Hi Korang, 
Rawatan Ultherapy® dari Merz  Aesthetics  merupakan rawatan kulit yang menggunakan teknologi  gelombang  ultrasonik  (ultrasound) secara focus yang mendorong mekanisma semulajadi tubuh bagi membentuk kolagen serta elastin baru kepada kulit disekeliling badan kita. 
Wow sesuatu yang bagus harus di kongsi bersama korang pembaca setia www.ciklilyputih.com tak gituh!! 
Semasa berlangsungnya Health, Fitness and Beauty Expo 2017 di Mid Valley minggu lepas, aku berkesempatan untuk mengetahui mengenai rawatan Ultherapy® dari Merz  Aesthetics ni. Seriously selama ni aku hanya tau rawatan laser untuk buangkan lemak di badan ni dan sekarang ada rawatan untuk tegangkan kulit muka, leher dan dada pulak ek. 
Hebat sungguhlah teknologi masa kini!
Sejak pelancaran globalnya pada tahun 2008, Merz Aesthetics berjaya mencapai sejuta rawatan Ultherapy® di seluruh dunia dan rawatan ini adalah satu-satunya yang diluluskan oleh pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (U.S FDA) untuk rawatan penegang-kulit   tanpa merusak lapisan luar kulit pada leher, bawah dagu dan  kening;  Rawatan  Uliherapy® juga  diluluskan  Pentadbiran  Makanan  dan  Ubat-Ubatan  AS (U.S FDA) untuk  mengurangkan garisan halus dan kedutan di bahagian dada (decolletage). 
"Ultherapy®  sering   diminta   di  pejabat   saya  kerana   ia  bukan-invasif,   dan  ia  merangsang pembentukan  kolagen secara semulajadi, dan perubahan secara berperingkat memberi hasil yang boleh dilihat. Oleh itu, rawatan ini telah menjadi kegemaran bagi   para wanita mahupun jejaka yang mengunjungi  pejabat saya dan bukanlah ,satu kejutan ia mampu meraih pencapaian  yang amat mangujakan ini," kata Dr 'Cheok Jia Rhong, Pengamal Perubatan Estetik (Pemegang LCP). 
"Rawatan  ini bukan hanya memberi hasil yang  mangagumkan,  ia juga tidak memerlukan masa pemulihan   (downtime)   yang  lama,   sesiapa   yang  mendapatkan   rawatan   Ultherapy®  boleh melakukan activiti harian seperti biasa sejurus selepas sesi rawatan." 
Rawatan ini menjadi kegemaran para pakar perubatan, kerana teknologi pengimejan ultra-sound DeepSEE™  hak-milik  Ultherapy® yang membolehkan  para pakar perubatan  memantau lapisan tisu yang disasarkan semasa rawatan tepat pada lokasi dan lapisan kulit yang diinginkan di mana tenaga ultra-sound yang yang dikenakan memberi hasil terbaik. Teknologi unik ini disokong oleh lebih dari 50 ujian klinikal, dan lebih dari 60 kertas kajian yang disemak dan diterbitkan,  dan lebih 100 daftar hak cipta di seluruh dunia. 
"Kami berasa amat berbangga dengan kejayaan mencapai -sejuta rawatan sedunia dengan Ultherapy®," kata Philip Burchard, Ketua Pegawai  Eksekutif,  Merz Pharma. "Ultherapy® akan terus  menerajui  kategori  rawatan  penengangan   kulit  melalui  inovasinya  yang  canggih  dan teriktiraf,  berserta dengan  dedikasi  para pakar perubatan  kami, dan   ulasan  kepuasan  rawatan yang konsisten. Kami mengalu-alukan pencapaian sejuta lagi rawatan yang akan datang." 
Merz Malaysia akan meraikan para pakar perubatan yang memainkan  peranan dalam kejayaan Rawatan 1 Juta Ultherapy® (Ultherapy's® 1 Million Treatment) di seluruh dunia.
Rawatan ini hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit dan memakan masa hingga 90 minit sahaja bergantung kepada jenis rawatan yang korang pilih.
Di antara testimoni yang telah di lakukan dengan rawatan Ultherapy®
Di antara testimoni yang telah di lakukan dengan rawatan Ultherapy®
Untuk maklumat keselamatan dan produk, termasuk kemungkinan kesan sampingan rawatan Ultherapy®, sila rujuk pada Arahan Kegunaan Sistem Ulthera® (Ulthera® System Instructions for Use).
###
Berkenaan Kumpulan Merz Pharma (Merz  Pharma Group)
Dengan  kira-kira  3,000  pekerja  dan  34  anak  syarikat,  Merz  adalah  pembekal  utama  global bidang Estetik dan Neurotoksin.  Syarikat persendirian  untuk lebih dari 100 tahun, ia terkenal dengan bahagian kajian dan penyelidikan dalamannya, kekuatan kewangan yang tinggi dan kadar pembangunannya  yang berterusan. Portfolio  produk  pemulih dan pengetat  kulit yang kurang invasif   dan   bukan-invasif,   disokong   oleh   penghasilan   terapi   nuerotoksin   untuk   merawat gangguan pergerakan neurologi. Ubatan OTC, penokok pemakanan dan produk jaga kulit juga termasuk hasil syarikat ini yang beribu pejabat di Frankfurt, Jerman. Pada tahun fiskal 2015/16, Kumpulan Merz Pharma menjana keuntungan 1,092.9 juta EUR. Maklumat selanjutnya boleh didapati di www.merz.com.
