Friday, November 18, 2011

I Want To Break Free

Hi Korang,

Dah nak dekat weekend nie dan aku betul2 penat minggu ni. Dengan keje opis yang melambak, dengan event2 yang kena attend, dengan movie screening lagi, nak kemas umah lagi, nak layan baby beso lagi so I'll think, I need a break lah.

So dear, tolonglah bawak aku pi berweekend gateway ek.


Tak yah jejauh, dekat pun jadi lah kan. Asalkan aku leh bernafas seketika dengan tenangnya. Dapat pantai pun ok gak kan. Boleh guling2 kat pasir pantai sambil sun tanned sket ek.

Ermm memintak mimpi jadi realiti la ye...

Salam Hari Jumaat Korang...


Thursday, November 17, 2011

Jom Join E-Belia, Bagus Untuk Masa Depan

Hi Korang,


Dah petang2 nie, sambil buat keje then sambil surfing sket kan. So aku terbaca mengenai E-Belia nie Nampak best je. Aku pun rasa cam nak join sekali lah.





Sistem e-Belia

E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y. Di samping itu, e-Belia akan digunakan sebagai pengakalan maklumat belia oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan kelak.
Tujuan E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y
Maklumat daripada sistem e-Belia akan digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Aku juga telah mendaftarkan diri dalam sistem e-Belia ni. Tunggu jelah dipanggil kalau ada apa-apa aktiviti yang boleh disertai. Pendaftaran mudah, kerja 5 minit je.
Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini, Oleh itu sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui Pendaftaran Profil yang dijalankan seterusnya memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan
Harap sistem ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Korang semua boleh membantu dengan mendaftarkan diri.
Lupa nak bagitau ade blogging contest jugak mengenai E-Belia nie

Apa lagi, moh kite join sekali yeah! Sebarkan citer ni ek


First Time Pekena Nasi Dagang

Hi Korang,

Entah apa mimpi agaknya malam tadi yang sampai aku lunch dengan Nasi Dagang kan. Yelah first time in my life makan nasi dagang time breakfast. Rasanya cam dah macam kat Pantai Timur plak.

Citernya cam nie, selalunya aku breakfast kuih + biskut + kopi je tiap2 hari. But harinya agaknya kena jalan jauh coz parking dah penuh plak kat Safari ni, tup2 aku jadi lapo semedang. Sangat2 lapo yang sampai nak pengsan.

On the way naik, singgah jap kat cafe bawah building nie. Check punya check, semua dah licin tinggal bekas je. Then abang yg jual tuh offer nasi dagang ni. Aku dengan x fikir panjang, terus je sambar kan coz dapat lapo. Bila masuk lift baru teringat yang aku tak pernah makan nasi dagang ni time pepagi, kot2 sakit perut ke apa kan. 

Alah malas nak fikir panjang, masuk pantry terus bukak.


Wah, nampak cam sedap. So transfer ke mangkuk microwave then panas kan. Tunggu 2-3 minit jap. Then terus supdek tanpa segan silu dengan bebudak opis lelain, walaupun time tuh dah pukul 10am aku sampai. 

First Impression :


Rupanya nasinya bercampur dengan beras pulut. Baru aku tau. Campur santan sket. Tapi tak de lah rasa mual sangat. Di tambah plaj dengan sambal belacan dan acar mentah sket. Mengagumkan. 


Ya allah kari ikan tongkolnya sangat masyuk. Kuahnya pekat dan sedap. Nampak cam sket je kuah but bila dah di tuang ke nasi walauwei.. superb lah.

Sekali sekala makan nasi cam nie pepagi ok gak kan. Terus kenyang tak payah lunch langsung. Sampai jari pun leh bau2 lagi kuah kari nie.

Lazatttttt....

Note : Tapi kalau hari2 makan, confirm aku sama gemuk dengan Mr Big. Cam no plak tu ek