Peraduan yang bermula  pada  1 Mei, 2018 di seluruh  negara  masih tinggal 18 minggu  sehingga 31 Oktober, 2018. 
"Peraduan Senang Jer Menang  adalah salah satu cara  untuk berinteraksi dan memberi ganjaran  kepada pelanggan kami. Kami tidak mahu menganjurkan pertandingan dimana pelanggan terpaksa mengisi borang penyertaan   atau   mengambil   gambar  dan  'tag'  gambar  tersebut.   Kami   ingin   memudahkan   proses penyertaan supaya  ia senang sahaja untuk menang dalam peraduan ini. Sehingga  kini,  kami telah menemui 
77   pemenang   bertuah   di   seluruh   Semananjung   (Malaysia)   termasuk   di   Sabah   &   Sarawak.   Kami menjangkakan beberapa ribu pemenang bertuah lagi yang bakal muncul dalam tempoh 4 bulan yang akan datang sehingga 31 Oktober, 2018,"  kata Pengerusinya,  Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir. 
Bercakap  di  majlis  sidang  media  kepada  77  pemenang  setakat  ini,  Dato'  Afifuddin  turut  menambah: "Dengan kos sara hidup yang tinggi,  ramai rakyat Malaysia merasai kesannya apabila perbelanjaan harian mereka  semakin  meningkat.  Penurunan  GST  dari  6% kepada  0% sedikit  sebanyak  dapat  meringankan bebanan yang dihadapi.  Sebagai  sebuah  syarikat tempatan,  kami ingin  turut serta  membantu  sedaya  yang kami mampu.  Melalui  peraduan ini, ianya akan menjadi satu bonus untuk pelanggan setia kami dan kami berharap ia juga dapat menarik pelanggan baru untuk membeli dan mencuba minuman produk kami." 

 
Menurut Alif Satar, Duta Alicafe yang juga hadir di majlis tersebut,"Peraduan Senang Jer Menang  memang sangat mudah untuk menang. Anda hanya  perlu  membeli mana-mana pek produk Alicafe, Alitea,  Per'I  atau Per'I  Xlim  dan  cari  Kad  Gores  yang mungkin berada  di  dalam  pek.  Jika  anda  menjumpai  Kad  Gores,  anda telah  menang!  Goreskan  Kad  Gores untuk mengetahui  hadiah yang telah  dimenangi.  Beribu-ribu  hadiah telah  disediakan, yang bernilai dari  RM  100 sehingga  RM  5,000.  Tiada  had  pembelian  untuk jumlah  pek yang boleh dibeli dan anda pasti menikmati minuman ini  bersama  rakan-rakan  dan  keluarga. 
Dato' Afifuddin turut berkata bahawa Power Root sangat gembira kerana  pemenang yang telah dijumpai sehingga  kini adalah  daripada  pelbagai lapisan masyaratkat dan  berbeza  latar belakang.  Beberapa  orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root. 
Mereka adalah: 
I.        Nur   lhtisyam   binti   Nor  Mohamad,  dari  Selayang   memang  tidak  sangka   beliau  akan   menang. "Semasa membeli-belah,  anak-anak menangis meminta membeli pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Original. Saya pun belilah dan gores. Tak sangka dapat RM 5,000. Macam tak percaya. Terima kasih kepada  Power Root,  duit ini saya akan guna  untuk  perbelanjaan anak-anak dan simpanan  masa depan mereka." 
II.       Nurul Hidaayah binti Din, dari Selangor menyifatkan kemenangan RM5OO apabila membeli pek Per'I Cafe,  sebagai  satu  rahmat yang datang  pada waktu yang baik  baginya. Beliau  sudah  lama  berhajat untuk pulang ke  halaman kampung dan  memulakan  perniagaan penternakan kambing. Beliau kini bersemangat  dan  boleh   memulakan   perjalanan  keusahawanannya   dengan   memperoleh   dua kambing sebagai permulaan  perniagaannya. 
Ill.       Nurul Aini  binti  Marzuki  baru  habis berpantang dan  keluar rumah  membeli-belah   buat  pertama kalinya dengan ibu dan anak kecilnya. Beliau tidak jangka akan menang RM5,000 yang dijumpai di dalam  pek  Per'I Cafe. Nurul yang berasal dari Selangor menyifatkan  rezeki dari ibunya yang ingin berkongsi membeli Per'I Cafe dan bayi kecil yang berusia 5 bulan  sebagai tanda tuah baginya. 
IV.       Sanik bin  Sariman,  dari Johor berkata  memenangi  peraduan  ini  adalah satu  rahmat yang  sangat besar baginya  dan tidak sangka pembelian  pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng White Coffee akan memberinya  kemenangan  sebanyak  RM5,000.  "Mak  dan ayah  sudah  uzur dan tidak  sihat.  Bila  saya kerja di offshore, isteri saya terpaksa menjaga mereka dan  perbelanjaan untuk kesihataan  bukan murah. Alhamdullilah  dengan  duit ini saya  boleh  bagi kepada  isteri  saya  sebagai  duit perubatan untuk mereka. Terima  kasih Power Root!" 
V.        Marzana  Norazlinda  binti  Mohamad,  berasal dari  Pahang berkata  beliau  berterima  kasih  kepada nasib  baik  suami  isteri  di  bulan  Ramadhan  ini  apabila  kedua-dua  suami  dan  isteri  memenangi hadiah  berjumlah  RM  100 dan RM  300 daripada  peraduan  Power Root ini.  Beliau  memberitahu bahawa suaminya yang mula-mula membeli  pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Lebih Pekat terkejut apabila menjumpai  Kad Gores bernilai RM100 di dalam pek tersebut. Suaminya sejerus menyuruh beliau   membeli   produk  Per'I  Cafe   dan   memang   rezeki  suami   isteri   kerana   pek  Per'I   Cafe mengandungi kad gores yang benilai RM300. 
VI.         Mohd  Azhar Bin  Abdul  Ghani yang berasal dari  Sabah, berasa  amat terkejut kerana  pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Original yang dibelinya betul-betul  membawa  tuah  baginya  kerana  beliau peminum   tegar  Alicafe.   Beliau   memberitahu   disebabkan   sifat   kerjanya,   beliau  tidak  boleh mengantuk  dan perlukan  tenaga semasa  berkerja jadi  pilihan kopi  utamanya  adalah  Alicafe.  "Saya amat bersyukur dengan kemenangan duit ini dan akan membuat perbelanjaan untuk anak-anak dan isteri." 
Untuk menyertai peraduan lnl, pelanggan perlu membeli  mana-mana produk Alicafe, Alitea, Per'I atau Per'I Xlim.  Jikalau  pek  mengandungi   kad  gores,  korang  telah   menang!  Peraduan  "Senang  Jer  Menang!"  ini berlangsung  sehingga  31  Oktober,  2018  dan  semua  produk  yang  mengambil   bahagian  ada  dijual  di pasaraya-pasaraya  utama, pasaraya-pasaraya  besar dan kedai runcit bebas. 
Untuk  maklumat  lanjut  tentang  Peraduan  Senang  Jer  Menang,  sila  layari  laman  
www.powerroot.com.my atau  Face book Alicafe, Face book Per'I dan Facebook Powerroot.