Thursday, March 31, 2011

Jom Tengok Orang Buat Candy Kat Sticky, Pavillion

Hi Korang,

Pernah tengok tak cara pembuatan gula-gula or candy? Eleh mesti tak pernah kan. Kalau pernah pun, pernah makan je kan. Nak tipu aku konon. Pi rahh..


So hari tuh, masa pi tengok wayang tiket mahal tuh sempat jugak aku terpacak kat depan kedai ni. Tengok cam ne diorg ni buat gula2 warna-warni ni kan. Ermm nampak cam senang tapi berpeluh ketiak di buatnya lah.




Memula, masukkan benda basic iaitu gula yang dah di cairkan kedalam acuan yang dan di sediakan. Lepas dah ratakan, masukkan pewarna yang nak digunakan lah. Kemudia ratakan lagi. Biarkan sejuk sekejap kemudian asingkan ikut warna.



Gula-gula tu tadi diorg nie buat bentuk apa yang diorang suka. Sekarang ni diorg nak buat gula-gula perisa anggur. So kenalah buat bentuk anggur kan. Macam tak caya bila diorang buat tuh. Uli punya uli terus dan jadi bentuk anggur dalam gula-gula tuh.


Tengoklah peminat setia tuh. Bukan main kan. Mr Big siap nak meleleh air liur dia tengok gula-gula ni. Actually pelbagai rupa dan warna diorang ni boleh buat. Kalau korang pi kedai dia ni ishk boleh jatuh cintalah gamaknya.


So inilah hasilnya. Terus masuk ke mulut aku. Memang sedap rasanya manis sangat. Memang terbaik dari ladang lah. Ni diorg bagi rasa dulu sebelum packaging dibuat.

Kalau korang nak tengok lebih details cam ne diorg buat gula-gula ni, korang boleh pi tengok kat Sticky level bawah sekali yang ada food court tuh. Tak silap aku kedai dia sebaris dengan  J.CO Donut tu tau.

Kalau bawak bebudak mesti diaorg seronok lah.

Thank You For Your Birthday Invitation

Hi Korang,

Perut dah tak sakit sangat dah. Sakit sket je. hehehehehe. Jadi bolehlah berjimba kan.

Yeah, aku dapat birthday invitation. Comel tau card dia.


Ermm comel kan. Mickey & Minnie Mouse lagi. Actually invitation ni dari one of my MBP bloggers friend lah which is Siti Fatimah.


Aku sure ramai geng2 MBP mesti pegi kan. Siap ada tema2 lagi tau.

Aku? Bukan tak nak pegi but aku seganlah. Anak sapa aku nak angkut kan. Takkan anak kucing aku kot. Ermm so bagi chance lah modern mum bawak anak2 diorg kan.


Anyway, Happy Birthday to Sofia Maisarah & Syafiq

Wednesday, March 30, 2011

Meragam Pulak

Hi Korang,

Quick update je hari ni sebab aku kurang sihat sket.

Rasanya aku tak salah makan tapi pekerja kat kantin opis ni yang salah bancuh air kot. Selalunya pepagi aku minum air kosong je untuk breakfast. Tup tup hari tuh boleh plak gatal mengorder teh tarik. Hah apa lagi, amik ko. Tak sampai 10 minit kejap2 ke tandas.

Aku pun ingat biasalah tu kot, yelah minum susu pepagi. Mestilah nak membuang je. Rupanya tidak. Sampai aku balik umah pun still cam tu jugak. Tapi di sebabkan malas nak pi klinik aku bedal jelah ubat2 yang sedia ada. Ermm pun tak jalan jugak. Malam tadi, harus rasanya aku tidur kat jamban tu kan.

Pepagi tadi bangun, siap2 nak ke opis, meragam perut tak abis lagi ni. Apa lagi singgah klinik kosong jap kat area umah aku ni terus ke doktor. Confirm doktor cakap salah makan ni sebab perut ada bunyi bisa2 sket. Uisk terrerlah doktor nie, sampai cam tu sekali dia tau kan.


Lepas kena RM46 hengget, dengan tak sarapan terus makan ubat. Yelah dah tak tahan kan. dapat MC satu hari. Singgah opis jap settle apa yang patut then terus balik umah dan rehatkan perut yang senak gila nie.

Sekarang ni dah kurang sket but still ada lagi gak lah. Sampai nak makan pun aku tak de selera lah. Tapi mr Big bukan main seronok bedal ikan pari bakar tengahari tadi dengan nasi ayam salai yang aku bawak balik tadi.

Ermm, dah lama tak sakit kan. Sekali sekala sakit apa salahnya. Lagipun aku bukan robot yang kena keje 24 jam kan.

P/S : Jawabnya miss lagi aku nak tengok wayang citer HOP kat Cineleisure malam ni lah. Sorry tau Nuffnang.