Showing posts with label kementerian belia dan sukan. Show all posts
Showing posts with label kementerian belia dan sukan. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Jom Join E-Belia, Bagus Untuk Masa Depan

Hi Korang,


Dah petang2 nie, sambil buat keje then sambil surfing sket kan. So aku terbaca mengenai E-Belia nie Nampak best je. Aku pun rasa cam nak join sekali lah.





Sistem e-Belia

E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y. Di samping itu, e-Belia akan digunakan sebagai pengakalan maklumat belia oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan kelak.
Tujuan E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y
Maklumat daripada sistem e-Belia akan digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Aku juga telah mendaftarkan diri dalam sistem e-Belia ni. Tunggu jelah dipanggil kalau ada apa-apa aktiviti yang boleh disertai. Pendaftaran mudah, kerja 5 minit je.
Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini, Oleh itu sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui Pendaftaran Profil yang dijalankan seterusnya memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan
Harap sistem ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Korang semua boleh membantu dengan mendaftarkan diri.
Lupa nak bagitau ade blogging contest jugak mengenai E-Belia nie

Apa lagi, moh kite join sekali yeah! Sebarkan citer ni ek