Monday, August 27, 2012

Sukanya Lina Teoh Dengan Samsung Eco Bubble

Hi Korang,

Aku memang teringin nak mesin basuh yang ade cermin (front load) kat depan tuh. Macam seronok je kan, bila dapat tengok kain berpusing-pusing dengan sabun tu kan.

Boleh nampak segala-galanya

Nie korang tengok video ni ek.



Bila aku tengok video youtube pelakon LINA TEOH ni mengenai betapa sukanya dia dengan mesin basuh Samsung ECO BUBBLE ni, rasa cam best plak lah.

Tup-tup macam nak paksa je Mr Big angkat satu letak kat rumah ni.

Mintak-mintak dapatlah ye... Amin..



Sunday, August 26, 2012

Tengok Orang Jepun Hensem Main Drum

Hi Korang,

Sepatutnya time raya ni mestilah dapat jemputan pi open house kan. Ini tidak, dapat jemputan tengok orang Jepun main drum plak.

Ishkk weird kan.


Itulah, orang Jepun pulak yang jemput ktorg tengok diorg perform main gendang beso ni kat Plenary Hall, KLCC jumaat lepas.


Ini first time ni, not bad jugak. Yang best tu drummernya hensem-hensem belaka lah.

Terus jadi cinta dengan Drum Tao ni

Ok nanti sambung lagi, nak pi jalan raya jap ek.



Saturday, August 25, 2012

Belajar Menari OPPA GANGNAM STYLE

Hi Korang,

Dah 3-4 hari ni aku duk melayan video PSY-Oppa Gangnam Style kat youtube. Memang leka dibuatnya . Tergelak-gelak lagi ade lah.

Cuba korang tengok ni.



Korang tau ke apa itu Oppa Gangnam Style?

Meh aku citer sket

Oppa Gangnam Style ini lagu daripada penyanyi + pelawak di Korea iaitu PSY. Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang berlagak yang ingin memikat perempuan di GANGNAM satu daerah yang 'high class' di Korea ni.

So dia rasa dengan cara menari sebegini dia dapat memikat perempuan tersebut. 

Hah, itula yang aku faham pasal trend yang tengah meletup masa ni. Kalau salah tolong bagitau ek. Trending dalam twitter bukan main lagi tau. 

Ok ok nak belajar tak basic step belajar menari Oppa Gangnam Style ni. Meh tengok gambo ni ek.

gambo cilok dari Churp2


Senang kan. So korang belajar ni dulu ek. 

Yang penting mesti ada bowtie ye, barula OPPA.

Hah, tak de buat apa tu hujung minggu ni, meh lah layan Oppa GanGnam Style ni ek.