Hi Korang,
Malam tadi, aku dapat lagi invitation untuk menonton filem Scream 4 di GSC 1 Utama KL. Ermm nasib baik sampai on time. Kira dapatlah seat yang cun kan.
Filem Scream 4 ini merupakan kesinambungan di antara filem2 Scream sebelum ini. Majoriti karektor adalah pelakon2 yang terdahulu. Ianya mengisahkan Sidney Prescott lakonan Neve Campbell yang didalam mempromosikan hasil tulisannya berhajat untuk mempromosikan di tempat kelahirannya iaitu Woodsboro iaitu di mana kejadian buruk yang menimpa dirinya lebih 10 tahun yang lalu. Sebaik sahaja dia sampai di Woodsboro, satu demi satu pembunuhan berlaku di sekelilingnya tanpa mengenal sesiapa pun.
Sebenarnya mimpi buruk bertopeng ini sudah menghantui Sidney sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu. Bukan sekadar mimpi buruk kerana ada nyawa yang hilang kerana mimpi menakutkan ini. Seorang pembunuh bertopeng seolah tak mau melepaskan para remaja ini.
Kini pembunuh bertopeng itu kembali muncul menghantui Sidney dan kawan-kawannya. Sidney yang sudah beranggapan bahawa hidupnya sudah aman harus menghadapi pembunuh bertopeng ini. Siapakah sebenarnya pembunuh bertopeng ini? Tiada siapa yang tahu siapakah pembunuh bertopeng ini? Adakah dia dan kawan-kawanya akan terselamat dari bencana ini.
So far filem ini sangat menghiburkan. Aku memang jarang tengok filem thriller cam ni. Segala aksi2 seram sangat real dan tidak mengecewakan. Aku yang duduk kat kerusi ni boleh terangkat2 kakilah sebab astik terperanjat je kan. Memula aku boleh agak siapa pembunuh bertopeng tu but bila last2 tuh salah tekaan aku rupa2nya pembunuh bertopeng itu merupakan orang-orang yang berada di sekelilingnya (itu clue tu tau hhahahahahah).
Cuma aku nak pesan, kalau sesiapa nak tengok citer ni please make sure korang bukanlah orang2 yang sakit jantung dan lemah semangat kerana majoriti scene dalam filem ni banyak menggunakan darah dan pisau.
Oklah aku kasi 3.5/5 lah untuk filem Scream 4 ni
Sama-sama kita saksikan di pawagan yang bermula 15 April 2011 ini nanti.
By the way, majoriti blogggers yang datang semalam sorang pun aku tak kenal. Teruk kan aku ni, tapi yang lagi pedih mr Big cakap 'U ingat u blogger popular ke? yg semua orang nak kenal dengan u kan'. Erm hampeh betul lah..
By the way, majoriti blogggers yang datang semalam sorang pun aku tak kenal. Teruk kan aku ni, tapi yang lagi pedih mr Big cakap 'U ingat u blogger popular ke? yg semua orang nak kenal dengan u kan'. Erm hampeh betul lah..
Thank you to Churp-churp for tiket free nie.