Sunday, May 28, 2017

Botaneco Garden dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia Lancar Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017

Hi Korang,

Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan acara tahunan terbesar yang menyokong alam semula jadi kearah yang lebih positif. Tema sambutan tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar (Connecting People to Nature). Ia merupakan peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung kepadanya, selain menyeru melindungi bumi yang kita kongsi bersama ini. 


Sebagai maklum balas terhadap seruan itu, Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut serta badan yang inovatif dan sofistikated, yang diperbuat daripada gabungan kandungan botanikal dan minyak-minyak yang mendapat pengiktrafan eco; menjalin kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk melancarkan kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ akan menyalurkan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh Persatuan Pencinta Alam di Kuala Selangor.

Persatuan Pencinta Alam (MNS) ialah persatuan bukan kerajaan yang paling besar dan tertua di Malaysia. Fokus MNS adalah untuk memulihara kepelbagaian habitat di Malaysia, melindungi warisan alam semula jadi negara, terutamanya landskap ekologi yang sensitif. Hutan paya bakau dikategorikan sebagai landskap ekologi yang sensitif. 

Paya bakau memberi pelbagai manfaat kepada ekosistem. Ia menyediakan tempat tinggal serta makanan kepada haiwan akuatik dan marin, serta burung-burung yang bermigrasi. Ia juga bertindak sebagai penampan ribut, penampan pasang surut dan arus air, mengurangkan pencemaran air serta menghalang hakisan tanah di bahagian pantai. 


Produk-produk Botaneco Garden merangkumi Organic Argan & Virgin Olive Oil, Organic Inca Inchi & Aloe Vera serta rangkaian Trio Oil yang revolusionari. Koleksi itu terdiri daripada Pembersih Badan, Mentega Badan, Krim Badan, Krim Pelembap Badan, Krim Mentega Badan), Skrub Badan, Krim Tangan serta Losen Badan, selain dari koleksi penjagaan rambut iaitu Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Serum Rambut. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh negara dan Guardian e-store. Terdapat lebih 400 cawangan Guardian di seluruh negara.

Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Sdn. Bhd., Christina Low, sokongan Botaneco Garden terhadap Hari Alam Sekitar Sedunia dilihat selari dengan falsafah jenama serta gaya hidup dan keprihatinan para penggunanya. 

“Botaneco Garden mempunyai kelompok pengguna yang bijak dan sayangkan alam sekitar. Koleksi ini mengandungi ramuan yang mesra alam dan ditawarkan pada harga mampu milik. Pada masa sama, ramuan terpilih ini dihasilkan secara beretika dan prihatin kepada alam untuk memenuhi keperluan pengguna yang mengambil berat terhadap alam semula jadi, seterusnya mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya. 

“Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ dengan MNS yang membantu usaha penghutanan semula kayu bakau di Kuala Selangor sememangnya cukup sesuai dengan kami dan pengguna. Sebab itulah kami menganjurkannya sepanjang bulan Jun ini,” jelas Low. 

Katanya, jenama ini telah menetapkan sasaran untuk menanam 200 batang pokok kayu bakau daripada dana yang dapat dikumpulnya nanti. 

“Kami harap pengguna akan mendalami dan mempraktikkan mesej Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 iaitu Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar, serta memberikan sokongan mereka terhadap kempen Plant A Seed, Grow A Forest’.” 


Formulasi koleksi produk Botaneco Garden bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. Ini memberi ketenangan minda kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan produk yang mesra alam. Ia juga diuji dan terbukti dari segi dermatologi. 

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam, I.S Shanmugaraj Subramaniam menyatakan bahawa sokongan terhadap langkah pemuliharaan alam sekitar semakin berkembang di Malaysia. Jenama-jenama seperti Botaneco Garden membantu meningkatkan kesedaran, selain menyediakan landasan untuk para pengguna mengambil bahagian dan memberikan sumbangan. 

“Kesedaran tentang pentingnya hutan kayu bakau kepada ekosistem sungai dan pasang surut air masih rendah. Usaha seperti kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ oleh Botaneco Garden dan MNS cuba membawa mesej penting ini kepada orang ramai dan menjadikannya lebih jelas. Para pengguna boleh memberi sokongan terhadap usaha ini dan melawat Kuala Selangor untuk Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar. Di samping dapat melihat bagaimana sokongan mereka kepada Botaneco Garden boleh membantu menghasilkan sebuah hutan,” kata Shanmugaraj.

Taman Alam Kuala Selangor merupakan habitat buat 150 spesis burung, haiwan-haiwan kecil, ikan, amfibia dan reptilia seperti memerang, langur (Silvered Leaf-monkey), kera berekor panjang serta banyak lagi. Namun begitu, penebangan kayu bakau secara haram telah meletakkan habitat ini dalam bahaya dan usaha penghutanan semula memang perlu dilaksanakan. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden bermula pada 1 Jun dan berakhir 30 Jun 2017. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda untuk menyokong kempen ini. 

Saturday, May 27, 2017

Siap Sedia untuk Raya pada bulan Ramadan ini dengan Dettol dan Air Wick

Hi Korang,

Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.


Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri! 

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia. 


Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3. 

Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco. 

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi. 

“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakan seisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,” kata Tang. 


Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”

Kami berharap agar Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.


Friday, May 26, 2017

Buffet Ramadan 2017 | "CITARASA RAMADAN" Di HOTEL ISTANA Kuala Lumpur City Centre

Hi Korang,

Sambung lagi citer pasal buffet ramadhan lagi ek..


Oleh kerana Ramadan hamper menjelma tidak lama lagi, Chef Eksekutif Hotel lstana Kuala Lumpur City Centre, AI Fitri AI Bakri dan pasukannya menampilkan lebih 100 jenis hidangan lazat bufet Ramadan yang bakal mengingatkan korang hidangan di rumah. 






Di mulakan dengan pelbagai jenis Kerabu seperti Kerabu lsi Ketam, Kerabu Betik, Kerabu Udang, Kerabu Daging Tomato dan Kerabu Ayam Pegaga. 









Hidangan ‘lstana's signatures’ seperti Local Style Smoked Catfish in Spicy Coconut Gravy, Butter Prawns, Braised Fish Head in rich local style thick curry with Tomato, Okra and Herbs, Indian Lamb Bandai Karma dan beberapa lagi jenis hidangan tidak mungkin akan dilupakan. 





Para tetamu juga dihidangkan dengan Chefs' Live Action Stations, di mana hidangan tempatana seperti Chay Kuey Teow, Lemang, sizzling grill delights - Portuguese style, dan tidak ketinggalan juga Carvery Station (Whole Roasted Balinese Marinated Lamb served with a selection of Vegetables with Mustard, Black Pepper, Mushroom and Rosemary Sauce) dan macam-macam lagi. 

Untuk menambahkan kegembiraan di dalam ‘gastronomic journey’ ini, pihak hotel juga turut menyediakan hidangan popular di negeri-negeri di dalam Malaysia seperti Nasi Dalcha Tulang Rusuk, Pakistani Briyani, Kelantanese Traditional Rice with Fresh Long Beans And Roasted Beef, Vietnamese Spring Roll, 


Kegemaran rakyat Malaysia iaitu durian, di sediakan pelbagai jenis pencuci mulut daripada durian seperti Glutionous Rice With Serawa Durian, Dodol Ourian, Durian Strudel, Cendol Durian, ABCD - Air Batu Campur with Durian and Durian Crepes. 

Bagi berbuka puasa secara kumpulan, Hotel Istana menyediakan beberapa bilik function untuk tujuan ini. Ruangan solat, dan solat tarawih juga di adakan sepanjang bulan Ramadan. 

Harga bagi "Citarasa Ramadan" Buffet at Taman Sari Brasserie di Hotel lstana Kuala Lumpur adalah

RM169.00 nett dewasa 

RM75.00 nett kanak-kanak (4 -11 years).

Dapatkan harga EARLY BIRD SPECIAL iaitu 25% diskaun dari 27 May hingga 3 June 2017.

Terdapat juga 20% diskaun bagi kredit kad terpilih 4 June until 25 June 2017. Terms and Conditions apply.

Our Raya Buffet Hi Tea will be available on 26 and 27 June 2017 from 12.30 pm to 3.30 pm for only RM105 nett per adult. We have a promotion of BUY 2 FREE 1 on these two days.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi  03 2141 9988.

Jom kita ke:

Hotel lstana Kuala Lumpur City Centre 
73, Jalan Raja Chulan, 
50200 Kuala Lumpur, Malaysia 

T: 603 2149 5670 
F: 603 2144 0121


So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.