Tuesday, April 22, 2014

Banjir Kilat Depan KTM Serdang, Lambat Aku Balik


Hi Korang,

Patutlah semalam aku sampai rumah lambat sungguh.

Rupanya banjir kilat hadapan KTM Serdang ni. Aduiyai memang sengsara uols.


Petang semalam memang hujan awal dah turun around 2.30pm cam tu, tengok dari cermin office ni je. Siap dengan kilat sabung menyabung. Lift nak turun pun sambil tak leh nak guna coz diorang tutup takut electric trip.Bertapa jelah dalam office ni, sampai makan biskut kering cicah kopi O.

Ingatkan dalam kul 5 cam tu dah berhentilah hujan ni, la makin lebat plak.

Alah tak perlah, nanti berhentilah hujan ni, so balik jelah cam biasa. Ermm dari dalam parking lagi dah jem but slow moving. Belum sampai bangunan Sapura lagi dah tak gerak.

So mengesotlah sket demi sket macam suster ngesot.

Dalam hati ni dah dapat agak dah, may be area depan KTM Serdang banjir ni sebab dulu pun pernah terjadi sekali. Ikut jelah jalan ke Balakong coz petang-petang situ kurang jem sket.

sumber : google.com

sumber : google.com

Memang ye ko, banjir kilat depan KTM Serdang ni. Mr Big share gambar di Whatapps masa tengah jem tuh. Ishk teruk ooo air parit naik dan masuk ke jalan raya. Keruh bukan main lagi.

sumber : google.com

Aku memang respectlah orang yang berani drive lalu jalan banjir ni, serius ko kalau kereta sangkut tetiba air masuk ke enjin macam mana. Kan dah menambah beban tuh.

Jalan mudah dan menyenangkan, baik aku lalu jalan jauh. Walaupun jem sket tapi tak de banjir. Rasa tenang je bila driving kan.

Ermm apalah nasib kereta-kereta yang sangkut kat banjir tuh..

Monday, April 21, 2014

Perut Berbunyi Sangat Ni

Hi Korang,

Kenapa time tak lapar pun perut still berbunyi ek?


Puas dah aku try cari info kat google.com ni but still hasilnya tidak memberangsangkan. Rata-rata mengatakan sebab angin dalam badan yang membuatkan perut berbunyi. 

Nampaknya terpaksa jugak aku pi jumpa doktor ni

Apsal tetiba citer pasal perut plak ni? 

Sepanjang hari ni sebenarnya perut berbunyi walaupun dah makan kenyang bukan main tadi kan.

Itu yang risau semedang tuh.

Korang tau tak, sebab apa ek jadi cam ni


Carlo Rino ‘Spring into Summer’ Fashion Show 2014


Hi Korang,

Ahad lepas, aku sempat ke Mid Valley untuk saksikan Carlo Rino ‘Spring into Summer’ Fashion Show 2014 di Centre Court. Ermm ramai betul orang, biasalah weekend kan.

Meh citer sket sejarah Carlo Rino ni ek

‘Established in 1986, Carlo Rino is a renowned Malaysia brand in making high fashion goods and accessories from the finest materials’

Untuk musim ini, Carlo Rino mempersembahkan Spring into Summer Fashion yang mana pelbagai elemen warna di dalamFun, Feminine, Glamorous, Glitzy dan Gorgeous ini.

Meh kita intai sket koleksi terbaru Carlo Rino ni ek:-

















Bags & Wallet - VIVACIOUS VALENTINE, CITY CHIC, CUT OUT FOR LOVE, R FOR RED, CUTE CARRY-ALLS, GRAFFITI GORGEOUS, QUILTED & QUIRKY, SENSATIONAL SLINGS, MINI MUST-HAVES, WALLET WONDERS

Shoes - HEELS THAT LIFT YOU HIGHER, BABY STEPS, BOW BEAUTIFUL

Sangat sangat menarik kan



Abis je fashion show, ktorang ke butik Carlo Rino di tingkat atas ni.












Hah, terbeliak mata melihat koleksi Spring into Summer ni, sangat cantik dan amat sesuai di gayakan pada musim ni.

Thank you Cynthia untuk special invite ni,memang worth it sungguh. Haruslah sambar beg dan kasut beli dah masuk ke sini kan.


Untuk lebih details, layari laman web rasmi Carlo Rino ni ek