Tuesday, October 24, 2017

Ayam Brand Chili Tuna, Pedas Menyengat

Hi Korang,

Kak lily bukanlah kaki pedas yang korang sangatkan, mulut je pedas kemain hehehhee

Ni saje nak citer pasal Ayam Brand Chili Tuna ni.


Rupanya ada produk tuna dari Ayam Brand yang terbaru di pasaran. Tuna pedas menyengat kak lily gelarkan produk ni, alah bukan apa level kepedasannya kemain lagi lah.

Chilli Tuna Light Level 2

Sesuai untuk yang menjaga berat kerana mempunya lemah 33% lebih rendah dari variant Chilli Tuna yang lain dan ianya merupakan salah satu produk chilli tuna yang original.

Chilli Tuna Level 3 

Kepedasan tahap tiga dan sudah lama di pasaran. Diminati ramai!

Chilli Tuna Fire-Hot Level 5

Baru di pasaran dan harus dicuba. Sangat pedas, sehingga ada amaran di tin. Pasti akan menangis. Pedas tapi gembira!

Di sebabkan dah biasa dengan Chili Tuna yang light tuh so tak yahlah nak cuba kan. Jadikan akak lily cuba Chili Tuna Fire-Hot Level 5 ni.

Alah buat sandwich je senang

Bukak je tin, bau chili tuh dah menyengat kat hidung, Rasa sket ermmm podehhh!!


Nampak nau kak lily tak tahan pedas kan, menda dah bukak ni so takkan nak buang pulak sebab kepedasan. So solutionnya kak lily campurkan mayonis untuk seimbangkan rasa pedas dan lemak mayonis tuh. 

Hah ko baru lah boleh di makan, kalau tak nangis tepi bucu katil huahauhauahuahua


Korang yang kaki pedas level super shaiya tuh bolehlah mencuba Chili tuna Fire Hot Level 5 ni, rasa terangkat-angkat bila makan tau. 

Oh ye, kesemua produk Ayam Brand™ Chilli Tuna diiktiraf Halal oleh JAKIM. Dah jangan nak was-was sangatlah

Untuk info lanjut boleh ke : http://www.ayambrand.com.my/tasty-tuna.html

Jangan lupa tag 

Instagram : @ayambrandmy #ayambrand 





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, October 23, 2017

Makan Nasi Kandar Mohd YASEEM, Jalan TAR Kuala Lumpur

Hi Korang,


Akak lily memang langsung tak familiar kedai-kedai di sepanjang jalan TAR ni. Yelah tak de apa nak buat kat sana so buat apa nak amik tau sangat kan.

Until satu hari ada orang ajak pi makan nasi kandar kat area situh.

Come on, nasi kandar?? 

Ok akak lily citer sket sejarah nasi kandar ek

Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.

Gituh ek!!


Aduiyai tempat lain kan melambak kenapa situ jugak yang di pilihnya huhuhuhuhu. Terus jadi blur wei sebab tak tau kedai nasi kandar ni kat mana, sudahnya akak lily minta bantuan dengan si pakcik google.com jelah. Oh rupanya ada kedai nasi kandar Mohd Yassem ni tapi parking tak de plak. So google lagi, check punya check rupanya kena park kat Maju Junction kalau nak selamat. Maklumlah DBKL suka kereta-kereta park tepi jalan untuk di towing ni kan. 

So rabu hari tuh lepas kerja terus je ke area ni. 


Park kat Maju Junction then jalan perlahan-lahan. Rupanya banyak betul kedai nasi kandar area jalan TAR ni. Ada nasi kandar Kudu, nasi kandar Insaf dan banyak lagi lah. Mau 15 minit berjalan, lintas jalan besar lagi maka sampailah. 

Lepak dulu order teh o ais limau sementara tunggu bebudak lain ni sampai. 

Best gak kedai ni, boleh pilih samaada nak duduk di tempat air-con ke yang kipas je ke kalau malam sket boleh duduk kat meja kat tepi jalan luar tuh. Haruslah kak lily duduk dalam uolls, panas wokeh berjalan kaki jauh tadi.

Once semua dah sampai terus meeting dulu jap, discuss apa yang patut then its makan time !!

Ni first time ni akak lily makan nasi kandar di KL, selalunya makan kat Penang je hehehhee. 






Tengok tuh kemain banyak pilihan menunya, cuma larat atau tak je kan. 


Ini pinggan kak lily, menu biasa-biasa je tapi yang penting mesti ada telur ikan goreng itu baru masyuk!!

Sebab orang belanja so kak lily tak sure pulak harganya berapa kan, bedal kemain sampai harga pun tak tau, sejenis perangai kan. 

Korang pun boleh lah check it out kedai nasi kandar ni ek

Nasi Kandar Mohd YASEEM,
351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
Chow Kit, 
50300 Kuala Lumpur.


Nanti nak cuba gak nasi kandar Kudus tuh plak, dengar citer ramai orang cakap sedap sampai beratur keluar-luar jalan kalua time lunch.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Friday, October 20, 2017

BBQ Buffet Dinner Di Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Makan-makan dan makan lagi. 


Kali ni akak lily nak citer pasal BBQ Dinner yang sempat akak lily pi hari tuh di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Di sebabkan BBQ kan sesuai waktu malam so jemputan semua lepas kerja gituh so bolehlah santai-santai makan ek


Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini memperkenalkan BBQ buffet makan malam yang menawarkan korang dengan pelbagai jenis menu makanan ayam, kambing, daging lembu dan makanan laut termasuklah dengan hidangan panas pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 6.30 petang hingga 10.30malam.

Selain daripada menu BBQ terdapat juga pelbagai jenis makanan lain sepertia pembuka selera, pemanis mulut dan lain-lain lagi. 





Di antara hidangan pembuka selera adalah seperti salad, tossed mozzarella cheese, tomato and basil salad rice salad, dressing and condiments dan banyak lagi.




Untuk hidangan seafood on ice pula terdapat half shell NZ green mussels, crab, oysters, prawn and black mussels. 







Bagi Grill section meat and seafood terdapat pilihan hidangan seperti malaysian hot plate chicken satay with condiments, chicken yakitori skewer, sirloin steak, jumbo chicken sausage, grilled seasonal squid, marinated fish fillet wrapped with banana leaf dan lain-lain lagi. 



Untuk pemanis mulut, terdapat coconut pudding, chocolate panna cotta, baked pineapple dan caramel tart, mixes berry financiers dan lain lain lagi.

Bersungguh-sungguh kitaorang makan sebab tak terkejar-kejar masa so dapatlah merasa semua hidangan, nasib baik perut tak meletup ek hehehhee. Overall hidangan not bad rasanya mengikut citarasa kak lily.


Harga bagi BBQ Buffet Dinner ini adalah

RM 78.00+ (dewasa)

RM 39.00+ (kanak-kanak) 4 – 11 years old

All prices are subjected only to 6% of GST.


Jom kita ke :

Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.



Tel : 03-5511 8811

Ermm jumaat hari ni, meh kita ke sini nak tak??








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com