Monday, December 11, 2017

Makan-Makan Sempena Kempen ‘Artisan Pizzart’ Anjuran Anchor Food Professionals!

Hi Korang,


Minat pizza tak?

Ermm giler tak minat hah! Even anak sedara kak lily si Aakif tuh pun pandai nak jijaa nak jijaa hahahhaa. Bayangkan budak sekecik 3 tahun pun suka inikan kita pulak kan


Berikutan kempen pertama PIZZAART ni yang telah pun di adakan pada July 2017 lepas mendapat sambutan yang hangat maka mereka kembali sekali lagi kempen Artisan Pizzart anjuran Anchor Food Professionals ni so dapatlah kita semua merasai pizza-pizza yang unik dan bercitarasa tinggi.

Ms Lina, orang kuat Achor Food Profesionals

Untuk pusingan kali ini kempen PizzArt bakal menjanjikan keseronokan pizza menjadi lebih baik tanpa menjejaskan trend makanan global ke dalam kegemaran tempatan. Anchor Food Professionals akan bekerja dengan 18 cawangan café di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur untuk memperkenalkan 5 jenis pizza baru kepada pencinta pizza!

Sempat kak lily saksikan demostrasi cara membuat pizza dari Chef Fairuz yang merupakan residen chef bagi Anchor Food Professionals ni tau. Nampak cam senang tapi payah jugak ek, kreativiti tuh sangat penting ek dan yang penting mestilah unik. 

Dah apa lagi, meh kak lily perkenalkan pizza-pizza unik ni ek

PizzBurger

Kemain pelik benau bentuk pizza ni ek, dah macam buah kelapa pun hado gak. Kalau nak tau di dalamnya ada grilled minced lamb patty stuffed dengan Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby dan Cheddar Cheese, then di bakar dengan sapuan ringan Anchor Butter.

UltiMeat Pizza

Pizza ni sangat best, sebab kesemuanya daging, daging dan daginggg… Ada daging ayam yang banyak di bakar dengan Anchor mixed cheeses di atasnya

Deep Cheese Pizza

Di inspirasikan daripada Chicago-authentic deep fish pizza, menggabungkan pelbagai jenis lapisan yang penuh dengan Anchor Mozzarella Cheese dan Anchor Colby serta Cheddar Cheese dengan Putanesca filling. 

Cheese Pretzza

Pizza ini menggabungkan Anchor Cream Cheese dan Anchor Extra Yield Cooking Cream, di dalam adunan doh di lapisan kepingan salmon sebelum di bakar. Ko rasa sedap ke idokk!!

Pizza Rolls

Sesuai untuk sarapan dan menu snek sepanjang hari, ianya pizza roll di dalam mengandungi Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese dan Anchor Colby serta Cheddar Cheese, Masala lamb dan bayam. 

Eleh korang pun teringin la tuh..


Korang boleh check it out di beberapa café yang terpilih di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. 

  • Klang Valley – U Pizzeria, Pizza House, Pizza 185, Havana, The Butcher’s Table
  • Ipoh – Mustard Sandwich House, Food and Desire
  • Penang – US Pizza
  • Kedah – Sky Garden Resto Bar
  • Melaka – Temasek Hotel Cafe, Hungry Bear
  • Johor – Finale Kitchen Bar
  • Sabah – The Chubs Grill and Mad Ben Café
  • Sarawak – Chillax Café and Bistro, Osome Wood Fired Pizza and Bistecca and Bistro


Untuk info lanjut meh layari Anchor’s Facebook Page











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, December 10, 2017

Seronok Ke New Zealand Fair Di One Utama

Hi Korang,

Weekend lah masanya untuk berehat-rehat kan.. ermm tapi kak lily nak berehat apanya, baik berjalan-jalan mencuci mata sambil mengosongkan poket hahahaha shopping la tuh


Maka sabtu lepas, bebudak blogger ni bagitaulah ada New Zealand Fair di AEON Utama so haruslah mengelingjang ke sana. Pepagi lagi dah sampai dah, tepat pukul 10pagi dah sampai depan AEON ek. 

Rupanya pelbagai jenis produk keluaran New Zealand ni. 

Seriously kak lily tak tau pun hahahhaha makan kemain nyum yum tapi tak tau pun.



Di antara produk jenama yang korang tak perasan ianya keluaran dari New Zealand adalah susu Anlene, susu Anmum, susu Fernleaf, coklat Whittaker’s dan banyak lagi. 






Ada juga produk jenama lain seperti yogurt Easiyo, aiskrim Kapiti, biskut Griffin’s, kerepek Proper Crisps, baby food NZ Apple, aiskrim New Zealand Natural, Pic’s Peanut Butter dan banyak lagi. 

Sempat jugak kak lily lepak kat booth Anlene ni



Sebab ada pemeriksaan kesihatan dan tubuh badan, Semakan densiti tulang dan banyak lagi.


Baru akak lily tau yang Leaderbrand ni merupakan salah satu produk keluaran New Zealand berasaskan tanaman. Yelah sayur-sayuran dan buah buahan. Yang best tuh, produk ni tak payah simpan dalam fridge, boleh tahan sehingga 15 bulan, Convenient dan berkhasiat


Sempat jugak kak lily join SNAP & WIN contest di Photobooth New Zealand Fair ermm untung-untung ada rezeki boleh menang voucher dari AEON ek

Terbang RM110 sebab beli yogurt EASIYO tuh ahahhahhahahahha!








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

MANDATORI Di ASTRO First

Hi Korang,

kak lily rasa korang patut tengok tengok telefilem ni tau, bagus ye...

Selepas dari kejayaan filem ‘Tombiruo’ yang berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung melebihi RM8 juta baru-baru ini, sebuah lagi adaptasi karya agung milik ‘Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia’, Ramlee Awang Murshid bakal diangkat Astro dan kali ini akan menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Disember ini. 



SINOPSIS ‘MANDATORI’ 

‘Mandatori’ mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati. 

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara. 

Juliana mula menyiasat dan beliau memerlukan bantuan Norman untuk menyelesaikan masalahnya. Keakraban yang tercetus ini membuatkan mereka jatuh cinta. Namun pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir dari setiap penjuru menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Juliana akan menjadi mangsa yang seterusnya? Dan, siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku? Jangan lupa, saksikan ‘Mandatori’ mulai 14 Disember ini. 


INFO PENTING BERKENAAN ‘MANDATORI’ 

1. Astro dengan kerjasama Ideate Media (penerbit bersama ‘Tombiruo’) kini mengadaptasikan salah satu novel terkemuka milik penulis prolifik, Ramlee Awang Murshid berjudul ‘Mandatori’ ke bentuk visual untuk tontonan masyarakat umum. 

2. ‘Mandatori’, mini siri bergenre ‘crime thriller’ ini hadir dalam enam episod (berdurasi satu jam setiap satu) diterajui nama-nama besar seperti Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Dato’ A. Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi. 

3. Novel ‘Mandatori’ merupakan salah satu dari 35 karya tulisan milik Ramlee yang masih lagi mendapat tempat di hati ramai dan ia terbukti apabila kebanyakan hasil penulisan beliau diulang cetak untuk menepati permintaan ramai. Ia pertama kalinya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Alaf 21 Sdn Bhd, anak syarikat Grup Buku Karangkraf. 

4. ‘Mandatori’ menjanjikan sebuah pengalaman terhebat untuk penonton oleh kerana jalan penceritaannya yang digarap kemas, disokong kuat dengan babak-babak yang mendebarkan dengan aksi-aksi suspen lagi ganas, dan yang paling utama, setiap adegan berjaya diterjemahkan dengan begitu baik sekali oleh kesemua pengemudi watak. 

5. ‘Mandatori’ diarahkan oleh sutradara hebat, Razaisyam Rashid. Beliau yang sebelum ini terkenal dengan filem ‘CEO’ pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016. 

6. Lokasi utama penggambaran ‘Mandatori’ telah dijalankan di sekitar Lembah Klang serta mengambil masa 35 hari untuk diselesaikan. 


BARISAN PELAKON ‘MANDATORI’ 

Aeril Zafrel sebagai Inspektor Norman Abdullah 

Alvin Wong sebagai Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan 

Siti Saleha sebagai Juliana Zahara Johari (CEO, Johari Corp) 

Iedil Putra sebagai Johan Bahar Johari (Bekas CEO, Johari Corp) 

Dato’ A. Tamimi Siregar sebagai Tuan Johari Saidin (Presiden, Johari Corp) 

Chew Kin Wah sebagai Kapten David Chong (Kapten Polis Banda Raya) 

Jo Kukathas sebagai Doktor Devi Subash (Pemeriksa Forensik Polis Banda Raya) 

Meor Hashim Manap sebagai Tuan Haji Salleh bin Deraman 

Vanidah Imran sebagai Doktor Asmah (Pakar Psikiatri yang merawat Inspektor Norman) 

Susan Lankaster sebagai Madam Agnes Lim 

Amerul Affendi sebagai ‘The Handler’ 


‘Mandatori’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 14 Disember 2017 (Khamis) ini. Dengan hanya RM 19.10 (termasuk 6% GST), penonton boleh menikmati kesemua enam (6) episod dengan berulang kali dalam tempoh 5 hari dari waktu pembelian. 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Mandatori’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’. 

Ishk tak sabarnya nak tengok lah MANDATORI ni ek








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com