Friday, May 25, 2012

Super GT 2012 : Apa Yang Buat Aku Teruja Nak Pergi Sangat

Hi Korang,

Mesti korang lambat tangkap sket pasal SUPER GT 2012 ni kan. Meh check it out entry aku sebelum ni. Hah klik kat sini.


Ye SUPER GT 2012 Pusingan Ke 3 sudah makin hampir. Aku dah siap buat count down, lagi 15 hari untuk ke perlumbaan yang paling menarik dan hebat ni. Macam aku dah cakap Super GT 2012 Pusingan Ke 3 kat Malaysia ni merupakan hanya satu pusingan yang di adakan di luar Jepun. Mana tak best kan?. Aku dah siap tanda kat calendar opis aku ni tarikh keramat ni 9hb dan 10hb Jun 2012.


Tahun ni merupakan tahun kedua aku menghadiri Super GT di Malaysia ni. Sebelum ni its more tu peminat sukan bermotor je kan but tahun lepas JPM Motorsports ambil alih ianya lagi menyeronokkan kerana ada acara untuk sessi keluarga tak kira tua, muda, remaja dan anak-anak kecil pun ada jugak tau. Aku masih ingat lagi ada konsert, parti Velocity, pameran kereta klasik, banyak bazaar, stall-stall yang jual makanan dan minuman dan of course car racing kan.


Tahun nie, SUPER GT 2012 ini menjanjikan pelbagai acara yang lebih menarik lagi. Peminat sukan bermotor ni boleh menjamu mata mereka kepada kereta GT300 dan GT500 sambil diiringi oleh gadis-gadis litar yang awesome ooo meleleh air liur beb!


Akan ada juga nanti pameran kereta termasuk dapat cuba test drive sekali, di antaranya Ferrari, Maserati, Porsche, Alfa Romeo, BMW, Ford dan ada jugak Land Rover bagi pencinta kereta 4x4 ini. Bukan itu je, pemilik kereta persendirian ini akan membawa beberapa kereta yang jarang di temui termasukkan Murcielago Lamborghini LP670-4, Lamborghini Aventador LP700-4, Morgan Aero Super Sport, replika Ford GT40 dan banyak lagi. Eh tak ketinggalan juga pada Ducati dan Harley Davidson akan membawa motorsikal terbaik mereka untuk dipamerkan.


Macam tahun lepas, ktorg termasuk geng peminat sukan bermotor ni berjaya mencapai Malaysia Book of Records dengan 405 kereta Super dan kereta pameran berkumpul di SIC. Tahun ni plak penganjur Super GT akan cuba untuk merekodkan sekali lagi di Malaysia Book of Records edisi ke 2 perhimpunan kereta terbesar. Korang akan tengok pelbagai kereta SUPER GT seperti Lexus SC430, Honda NSX, Nissan GTR dan Mazda RX7.

Bagi ahli keluarga yang lelain janganlah bersedih wokeh. Ada acara special untuk korang gak, seperti:

Akihabara Town
Ianya macam ala-ala salah satu Bandar di Jepun yang penuh dengan segala mak neka gadget yang berteknologi terkini. Korang yang kaki gadget haruslah tak nak lepaskan peluangkan, dapatlah korang gadget2 yang korang minat dengan harga yang berpatutan lah. Takde lah pakai duit Yen Jepun kan.

Playstion Gran Turismo 5 Super
Kat sini plak aka nada kejohanan akhir Playstation Gran Turismo GT yang mana pemenang akan mewaklili Malaysia untuk bersaing dengan 5 finalis lain dari Hong Kong, Korea, Singapura, Thailand dan Indonesia untuk merebut gelaran ‘Asia Terpantas’

Demontrasi BMX
Mestilah basikal tak kan kereta plak, bubudak remaja mestilah suka kan pasal basikal-basikal ni.

SUPER GT QUEEN SEARCH 2012
Hah, mamat2 bolehlah usha awek-awek litar yang bawak payng tu kan. Cantik-cantik dan hot-hot mereka semua ni.

Pertandingan Tarian
Ye, 40 pasukan tarian dari pelbagai kolej di Lembah Klang dan Pulau Pinang akan mempamerkan koreografi tarian ciptaan mereka sendiri.

Konsert
Of courselah, nie yang aku tunggu-tunggu kan. Konsert ok. Dengar-dengar Back Street Boys nak datang ke SUPER GT ni. Hah, biar betul! Eh favourite band aku tu dulu time sekolah-sekolah kan.

Kids Playland
Untuk kanak-kanak lah, diorg pun nak join jugak time cuti sekolah ni kan. Kira ibu bapa tak perlu risau lah takut anak-anak ni boring kan.

Tengok Hannah Tan pun teruja nak pi tengok SUPER GT lah



SUPER GT memang event untuk semua lapisan masyarakat, semua orang boleh menikmatinya.


Korang suka lah tu kan, sibuk tanya nak tanya aku beli tiket kat mana betul tak?

Tiket Grandstand berharga RM100 satu dan ia di datangkan dengan sekeping Touch N Go card dan boleh dibeli secara online di www.ticketcharge.com.my dan www.supergt.com.my atau pun di mana-mana roadshow SUPER GT ini. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma ye. Untuk nak senangkan korang, akan ada perkhidmatan Skybus dari KL Sentral ke tapak litar di Sepang. Informasi boleh didapati di  www.supergt.com.my.


Kaki photographer plak, kalau nak rasa nak ambil gambar di pit action, boleh dapatkan pit walk pass ber harga RM100 je. Untuk yang nak ambil gambar di race track tu plak boleh dapatkan Photographers Pass RM500 each je.




Untuk lebih info dan maklumat lanjut:


Full set of pictures from last year's fun:




Some photo aku amik kat my frens blog coz gambo dia cantik2 belaka. Jeles I wokeh.


‘My Favourite Animal Pal in Madagascar 3: Europe‘s Most Wanted’.

Hi Korang,

Citer favourite kitaorang dah ada balik kat wayang lah. Yang lain dah tak bukan MADAGASCAR 3 : Europe’s Most Wanted.

Kali mereka ni masih berjuang untuk kembali ke tempat asal mereka Central Park, New York dan cara terbaik bagi mereka ialah dengan mengembara bersama Circus tapi styleMadagaascar.

Dalam bebanyak karektor dalam Madagascar ni, aku paling suka sekali ialah :


GLORIA

Meh aku citer sket pasal Gloria ni. Bagi aku dia ni merupakan seekor hippo betina (badak sumbu) yang sangat pandai menari di dalam air. Satu-satunya bunga penyeri kepada Alex, Marty dan Melman.

Kenapa GLORIA ?



  1. Gorgeous Hippo
Gloria ni sangat sweet, manja dan seksi. Walaupun dia tu besar macam mana pun dia tetap bahawa dia tetap vogue dan gorgeous hippo



  1. Good in technical things
Nampak je macam lemah lembut tapi hakikatnya Gloria ni terrer bab-bab teknikal ni termasuklah cara-cara nak menyelamatkan diri dia dan kengkawannya. Jalan atas wire tergantung pun boleh tau.





  1. Take Care With Her Friends
Gloria sangat sayangkan kengkawannya. Walau macam mana susah sekali pun dia akan tetap cuba membantu kengkawanya terutamanya Melman.



Sebab itu aku suka sangat kat Gloria ni. Semua ciri-ciri ada kat aku ni. Maklumlah sesama badan besar kan.Hehehehehee


Tak lama lagi keluarlah filem MADAGASCAR 3 : Europe’s Most Wanted di pawagan seluruh Malaysia. 

Memintaklah dapat pi beli tiket kan. Selalunya citer-citer cam nie memang hot di pawagam. Citer kanak-kanak tapi orang tua suka tengok sebab kelakar sangat.


Thursday, May 24, 2012

Lancome Rouge In Love Bloggers Party And Lipstick Review


Hi Korang,

Weekends lepas pepagi Sabtu lagi aku dah duk terpacak kat concourse KLCC ni coz ada event with Lancome. Lancome tau, salah satu beauty product yang tip top kat Malaysia ni.


Mestilah ada event yang menarik untuk bloggers kan. Actually Lancome ingin memperkenalkan rangkaian produk lipstick terbaru mereka Rouge In Love Collection. 


Ianya ada 27 jenis warna dan terbahagi kepada 3 jenis iaitu Jolis Matins (Pagi Yang Indah), Boudoir Time (Afternoon) and Tonight Is My Night.


Abis je introduction from Cik Hana dari Lancome, ktorg dibawa ke meja make-up untuk Make-Up demonstration dari Zamri Zainol iaitu official make-up artist untuk Lancome Malaysia. 


Zamri Zainol tenGah kasi tips cara nak make-up jadi cantik 

Aku pun sempat tumpanG sekaki nak jadi cantik kan

Sambil Zamri Zainol pok pek2 time demo tu, time tu jugak ktorg boleh tanyakan any questions about cara make up nie. Hah memacam info dia bagitau ktorg, cara nak itu, cara nak ini kan. Terus je segala info masuk dalam kepala ni.


Kemudian ada game untuk para bloggers plak. Ktorg kena perform untuk a group consists of 3 person, 1 model dan 2 designer. Team aku model Ruby dan 1 lagi designer Ms Sunshine Kelly. Ktorg kena design a creation kat muka model ktorg dengan variety colour of Rouge In Love lipstick. Memacam design yang aku tengok. 


Ada lukis pokok, burung, love, lips dan memacam lah. Team yang menang? Haruslah bukan team aku kan rupanya team Zurie yang menang. Bukan main dasyat designnya.


Sebelum ktorg balik, haruslah ktorg di bekalkan dengan doorgift kan. Alah dapat Rouge In Love Lipstick satu (RM75) dan Lancome Make-up remover. Ok gak comel je. Kecik senang untuk di bawah ke mana-mana kan.


Thanks Cik Hana and Lancome Team for this bloggers party. Simple but full of info and fun too.

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Ok nak citer plak pasal Rouge In Love lipstick yang aku dapat masa party hari tuh.



Aku dapat 181N Midnight Rose under Tonight Is My Night Collection


Smell
Ada cam bau rose sket but not kuat sangatlah.


Texture 
Rasa cam lembut bila pakai kat bibir. Ada lembap rasa lembap coz ada repairing oils. 

Price
RM75 sebatang

Packaging
Nampak cam feminie dan klasik sungguh memang sangat stylish dalam silver tube


Bagi aku:-
Cantik, nampak shine je dari jauh. Lembut dan lembap je kan. Nampak berseri muka aku bila pakai lipstick ni. Walaupun warna nampak cam Gelap tapi bila pakai cantik plak rasanya.


Anyway thanks Lancome for this special opportunity. Rasanya memang aku nak cuba semua collection dalam Rouge In Love ni.





Dah Lah Pekat, Panas Pulak Tu!

Hi KoranG,

Aku boleH terlupa plak pasal menda ni. IsHk memanG aku suke yanG amatlaH



Ini laH yanG aku maksudkan.   

Korang agak apa menda alah tu ek? Siapa yang tau cecepat komen kat entry ni ek. Aku cari jawapan yang betul dan cepat ek.

Ada rezeki korang nanti aku kasi...

CLP notes : Ini kira cam giveaway gakla tapi kecik-kecik je la


Wednesday, May 23, 2012

I Danced For Tropicana Medical Centre Flash Mob For Healthy Living

Hi Korang,

Pernah tak korang bersenam dengan high heels? Haruslah tak kan. Tapi aku pernah. Ni gara-gara aku join flash mob di Piazza The Curve Sabtu lepas. Atas jemputan Ms Ili Nadiah wakil dari Tropicana Medical Centre. Sebab dah lama sangat tak jumpa dia tu yang terjah ke sini kan.


Tujuan LEAP (living everyday actively and progressively) flash mob di adakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang betapa bagusnya hidup secara sihat dan menghindari Obesiti. Yelah asyik makan je kan, bersenam dan beraktiviti haruslah perlu dilakukan jugakkan.


Flash mob ni mesti ada starternya. So dancing group dari Rejuvenate Dance Crew yang jadi tok dalangnya. Ermm tarian diorg ni kaw-kaw hebatnya, ada tergolek, melompat, shuffling dan memacam lagi lah. Tapi tak de lah ktorg disuruh buat begitu. Untuk public to join, diorg buat dance yang simple-simple je dan stepnya agak mudah dan senang untuk dilakukan.


Bayangkan ktorg yang dah cantik melaram dengan heels bagai di suruh buat flash mob kan. Haruslah tergelak-gelak dibuatnya. Aku dengan pakai skirt dan high heels, buat jugaklah.

Meh tengok video ktorg berflash mob ni.




Hehehe, mesti korang bantai gelakkan aku kan?



Aku dah agak dah pun, sebab bila aku tengok video ni balik aku pun duk bantai gelak jugak. Tak per aku tak marah korang gelak pun. Rasanya lebih 20 minit ktorg bloggers nie berflash mob. Walaupun penat dan make-up pun cair but rasa sangat seronok sangat. Keluar peluh menitik-nitik.

Kalau suruh buat lagi rasanya nak jugak kan.


Anyway thank you Ili Nadiah dan juga Tropicana Medical Centre kerana sudi menjemput ktorg ke exercise event ni. Totally best bangat!

Makan + Exercise = Barulah hidup sihat.

CLP notes : Nasib baik aku ni dah biasa berjemurkan, so kira oklah tu.

Pics : Cilok dari FB Ruby coz dia memang rajin amik gambo tau.