Friday, December 1, 2017

Senang Dah Sekarang Nak Manjakan Diri Dengan VITACARE

Hi Korang,

Bila sebut manjakan diri je pasti korang akan ingatkan SPA.

Ye memang betul spa tuh bagus tapi takkan tiap-tiap minggu nak ke spa ermm terus boleh stress bila memikirkan wang yang di keluarkan ek.


Jadi selain daripada bermanja-manja di spa, kita juga boleh manjakan diri sendiri dengan hanya berspa di rumah saja. Tak perlu ambil tukang urut asalkan tau caranya ermm settle semua kerja kan.

Memula akak lily pun bukan expert sangat bab-bab merehatkan diri dan mengurangkan tekanan ni tapi bila mendengar talk masa event perbincangan mengenai gaya hidup dan kesihatan di Farmasi Vitacare baru-baru ni ermm terus dapat idea best tau.


Akak lily suka dengan penerangan daripada Dr Lim Lit Sing ni yang katanya salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah menerusi penggunaan pati minyak wangian samaada di anggota badan dan juga di persekitaran tempat kita berehat contohnya seperti di rumah.


Florame adalah antara jenama pati organik dari Perancis yang sangat disyorkan bagi mereka yang suka menjadikan "bau" sebagai terapi mengurangkan tekanan. Ini kerana ianya dihasilkan dari pati minyak original asli dari bahan-bahan semulajadi dan oraganikmyang tidak merbahayakan.

Florame telah diperkenalkan selama lebih dari 25 tahun yang mana telah menemukan pemulihan rahsia kecantikan dan kesihatan menerusi dari dalam "jiwa bunga" yang telah diekstraksehinggalah terhasilnya minyak pati organik.

Bau ros bersesuaian dengan naluri wanita dan amat sesuai bagi pengguna wanita di luar sana. Begitu juga bauan serai (lemongrass)dan buah oren (citrus), ini untuk rasa lebih relaks dan tenang. Jika kita menghadapi hari-hari yang sibuk dan tegang bauan ini dapat menurangkan rasa tegang dalam diri.


Kemudian kami di perkenalkan dengan produk penjagaan diri semula jadi yang dipanggil Sensenique Natural. Menariknya penghasilan sabun ini adalah daripada 100 peratus bahan semulajadi yang terdiri daripada minyak kelapa, minyak zaitun, minyak biji bunga matahari, minyak sawit dan minyak pati tulen.

Sehingga kini terdapat 4 jenis varian yang kita boleh pilih dari farmasi Vitacare - Lemongrass dan Oren, Cinnamon Coffee, Arang serta akhir sekali gabungan Halia dan Pudina. Sabun ini berkesan dalam aktiviti membersihkan, menghidrat dan melembapkan wajah dan badan kita. Ianya juga boleh menjadikan kulit kita lebih licin, lembut dan sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan bermasalah.


Selain itu akak lily juga telah diperkenalkan dengan UDO Oil oleh Pakar Nutrisi Makanan Cik Ng Hui Chin, kata Cik Ng UDO Oil ini sangat kaya dengan mineral dan vitamin yang dapat membantu bagi mengekalkan kesihatan badan. 


Minyak istimewa ini perlu sentiasa diletakkan didalam tempat sejuk seperti peti ais. Rasanya juga enak dan biasanya dijadikan sebagai bahan tambahan dalam setiap hidangan ataupun masakan. Paling sedap di makan bersama salad ataupun diletakkan sebagai salah satu bahan didalam parfait.

Enak sarapan pagi tuh, granola dengan UDO Oil

Kesimpulannya untuk menjalani kehidupan gaya sihat kita perlulah

  • Lihat apa makanan yang kita ambil setiap hari - kalau boleh biarlah yang organik
  • Apa yang kita letakkan pada badan - mandian, losyen dan sebagainya
  • Cara nak menguruskan stress- dengan bersenam, meditasi, menari dan lelain lagi
  • Bagaimana nak menjalani kehidupan sihat - kerap bersenam, melakukan aktiviti luar

Oh ya! Tahun 2017 merupakan ulang tahun ke-30 Kumpulan Farmasi Vitacare. So ada banyak promosi menarik tau. Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web www.vitacare.com.my










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, November 30, 2017

Set-Set Hadiah Eksklusif GUARDIAN Untuk Krismas Tahun Ni

Hi Korang,

Memanglah akak lily tak sambut Krismas dik oi...

Tapi naklah jugak hadiahkan 


Guardian Malaysia telah memperkenalkan rangkaian set hadiah istimewa yang menarik seiring dengan trend global terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan produk yang memberi inspirasi untuk musim perayaan yang bakal tiba.


Set-set hadiah eksklusif, berpatutan dan praktikal itu telah diperkenalkan di sebuah jamuan khas bersama media yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen dan pasukan pengurusan kanan beliau hari ini. 

Soren berkata: “Set-set hadiah eksklusif ini, yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan kami.” 

“Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Ini kerana kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ianya menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan.” tambah beliau


Beliau turut berkongsi pandangan tentang falsafah perniagaan Guardian Malaysia: “Perniagaan kami adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sejak kami bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang.” 

“Sejak itu, reputasi dan perniagaan kami berkembang ke seluruh negara. Hari ini, kami memiliki lebih 420 stor, yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan setiap bulan!”

Soren yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Syarikat bulan April tahun ini, berkata beliau berharap untuk terus berkembang di atas asas kukuh yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya sepanjang 50 tahun yang lalu.

“Kami telah menetapkan beberapa prioriti perniagaan strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk menjadi sahabat sejati kepada para pelanggan kami. Matlamat kami yang paling utama adalah untuk berhubung dengan pelanggan, seterusnya membantu memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat, yang dicari ketika mereka memerlukan nasihat kecantihan dan kesihatan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan sebagai peruncit pilihan utama pelanggan,” jelas beliau.

Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan. 


Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated.

Apa lagi meh cepat je Guardian tau...










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Monday, November 27, 2017

MYDELICACIES – Ruang Berniaga Untuk Usahawan Kita

Hi Korang,


Nampak My Delicacies terus ingat jenama menda makan kan? Ermm untuk dah betul tuh tapi cam kurang tepat tau..


My Delicacies ni merupakan ruangan untuk para usahawan bumiputera mempamer dan mempromosikan produk mereka. Kalau korang ada produk yang nak di jual so inilah tempatnya. 


My Delicacies diasaskan oleh Pn Suhaily Hamzah dan ditubuhkan pada 9 Mei 2015,di Kuala Lumpur. Pada 2017, My Delicacies membuka cawangan di Jakel Mall, dan kini mempunyai 2 kedai, 2 kiosk dan promosi bergerak sekitar Kuala Lumpur.

Bagi My Delicacies, matlamatnya hanyalah untuk membantu suri rumah serta usahawan kecil yang mempunyai produk untuk mempromosikan produk mereka, bagus kan diaorang ni dan pada tahun ini juga My Delicacies telah pun mendapat kepercayaan dari MARA sebagai “BUYER” di KUD 2017 dan usahawan bumiputera boleh meletakkan produk mereka di ruang niaga My Delicacies.


My Delicacies menawarkan perkhidmatan seperti : 


1.Membekalkan produk serunding daging tempatan yang dimasak secara tradisional menggunakan api kayu dan tembaga berkualiti.

2.Menjual secara runcit dan borong

3.Menyediakan dan membekalkan makanan tradisional,kuih raya,kerepek,dodol yang berkualiti dan sedap

4.Menyediakan dan membekalkan produk makanan yang sedia di makan

5.Menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran ke lokasi yang berdekatan.



Kalau korang nak tau, di antara Hot items yang dipamerkan dan di promosikan di My delicacies adalah Sambal Hitam Menangis, Serunding Daging, Sambal Garing Che Nor, Sambal Kicap, Wonder Cheese, Hot Crunchy, Sambal Tempoyak, Cheesy Crab dan Sambal Ikan Masin. Wow hebat ek, segala jenis sambal lada di sini tau. 



Bagi para usahawan bumiputera yang menyertai MyDelicacies ni, manfaatnya ternyata amat bagus sekali seperti 

1.Produk akan dipromosikan selama 360 hari di semua kedai, kiosk sera booth bergerak MyDelicacies.

2.Promosi berterusan media social

3.Networking dengan vendor-vendor lain.

4.Khidmat nasihat mengenai production, penglabelan, pembungkusan serta marketing.


Tak ke bagus tuh kan!

Kalau korang nak tau atau nak tinjau sendiri bagai MyDelicacies ni beroperasi, korang boleh ke:-

MyDelicacies
PC 102,Busana Mara 232,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur

MyDelicacies
Lot G.04, (Ground Floor),
Signature A and B Lot 159, 
Jakel Square , 
Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur.


Boleh hubungi no di bawah untuk maklumat lanjut HP: 014-220 9897 atau email ke mydelicacies17@gmail.com

Meh LIKE dan check it out social media My Delicacies ni ek

Facebook: My Delicacies
Instagram: My Delicacies


Dah tuh, cuba je dulu di My Delicacies nie, mana tau rezeki makin bertambah kan







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com