Thursday, October 27, 2016

Nestle Cheerios® Oat Crisp Untuk Kurangkan Kolesterol

Hi Korang,

Sebagai usaha pencegahan awal penyakit jantung, Nestlé telah melancarkan bijirin oat beta glucan buatan Australia yang akan membantu mengurangkan tahap kolesterol. Malah melalui pek sedia dimakan yang pertama di Malaysia ini sekaligus memudahkan rakyat Malaysia untuk sentiasa menjaga kesihatan jantung mereka.

Aku sempat ke media launch untuk Cheerios® Oat Crisp keluaran terbaru dari Nestle ni di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini. 


Berdasarkan Statistik Kesihatan 2014 dan Kumpulan Data Kardiovaskular Negara, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dan menjadi penyebab kira-kira satu pertiga daripada kes kematian di Malaysia. Malah, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS) menyatakan salah satu faktor kepada penyakit jantung adalah kadar kolesterol yang tinggi. Mereka juga mendapati bahawa satu daripada dua orang dewasa di Malaysia mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan. Jumlah ini meningkat daripada tinjauan pada tahun 2011 iaitu satu daripada tiga orang rakyat Malaysia yang menghidap penyakit berkenaan. Meskipun risiko itu diketahui umum, rakyat Malaysia masih lagi tidak mampu mengekang tabiat mereka dalam pengambilan makanan segera dan berkolesterol tinggi.


‘Kita adalah apa yang kita makan’? Jika kita kerap mengambil makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi, badan kita akan mula mengalami kesukaran untuk membakar minyak dan lemak di mana ianya akan mengakibatkan arteri jantung anda tersumbat dan anda akan tergolong dalam kumpulan yang berisiko mengalami masalah jantung. Sebagai langkah pencegahan, kita seharusnya mula mengamalkan tabiat diet sihat yang mengandungi kumpulan makanan tertentu seperti bjirin penuh dan oat. "Serat larut yang terkandung dalam oat dikenali sebagai beta glucan menyerap dan menyingkir kolesterol dalam badan, sekaligus mengurangkan dan mengekalkan tahap kolesterol yang rendah,” kata Cik Indra Balaratnam, pakar perunding pemakanan yang berkongsi pandangan beliau mengenai penjagaan aktif untuk kesihatan jantung semasa majlis pelancaran tersebut. 


Mengulas mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan diet sihat, Cik Nirmalah Thurai, Pengurus Peniagaan, Nestlé Breakfast Cereals, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sangat sibuk dan istilah makanan yang ‘mudah dan cepat’ merupakan pilihan utama mereka. Kebanyakkan daripada kita cenderung untuk mengambil sarapan tradisional Malaysia yang selalunya bukanlah pilihan makanan yang sihat. Oleh yang demikian, Nestlé kini memperkenalkan bijirin sarapan yang bukan sahaja mudah dan sedia untuk dimakan, malah secara tidak langsung turut sama membantu dalam mengurangkan risiko sakit jantung. Sekarang, semua orang boleh mendapatkan bijirin yang akan membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan dan mula mengamalkan rutin penjagaan untuk jantung yang lebih sihat.”


Semangkuk 40g Cheerios® Oat Crisp yang mengandungi kepingan yang diperbuat dengan 68% oat gandum buatan Australia menyediakan kira-kira 1.2g daripada pengambilan beta glucan harian yang disyorkan iaitu sebanyak 3g beta glucan setiap hari. 

Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol malah ia juga memberikan khasiat penting yang diperlukan oleh badan seperti fiber, kalsium, zat besi, dan vitamin & mineral. 


Atilia Haron, penyanyi yang mempunyai minat dalam bidang kecergasan dan Steve Yap, pelakon dan model turut hadir sebagai duta di majlis pelancaran tersebut. Mereka berdua akan berkongsi kisah perjalanan mereka dalam mengekalkan kesihatan jantung mereka walaupun terikat dengan jadual kerjaya yang sibuk. Steve yang kehilangan bapa tersayang akibat serangan sakit jantung manakala Atilia, bapanya pernah diserang sakit jantung, amat menyokong usaha Nestlé dalam penjagaan kesihatan jantung dan menasihati rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin pemakanan yang sihat tanpa mengira gaya hidup mereka. “Dengan Nestlé Cheerios® Oat Crisp yang sedap dan sedia dimakan ini, tiada alasan lagi untuk berlengah dalam mengamalkan rutin pemakanan sihat ini sekarang,” kata mereka berdua. 


Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini boleh didapati dalam pek 190g dan 400g. 

Untuk makluman lanjut mengenai Nestlé Cheerios® Oat Crisp, sila layari www.nestle-cereals.com.my. Jangan lupa untuk menyertai kami dengan #CheeriosCheerYourHeart.

Wednesday, October 26, 2016

Dinner Ala ‘Shell Out’ Di Family Westernlicious Bandar Saujana Putra

Hi Korang,

Lama tak pi makan kat Shell Out ek!

Memandangkan jauh dan aku tak de masa dan malas nak booking serta harganya cam dah mahal so aku malas nak pi. So buat Shell Out ermm memang tak lah sebab nak beli bahan banyak tapi yang makan berdua je baik pi makan kat kedai. 

Malas punya bini ek hauhauahuahuaa

So hari tuh, balik-balik keja je Mr Big suruh siap-siap, katanya nak kuar makan selamat aku tak yah masak malam ek. Aku ingat makan kat area Bangi je, eh makin lama makin jauh plak. Alih-alih dah sampai Bandar Sri Putra plak, 

Katanya ada kengkawan dia duk promote satu kedai makan ala-ala ‘Shell Out’ ni, aku pun iya kan jelah malas nak fikir panjang sebab tengah duk sibuk mengarang ayat untuk satu digital poster ni.

Terus je sampai depan kedai Family Westernlicious. 

Kata makan Shell Out tapi berhenti depan kedai western plak, ermm nama je western tapi hidangan ‘Shell Out’ je. 

Masa tuh tak de orang pun, kitaorang yang first sampai

hidangan 1 set untuk 1 orang makan

Tanya-tanya budak tuh cam ne nak order. Rupanya diaorang hidangkan mengikut set. 1 set untuk seorang makan. Dalam 1 set tuh ada pelbagai jenis seafood macam udang ketam, kerang, lala, kupang, sayur dan jagung eh jap dalam 1 set tuh jugak ada disertakan sekali semangkuk nasi putih. Air free flow, minum sepuas hati kolah katanya.

ok ni untuk 2 orang makan

Jadinya kitaorang order 2 set yelah makan berdua mana cukup 1 set kan, jangan nak berkira sangat pasal makan ye. 

muka bahagia dapat makan

Ok moh makan dulu lah

Tup-tup tengah makan Mr Big cakap cam tak cukup pulak, ermm tambah lagi satu set, sampai budak yang amik order tuh terperanjat bila kitaorang tambah order kan. Bukan sebab sikit tapi sedap kuahnya. Sekejapan je sampai walaupun masa tuh orang dah mula ramai datang makan. 

licinnnnn

macam tak caya kitaorang makan semua ni

Ok makan lagi sampai kenyang ermm alhamdulillah

Settle dinner malam tuh. 

bahagia sangat rasanye ek Mr Big dapat makan

Korang tau tak, kitorang tak tanye pun harga 1 set berapa, main order je dan makan. Bila nak bayar terus terfikir cukup ke idok duit ni. Mr Big siap cakap, kalau tak cukup duit guna duit you sket ek. Baik lah yang berhormat hahahaha

Masa kat kaunter tanyalah kakak cashier, nak tau berapa harga 1 set Shell Out kat sini?

Seriously aku cam tergamam jap.

RM15 untuk 1 set siap nasi semangkuk dan free flow air.

Ko rase???

Murah bebenau lah wei.

So 3 set sama dengan RM45 sajorrrrrr

Dengan senyumnya Mr Big bayar tanpa ragu-ragu lagi hahahahahha


Direction ke kedai makan 'Shell Out' ni.
 

Aku sendiri tak reti nak explain cam no ek, korang kena cari BSP SkyPark Condominium tu dulu then sebelah belakang tuh ada deretan shoplot dan kedai makan Family Westernlicious ni terletak di barisan belakang kedai bersebelahan dengan car wash. 

Hah itu je lah aku boleh explain ek. 

Bagi aku worth it untuk dicuba lah, yelah nak pi kedai Shell Out kat Damansara tuh mahai bebenau kan so korang cuba kedai makan ni dulu ek.

Selamat menjamu selera semuanya…





Vitraplus Cabloc, Mengembalikan Bentuk Badan Yang Cantik Semula.

Hi Korang,

Ada produk terbaru di pasaran yang mampu mengembalikan bentuk badan korang secara alami iaitu Vitraplus CABLOC produk keluaran AJ Research and Pharma (AJRP) Sdn Bhd. 


Korang tau tak yang rakyat Malaysia merupakan rakyat paling gemuk di Asia? 
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2014, kira-kira 38.5% (11.55 juta) rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 13.3% (3.99 juta) mengalami obesiti.

Ia tidak menghairankan, kerana kita semua suka makan. Makan telah menjadi sebahagian daripada budaya kita, sehingga apabila kita dalam bahasa kita, kita menyambut seseorang "Sudah makan?" Atau "Sek pau mei" untuk merujuk kepada "apa khabar". Dari makanan jalan kepada masakan antarabangsa eksotik, rakyat Malaysia banyak pilihan ketika datang untuk makan.

AJ Penyelidikan dan Pharma Sdn Bhd adalah untuk memperkenalkan Vitraplus Cabloc, suplemen berat badan semula jadi untuk membantu pengguna agar kekal sihat dengan selamat

Mencegah rasa bersalah ketika seronok makan dengan Vitraplus Cabloc


Ms Shereen Chiew, Senior Product Manager of Vitraplus Cabloc, Mr. Javed Mohammad, CEO of AJ Research and Pharma (AJRP), Mr Chang, Sales & Marketing Manager of AJ Research and Pharma (AJRP) witnessing the launch of Vitraplus Cabloc and the reveal of product ambassador, Soo Wincci

Vitraplus Cabloc adalah salah satu prouk makanan tambahan bagi menurunkan berat badan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dirumuskan dari lima bahan aktif iaitu ekstrak buah-buahan raspberry, ekstrak white kidney bean, ekstrak biji kopi hijau, ekstrak daun gymnema dan ekstrak prickly pear cactus stem.

Semuanya ada di dalam Vitraplus Cabloc yang mempunyai manfaat kesihatan yang tinggi dan pemakanannya telah diuji untuk membantu dalam menjaga satu dalam keadaan yang baik oleh karbohidrat blok, membakar lemak dan tinggi dalam pemakanan.


Menurut kata Encik Javed Mohammad, CEO of AJRP, tuan punya jenama Vitraplus Cabloc “As a research driven healthcare company our aim and vision is to develop, formulate and introduce high quality innovative products to serve the needs of consumers and to keep Malaysians fit, and healthy. The introduction of weight loss supplements based on raspberry is due to extensive international research, authentic studies and remarkable result. We are one of the first in the market to make possible raspberry extracts as a key supplement in weight loss.”

Soo Wincci performing her single titled My Time during Vitraplus Cabloc launch

Rupanya penyanyi Soo Wincci merupakan duta bagi produk Vitraplus Cabloc ni, Dia dah mengamalkan produk Cabloc ni selama 2 bulan ternyata memang nampak perubahannya.

Vitraplus Cabloc didatangkan dalam bentuk kapsul sayur-sayuran sebanyak 60 bij setiap kotak dijual dengan harga runcit RM138. Hanya 2-3 kapsul pada waktu pagi selepas sarapan pagi adalah semua yang diperlukan bagi pengguna untuk melihat perbezaan dalam masa lima minggu. Untuk kesan maksimum, Vitraplus Cabloc paling baik dimakan dengan diet yang seimbang dan aktiviti fizikal yang kerap.


Vitraplus Cabloc kini boleh di dapati di Watsons dan kesemua farmasi berhampiran korang.



About AJ Research and Pharma (AJRP) 
AJ Research and Pharma (AJRP), a wholly-owned subsidiary of AJ Pharma Holding Sdn Bhd, is an integrated healthcare and life sciences company founded by Saudi-based Aljomaih Group.  AJRP is headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia and functions as the pharmaceutical and nutraceutical manufacturing and commercial arm of the holding company. Through research and development capabilities, the company is focused on introducing unique products and delivery systems for a range of pharmaceutical and nutraceutical segments. The company is well-positioned to expand and strengthen the group’s regional footprint to serve the community better. It strongly believes in continuous learning and improving through partnerships and collaborations. Its business partners include leading technology-based pharmaceutical and nutraceutical companies.

KKLIU 2119/2016
This is a traditional product advertisement.