Monday, June 17, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ PARKROYAL Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Sekejap je nak dekat bulan Ramadhan kan, rasanya cam tak sampai sebulan je lagi.


So entry berkisarkan ramadhan buffet 2013 akan mula memenuhi atmosphere dunia blogging sebulan dua ni, jadi aku pun tak nak ketinggalan lah kan.

Ini first time aku ke Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel KL.


Cantik hotelnya, suasana lobbynya very relaxing, sementara tunggu blogger lain datang sempat aku lepak-lepak kat sini.

Ok jom turun ke Chatz Brasserie.





Untuk buffet ramadhan di Parkroyal tahun ni bertemakan ‘Hawker Temptations’. So seharusnya makanan yang di sajikan mengikut  ala-ala warung ataupun gerai dihidangkan oleh chefs yang berkemahiran dari grill, mee, satay, nasi ayam, roti canai, pemanis mulut tempatan dan pelbagai lagi.

Tengoklah apa yang ada di buffet ramadhan 2013 ni ek







Itu baru main course, ada lagi hidangan makanan lain tau.

























Tak ketinggalan juga minuman yang di cipta sempena bulan Ramadhan ni iaitu

Chatz Air Janda Pulang



Nama sudah gerek kan, rasa lain sedap. Ianya hidangan air kelapa segar bersama isinya yang di campurkan dengan sirap gula melaka. Nampak macam manis tapi tak sebenarnya cuma manis-manis buah gitu.


Untuk ‘Hawker Temptations Ramadhan Feast’ ni, ianya bermula dari 10hb Julai hingga 7hb Ogos 2013 dari 7.00pm  - 10.30pm setiap hari.

Harga buffet ramadhan 2013 ialah

RM98++ untuk seorang dewasa
RM49++ untuk kanak-kanak

Bagi tetamu hotel yang menginap di Parkroyal Hotel KL dan Parkroyal Services Suites akan dapat 20% diskaun buffet ramadhan ni.


Selain daripada ramadhan buffet, ada juga ‘berbuka puasa’ dan Hari Raya banquets untuk minimum 50 orang dari RM80++ seorang dan RM95++ seorang untuk function rooms. Sila hubungi untuk tempahan +603 2782 8352 atau email ezrifarizal @pphg.com

Sahur menu juga ada disediakan iaitu melalui ‘In Room Dining’ (RM58++ per person) dengan 6 jenis menu dihidangkan secara rotation setiap hari dengan menu Daging masak kicap, Kari kepala ikan, Ayam masak merah, Kubis lemak udang, Ayam Dara panggang Bali dan Soto Ayam.

Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau email chatz.prkul@parkroyalhotels.com


Jom kita ke

Chatz Brasserie
Parkroyal Hotel Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2147 0088

Ermm tunggu apa lagi, cercepat la buat booking ye.

Aku sendiri pun rasanya memang nak ke sini lagi, masa bulan puasa nanti lah.



Heaven On Earth Massage Oil, Lega Sket Rasanya

Hi Korang,

Lama tak citer pasal kesihatan ni.

Meh la citer sket


Terima kasih pada HiShop Malaysia coz sudi bagi aku review aromatherapy oil yang best ni. Bukan main besar kotaknya, warna PiNK yang sangat cantik.

Inilah dia


Heaven On Earth Premium Massage Blend Oil - 
Aches & Pain Relief (100ml)

Bila dah berumur ni, bergerak non-stop sket dah mula sakit. Otot-otot mula mengeras. Jalan lama sket dah mula urat-urat kaki ni sakit, kenalah cari minyak urut kan. 


Heaven On Earth Premium Massage Blend Oil memang melegakan sket sakit-sakit kat seluruh badan. Tuang sket kat tempat yang sakit tuh, dan terus mengurut. Lega bukan main pas tu, kurang sket sakit kan.


Lagi plak minyak urut ni sedap baunya, di perbuat dari Grape seed oils, Rosemary & Lavender and other essential oils. Haruslah dapat tenang dan nyaman je.


Korang pun kalau dah cuba bolehla dapatkan dari HiShop Malaysia ni. 

Check it out

Subscribe Newsletter

Bukan setakat aromatherapy oil je ada banyak lagi beauty product yang korang boleh dapati kat HiShop Malaysia.

Confirm korang suker la...


Sunday, June 16, 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Saturday, June 15, 2013

Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party

Hi Korang,

Lately ni aku cam lembap sket tulis entry ye, especially entry bercorak contest memang lagi lembap otak aku dibuatnya sebab tak boleh nak merapu sebarangan kang salah plak kan so kena ikut guidelines yang dah ditetapkan.


Sudah lah Cik Lily jangan nak merapu lagi ek


Rasanya last 2 week aku ke Acer & Intel Bloggers Party ni kat Poppy Garden. Of course lah ramai datang, nama pun party kan.




Lepas je registration, terus je ktorg bergambar di photobox. Best giler menda ni, sesekejap amik gambar then terus je dapat kan gambar tuh. Tengok bebudak giler ni ek.



Ada simple game untuk ktorg ni tapi aku tak join pun sekadar memandang dari jauh, bukan apa kasi chance orang lain plak lah.


Ok sudah bergambar, product briefing pun bermula dari En Jeffrey dari marketing team Acer.


‘Weighing only 0.79kg and measuring 0.77 inches thin, the newly defined mobile PC delivers on the promise of Ultrabooks with excellent performance and log battery life in a highly portable form factor. Built in 11.6-inch HD display with IPS technology and display’s wide 170-degree viewing angles, the Aspire P3 is the ideal mobile computing device for users who create and consume content’.


Ini plak mengenai Acer Aspire R7


‘Featuring a Full HD 1920x1080 touch screen and 15.6-inch notebook, the Aspire R7 was made for the new computing lifestyle, which increasingly combines touching and typing. It has four in one design to lets the user have it their way such as ezel mode, notebook mode, display mode and pad mode’.

Korang refer kat gambar yang aku attach tu ek



Abis dah product briefing, banyak betul info yang masuk kedalam otak ni. So need a break, kita makan dulu yeah. So makan sampai tak ingat dunia ye.

Yeah, ada game lagi maknanya ada chance nak menang hadiah.

Game 1
Ktorg ke groupkan 10 orang dalam 1 team. So ada 4 group la ye. Rupanya kena main jawab soalan pasal product Acer ni. Team ktorg langsung tak de point pun coz lambat sangat angkat tangan so peluang pi kat group lain. Kalah.


Game 2
Ktorg kena berlakon pasal apa yang membuat acer dapat membantu kehidupan seharian kita. So bersungguh-sungguh ktorg mendraf storyline dan present it dan kali ni menang wokeh. So dapat voucher RM40 dari Parkson, boleh beli baju sehelai tau.





Kemudian ada persembahan dari DJ Vera C. Dia tunjukkan cara apa plak nama tu yang gosok CD kuar bunyi tu kan, spinning ke apa tapi dia Cuma pakai Acer P3 Ultrabook je untuk semua tuh. Hah, terkagum sekejap aku dibuatnya.

Last-last ada lucky draw tapi tak de rezeki, orang lain yang dapat.Alah tak perlah janji menang satu pun jadilah kan.


Thanks to Acer and Intel for this special party. Dapat jugak up-to-date dengan menda-menda gadget ni kan.

Ok before chow, meh layan video dari Acer


Apmacam? Teruja tak nak angkat satu?

For more details, boleh lah korang melawat ke www.acer.com.my or boleh call Acer product infoline at 1800-88-1288 (9am – 6pm, Mondays to Fridays)