Monday, May 6, 2013

Cheese Nan Untuk Hari CUTI Ni

Hi Korang,

Yeah, orang Selangor bercuti hari ni, eheh aku pun sama gak.

Dapat berehat gak lepas 2 hari yang hectic aku tempuhi.

Ke sana kemari dengan food review, general election 13, family gathering ermm memang letih lah.

So hari ni dapatlah tidur baring, makan dan buat apa yang patut macam buat video untuk project blogbuster, review product, edit blog dan memacam lagi la.

Apa-apa pun aku tinggalkan korang dengan

Cheese Nan Bread

untuk korang yang tak tau nak makan apa ek, malas nak masak hari ni pi je kedai mamak order je. Settle

Anyway,

Happy Holiday Selangorian..

  

Sunday, May 5, 2013

PRU13 : 7 Langkah Cara Mengundi Dengan Betul


Hi Korang,

Ye hari ni 5hb Mei 2013 hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia.

Yang oversea dah mengundi seminggu lepas kan, betul tak Kakak Cantek? Nampak ari tu kat FB awak tau.

Tekan sini untuk semak daftar pengundi tau http: //www.spr.gov.my

Aku ni kali kedua mengundi so tak delah rasa cam pelik pun. Alah macam mengundi masa study dulu nak pilih PPP kan so biasa je.

Korang yang first time haruslah excited kan, nak bercamwhore bagai masa time tu. Ni aku nak pesan ni jangan lupa bawa Kad Pengenalan or IC korang ye. Kalau tak de babai je lah. 

Memang tak de chance korang nak tengok kertas undi tu tau.

Ni kat bawah ni aku letak gambar proses mengundi yang sebenar



Ok ada paham tak adik manis ?

Mudah kan.

Kalau korang ikut je arahan pengawai yang jaga undi tu korang kira ok lah tuh. Jangan plak duk lelama kat kotak undi, kasi chance orang lain plak ek dan janganlah sesuka hati pangkah borang undi tu sebab korang boleh dapat kertas undi tu sekali je.

Kalau korang pangkah semua kotak yang ada dalam kertas undi, itu dah di kira undi rosak. Maknanya korang ni tak de pendirian dan matlamat dalam menentukan masa depan korang.
Wah, dah macam YB berucap macam berkempen plak aku ni kan.

Ok itu je info pasal PRU13 ni.

Hopefully semua yang aku citer ni jadi panduan untuk korang tau.

Jangan lupa, bloggers dalam bilik mengundi tu tak boleh amik gambo ye so simpan je camera korang tuh. Keluar dari bilik mengundi tu sambunglah camwhore balik ye

SELAMAT MENGUNDI

Marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada Negara tehtehtehtehtehtehteh…. (nyanyi sambil beratur tu tau)


Saturday, May 4, 2013

Samsung GALAXY S4 Dengan DiGi SmartPlan Serendah RM1,199, Murah Betul!


Hi Korang,

Sekarang ni tengah ’IN‘ sungguh Samsung Galaxy S4 ni. Semua orang duk sibuk bercakap pasal kecanggihan smartphone terbaru keluaran Samsung ni.


Nasib baik aku sempat pi launching last week, dapat gak merasa pegang, godek-godek dan bercamwhore dengan Samsung S4 ni lah. Ni meh KLIK kat SINI. Tengok gegambo aku bersama S4 ni berposing maut. Hehehehehe

Itulah memang syiok.

Hot item kan, sampai banyak kedai aku pi tanya majoriti dah SOLD OUT.

Hebat sungguh penangan Samsung S4 ni.

Tapi betul ke semurah RM1,199 ke harganya?

Betul tengok ni


Yelah lah. Tak caya korang boleh check it out kat digi.com.my/samsungs4 semua details ada kat sana, baik dari segi data plan, harga device dan memacam lagi lah.


Selain daripada up to 6GB, 600 mins dan 600 SMS ada lagi iaitu ada free music with DEEZER. “Discover millions of songs with DEEZER” segala mak neka mengenai lagu, music semuanya boleh di dapati di sini tau. Barulah boleh goyang-goyang joget father, mather, Gentleman…


Hah apa lagi, korang excited tak? Aku haruslah terlonjat-lonjat cam cacing ni nak pi angkat Samsung S4 ni. Bila dah ada smartphone ni barulah dia jadi Life Companion aku no. 2 kan.


Cepat tau dapatkan kat DiGi. Promotion ni dari 1hb hingga 31hb Mei 2013. Lepas tu jadi harga biasa balik la ye. Jangan korang melepas sudah!

Hehehehhehe