masa dengan keluarga Plaza Shah Alam serta tetamu selebriti seperti Dato’ AC Mizal dan Ifa Raziah.

Ifa Raziah menyanyi bersama Kanak-Kanak dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang.

Persembahan Dato' AC Mizal yang disertai oleh krew Peace Yall FM dan Kanak-Kanak dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang.

Selain jamuan makan diikuti dengan solat Magrib, kanak-kanak berumur 8 hingga 14 mempunyai peluang untuk menonton Dato’ AC Mizal dan Ifa Raziah yang diadakan di atas pentas.

"Inisiatif tahunan adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Plaza Shah Alam yamg berterusan untuk menyambut bulan suci Ramadan dengan mereka yang memerlukan. Kami berharap acara ini akan meninggalkan kenangan dan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak" kata Puan Azura.

Puan Azura berkata bahawa ia membawa kegembiraan kepada kakitangan Plaza Shah Alam apabila melihat anak-anak semua gembira di bulan yang suci ini.

"Ia adalah amat seronok dapat berbuka puasa bersama-sama dengan ramai orang dan juga dapat melihat Dato’ AC Mizal menyanyi di atas pentas," kata seorang daripada kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang.

Puan Azura Mokhtar, Senior Centre Manager Plaza Shah Alam, Encik Khalid Rashid, Presiden Persatuan Kelab Kucing Malaysia, Dato' AC Mizal dan Ifa Raziah memberi sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang.

Tetamu lain yang turut hadir termasuk ahli-ahli Kelab Kucing Malaysia yang juga menyumbang 1000 bekas bubur lambuk pada hari ini.

PLAZA SHAH ALAM

Dimiliki oleh Evergreen Venues Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah milik persendirian, Plaza Shah Alam adalah berhubung dengan sebuah menara pejabat yang dikenali sebagai Plaza Masalam. berdekatan Concorde Hotel Shah Alam, bank-bank utama dan persegi komersial yang berkembang maju terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah ini.

Dengan 1,000 ruang letak kereta dan kemudahan keselamatan kemudahan, pusat membeli-belah boleh diakses 24 jam seminggu. Ini pusat membeli-belah kejiranan mempunyai empat tingkat dengan tempat makan dan kedai-kedai makan dari segala macam dengan hidangan yang terdiri daripada Barat untuk makanan Asia.

Selain itu, terdapat banyak kedai-kedai pakaian yang menawarkan pakaian yang bergaya seperti Baju baju kurung dan baju Melayu.

Plaza Shah Alam adalah pusat membeli-belah destinasi mesra anda kemudahan di mana pelawat dan penduduk di sekitar Shah Alam boleh datang dan mendapatkan keperluan mereka dengan mudah dan selesa.



Thursday, June 30, 2016

Buka Puasa Di SHANGRI-LA Hotel Sempena Kempen CSR "Embrace Gift of Life"

Hi Korang,

Ye...
citer pasal makan-makan lagi


Last week dapat jemputan berbuka puasa di Shangri-la Hotel Kuala Lumpur. Ermm kebetulan jugak Mr Big cuti hari tuh, so bawak sekali untuk jadi photographer aku lah kan.


Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur membantu 12 orang kanak-kanak sakit kritikal yang mengidap penyakit jantung yang berbahaya untuk menjalani pembedahan jantung serta-merta yang kos keseluruhan bernilai RM503, 000.


Rasa bertuah sekali kerana KDYMM Tuanku Nur Zahirah akan memberikan cek-cek ini kepada 12 kanak-kanak yang istimewa ni bersama Area General Manager ofShangri-La Hotel, Kuala Lumpur Mr Manfred Weber.






Semuanya nampak sihat kan, padahal ada yang baru je lepas operation tau. Memang tabah parents diaorang ni.



Inilah dia 12 kanak-kanak yang mengalami sakit kritikal di jantung mereka ek



Selain daripada itu, tiga rumah kanak-kanak khas memerlukan iaitu Tasputra Perkim, Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah juga di undang sekali bagi memeriahkan acara buka puasa hari tuh. Kira-kira 200 orang akan menghadiri majlis tersebut termasuklah penerima sumbangan dan ahli keluarga mereka.



Di samping itu jugak, En Manfred Weber juga turut memberikan sedikit cenderati dan juga duit raya kepada anak-anak istimewa ini bersama Area Director of Communications Datuk Rosemarie Wee.


Sambil tuh, meh tengok apa yang jadi hidangan ktorang para media berbuka hari tuh















Banyak sangat choice sampai pening nak pilih yang mana satu nak makan.


aiskrim mango dan strawberry ni sangat-sangat pure rasanye

Menarik kan menunya, Mr Big sampai tambah 2 kali tau makan hehehehe

Terima kasih kepada pihak Shangri-la Hotel kerana sudi menjemput ktorang ke majlis simple tapi penuh bermakna ni ek

About the Embrace of the Gift of Life

Since 1985, the Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur has been organising an annual charity project to raise funds for children who suffer from heart ailments and who need urgent surgery. From 1999, the hotel's "Embrace Gift of Life" charity has taken the form of a giant Christmas Charity Tree with a unique theme each year. In 2015, the tree had the theme­ Magical Macaron Christmas, with 200 miniature macaron Christmas trees making up a giant Christmas Tree. The miniature macaron Christmas trees were for sponsorship by donors, each for a minimum donation ofRM1,000/-. Together with the Hotel's own CSR funds, we are able to help 12 children undergo surgery.

Wednesday, June 29, 2016

Scalp Hair Treatment di SVENSON Hair Centre

Hi Korang,

Jumaat lepas company German aku cuti so dapatlah rehat-rehat badan dan minda kan. 

Ermm nak buat apa ni ek


Terus teringat aku ada hair appointment di Svenson Hair Centre di Menara Hup Seng. Terus bergegas siap gerak masuk KL. Alah naik train je sebab nak elakkan jem di tengah hari Jumaat yang indah ni tau.


Sesampai je mestilah buat pendaftaran dulu kan, isilah contact details korang ek. Sekejap je, terus di panggil masuk sebab dah buat appointment awal-awal. Kalau tak berjanggutlah menunggu kan.

Scalp Hair Treatment ni adalah untuk membaik pulih kulit kepala kita yang selalu terdedah kepada menda-menda yang tak elok di luar sana, yelah habuk-habuk jalan, asap kereta bagai kan. Itu adalah sebahagian punca kulit kepala kita berminyak. 

Memula haruslah di cuci rambut terlebih dahulu.


Aku memang purposely datang tak cuci rambut pun sebab dah tau mesti nak kena cuci punya nanti, jimat shampoo kat umah hahahhahaha. Cucian rambut di lakukan dengan air suam dan di ikuti dengan air sejuk. Kalau kat umah cuci pakai air shower je tak kisah pun panas or sejuk, janji cuci katanya. 


Ok kemudian, keringkan rambut. Kalau nak tunggu kering natural memang lambat la kan so harus guna hair dryer untuk mempercepatkan lagi.



Lepas tuh, kena steamkan rambut pulak selama 10 minit. Sempat aku terlelap sekejap dan nasib baik tak terhantuk kat tempat steam rambut tu ek



Sekarang terapist aku ni nak spray oxygen water di bahagian atas kulit kepala. Ini bertujuan untuk menghilangkan lagi debris dan hair flaxes atau kulit mati ke kudis ke di kepala kita. Aku ingatkan apalah tadi ek, sembur air oxygen tapi memang berangin je bila spray kat kulit kepala kita tuh. 



Kemudian di sapukan ampoule (lebih kurang cam serum gak lah) di kulit kepala supaya ianya dapat menyerap masuk ke dalam kulit kepala. Kan kita dah bersihkan kulit-kulit mati tadi so senanglah si ampoule ni nak buat keja membersihkan dari dalam plak ek. 


Dah siap sapukan ampoule, hair terapist aku tuh buat urutan kepala selama 15 minit untuk ampoule menyerap masuk dengan lebih cepat hehehehe


Kalau korang nak tau aku ni dah berapa kali terlelap tidur sebab memang lembut je hair terapist tuh buat keja tau. Yelah orang dah bertahun-tahun keja urut-mengurut ni so mestilah tau mana spot yang sakit kan hahahahaha


Cantik tak?

Mestilah cantik kan

Abis dah sesi hair treatment aku, rasa cam tak puas je lah. Anggaran rawatan dalam masuk 45 minit-1 jam, ikut kepada masalah kulit kepala korang tau. 

Nak pi ke?

Svenson Hair Treatment ada beberapa outlet di Lembah Klang iaitu Menara Hup Seng, Mid Valley, Subang Jaya, Damansara Utama serta di negeri lain iaitu di Penang, Johor Baru, Ipoh dan Sabah. 

Svenson Hair Centre
Menara Hap Seng
Lot No.1-07, First Floor, The Podium,
Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2142 9357

Mon-Fri:10.30am - 8.00pm
Sat:10.00am - 4.00pm

Selain daripada scalp treatment ada pelbagai lagi rawatan rambut yang sesuaian dengan masalah rambut korang ek...