Saturday, March 1, 2014

Perlancaran Novel ‘Fair & Lovely’ Detik Terindah & Penyanyi Lagu “Aku Cinta Padamu”

Hi Korang,


Selain daripada mengeluarkan krim pencerah muka yang terkenal di Malaysia ni, Fair & Lovely berjaya menghasilkan novel yang bertajuk ‘Detik Terindah’.


Novel Detik terindah bersama Fair & Lovely ialah antologi pertama di Malaysia yang menghimpunkan 100 kisah dan karya, detik impian serta cetusan hati novelis popular iaitu Damya Hanna yang diilhamkan oleh Fair & Lovely.


Kempen Detik Terindah bersama Fair & Lovely bermula dengan iklan komersil Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin yang memaparkan kisah cinta seorang gadis dan seorang jejaka bernama Alya dan Adam yang cukup menyentuh hati orang ramai dan sehingga kini telah memperoleh 1.4 juta tontonan di Youtube. “Aku Cinta Padamu”, lagu disebalik kempen tersebut digubah oleh penyanyi-penggubah lagu yang meningkat popular, Lokman Aslam dan ternyata Berjaya menjiwai kisah cinta nukilan Damya Hanna. Lagu berkenaan kini diputarkan di saluran radio tempatan.


Daripada 15 finalist bagi Pertandingan Detik Terindah, 3 pemenang telah pun di pilih. Kisah-kisah mereka memang sangat menyentuh hati. 


Rata-rata ramai yang menitik air mata bila cik pengacara Fiza membacakan cerita mereka ini. Even aku pun hampir menitik airmata gak tau. Sedey ooo but ceritanya memang menarik. 


Setiap pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan hamper Fair & Lovely bernilai RM100.


Buku Detik Terindah bersama Fair & Lovely ini boleh di dapati di semua kedai buku utama seperti MPH dan Popular.


Dalam majlis ni jugak Lokman Aslam tampil sebagai tetamu jemputan dan turut menyanyikan “Aku Cinta Padamu”, mendapat sambutan memberangsangkan daripada tetamu yang hadir.

klik SINI ye

Abis je pertandingan penulisan kisah ni, Fair & Lovely ada lagi pertandingan di facebook bertajuk Lirik Terindahmu yang bermula pada 13 Februari 2014 dan berakhir 16 Mac 2014. 

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian dariapda lagu popular tersebut dan menggalakkan korang menghantar satu rangkap baru yang kemudiannya akan dirakam sebagai duet antara Lokman Aslan dan seorang artis wanita jeng jeng jeng…


Hadiahnya awesome wei, wang tunai bernilai RM3,000, hamper Fair & Lovely bernilai RM50 dan CD yang ditandatangani untuk kedua-dua versi “Aku Cinta Padamu”.


Sudah meh start karang lagu plak ek... 



Friday, February 28, 2014

Pacific Coffee Company Akan DiBuka Di Dataran Pahlawan Melaka



Hi Korang,

Pacific Coffee Company yang merupakan salah satu cafĂ© yang menghidangkan pelbagai jenis penyediaan kopi kini akan di buka secara rasmi di Melaka. 

Ye betul!


Nanti pada 4th March 2014, akan di adakan pembukaan rasmi Pacific Coffee Company Melaka 1st Flagship Store bertempat di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Yesza, best ni. Aku kan peminat kopi tegar so haruslah ke sini nanti. 

Masa perasmian tu nanti, Pacific Coffee Ambassador, Mike Yung juga akan hadir sekali. Korang yang memana minat dia ni boleh datang ye. 


So sempena pembukaan rasmi Pacific Coffee nanti, ada promosi BUY 1 FREE 1 tau yang akan bermula pada 4th March 2014 – 6th March 2014. 


Ok ni yang best part ni, Pacific Coffee Company dengan baik hatinya akan memberikan 10 chocolate notebooks kepada 10 orang pembaca setia blog www.ciklilyputih.com yang kaki minum kopi.

Dengan cara,

Jawab soalan kat bawah ni

Saya suka minum kopi kerana……………………………(tulis seberapa panjang dan sedap yang boleh aku pilih korang sebagai pemenang)

Korang komen je kat entry ni,tapi kalau rajin korang boleh buat entry dan letak link kat entry ni. Kalau buat entry ada lagi biggest chance boleh menang ek.


Jangan lupa letak sekali, nama, email, URL blog sekali ek. So senang aku nak contact nanti.

So jangan lupa datanglah ke Pacific Coffee Company di Melaka pada 4th March 2014 nanti tau. Most probally aku ade kat sana kot tapi tak sure lagi. Kalau MrBig bagi pi la kan.

Coffee lover in Melaka jom lah datang ek.



Thursday, February 27, 2014

Otak Saya Penat


Hi Korang,

Aku belum mampu menulis untuk mengeluarkan idea-idea bernas lagi.

Kalau korang perasan entry aku dalam minggu ni dan minggu lepas semua pendek-pendek belaka. Kalau yang panjang-panjang tu ada advertorial gamaknya. 

Sebab terlampau banyak menda yang terjadi dalam 2 minggu ni.

Baik kerja hakiki, kerja blogging, kerja rumah, kerja dengan family dan memacam lagi lah. Straight non stop bekerja dari pagi sampai ke pagi balik dah ni.

Jawabnya


Inilah dia, bila ada time tidur kejap untuk kurangkan kadar kepenatan otak aku.

Memang letih wei.

I need a break!

Korang, tolong baru idea untuk rehatkan otak ni...