Showing posts with label Gangnam district. Show all posts
Showing posts with label Gangnam district. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

Belajar Menari OPPA GANGNAM STYLE

Hi Korang,

Dah 3-4 hari ni aku duk melayan video PSY-Oppa Gangnam Style kat youtube. Memang leka dibuatnya . Tergelak-gelak lagi ade lah.

Cuba korang tengok ni.



Korang tau ke apa itu Oppa Gangnam Style?

Meh aku citer sket

Oppa Gangnam Style ini lagu daripada penyanyi + pelawak di Korea iaitu PSY. Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang berlagak yang ingin memikat perempuan di GANGNAM satu daerah yang 'high class' di Korea ni.

So dia rasa dengan cara menari sebegini dia dapat memikat perempuan tersebut. 

Hah, itula yang aku faham pasal trend yang tengah meletup masa ni. Kalau salah tolong bagitau ek. Trending dalam twitter bukan main lagi tau. 

Ok ok nak belajar tak basic step belajar menari Oppa Gangnam Style ni. Meh tengok gambo ni ek.

gambo cilok dari Churp2


Senang kan. So korang belajar ni dulu ek. 

Yang penting mesti ada bowtie ye, barula OPPA.

Hah, tak de buat apa tu hujung minggu ni, meh lah layan Oppa GanGnam Style ni ek.