Wednesday, August 6, 2014

Happy 3rd Birthday Tokyo Street Pavilion Kuala Lumpur

Hi Korang,

Masa time raya ni pun sempat lagi aku pi event ek

Yelah last week, ramai orang still cuti lagi tapi ktorang dah balik KL awal dah coz Mr Big dah mula kerja. Nak tak nak aku pun ikut kerja sekali. Masuk office kejap then tghari tu dah balik dah coz tak de orang kerja kan.


So sempatlah aku ke Pavilon KL bagi meraikan ulangtahun ke 3 Tokyo Street. Bagi mereka yang tak tau, Tokyo Street ni terletak di tingkat atas sekali dalam Pavilion ni yang menempatkan pelbagai jenis outlet makanan, pakaian, barang-barang dari Jepun. Hah Daiso pun kat level ni jugak.




Majlis yang bertemakan ‘Sweet Celebration’ ini di rasmikan oleh Guests of Honour, His Excellency Dr Makio Miyagawa, Ambassador of Japan to Malaysia dan Puan Joyce Yap, CEO of Retail, Pavilion Kuala Lumpur.


Di dalam ucapannya, Puan Joyce Yap berkata “In just three years, Tokyo Street has established itself as the go-to destination for Japanese culture, arts, retail and food. Through our close partnership with the Embassy of Japan, we managed to bring forth an authentic Japanese experience to the Malaysian market – a first-of-its-kind in the country. We look forward to the continued support of our shoppers and tenants, to bring Tokyo Street to greater heights.”



Untuk merasmikan upacara ini, Puan Joyce Yap dan His Excellency Dr Makio Miyagawa telah melakukan ‘Kagami Biraki’, yang juga dikenali sebagai upacara memecah tong sake sebagai tanda permulaan yang baru bagi Tokyo Street.


Dah lama pun sambutan hari jadi, of course mesti ada acara memotong kek. Hah ko bukan main besar lagi kek yang nak dipotong dan terdapat 15 jenis kek yang di hadiahkan daripada 15 Tokyo Street tenants. 












Pelbagai jenis kek ada tau, bukan main cantik lagi sampai rasa sayang nak makan.




Untuk mengakhiri majlis ni, ada special tarian yang di reka bernama ‘Yosakoi Bushi’, yang memaparkan ‘Yosakoi’ dance – a unique style of dance originated in the city of Kochi in Japan. Para media dan pengunjung pun di jemput menari sekali gak tau. Tak de lah aku nak join, segan wei. Tapi simple je tariannya, 2-3 kali praktis dah pandai dah.


Terima kasih Pavilion KL di atas jemputan ni, memacam yang aku dapat belajar daripada event ni. Mostly Japanese culture lah, tarianlah, pukulan gong dan memacam lagi lah.

Korang nak info mengenai Tokyo Street ni boleh layari facebook http://www.facebook.com/PavilionKL, atau Twitter at http://www.twitter.com/Pavilion_KL.



Tuesday, August 5, 2014

REVIEW | GUARDIAN Mouthwash

Hi Korang,

Selain daripada ubat gigi, korang ada guna produk lain untuk bersihkan mulut tak?

tengoklah DakUban ni kan.. perangai dia..

Aku haruslah ada sebab gigi berlapis cam aku ni, ada je problem dalam mulut ni. Yelah ingat dengan gosok gigi je boleh bersih dah gigi. Abis yang celah-celah tu cam ne plak? Kan berus gigi mana sampai. Sebab tulah sebelum tidur, memang aku duk berkumur je.

Tup-tup Guardian hantar plak a few mouthwash untuk aku kan. Hah apa lagi, moh kite try guna. Guardian mengeluarkan 4 jenis mouthwash iaitu Total Protect, Tartar Control, Cool Mint dan Peppermint with Tea Tree Oil.

Ni aku citer satu persatu ek


1. Total Protect

Mempunyai 8 kebaikan dalam 1 botol, membunuh 99.9% bakteria. Ianya membantu untuk :

- Restore mineral to enamel
- Prevent tartar build up
- Strengthen teeth
- Reduce plaque
- Maintain healthy gum
- Freshen breath
- Maintain natural whiteness of teeth

Tulis dalam English, baru korang paham sket kan. Harga bagi 100ml adalah RM4.90, RM12.90 untuk 400ml dan RM18.90 bagi 750ml.


2. Brightening + Tartar Control

Sesuai bagi mereka yang gigi bersinar, ewah bersinar sungguh. Terutamanya kepada coffee/tea drinker dan jugak perokok. Membunuh 99.9% bakteria dan sugar free. Harga bagi 100ml adalah RM4.50 dan RM16.90 bagi 750ml.


3. Cool Mint

Ini yang basic punye, dengan cooling sensation. Ianya membantu menguatkan gigi dan menghilangkan bau mulut. Harga bagi 100ml adalah RM3.90 dan RM15.90 bagi 750ml.


4. Peppermint with Tea Tree Oil

Ini pun basic punye mouthwash tapi kurang rasa terbakar dimulut. Di tambah pula dengan Tea Tree Oil untuk lebih kesegaran. Harga bagi 100ml adalah RM3.90 dan RM15.90 bagi 750ml.


Keempat-empat flavor ni aku dah cuba dan aku suka kat Total Protect, haruslah sebab banyak kebaikan yang tersendiri.

Nak tau lebih lanjut lagi, korang klik je kat link social media Guardian ni ek



Official Website : http://www.guardian.com.my


Makan Punya Pasal, Menyesal Tak Sudah!

Hi Korang,

Mood raya still menghantui blog aku ni, ye ko langsung sel-sel otak tak membantu!

Sakit dah jiwa ni.
 
Bukan apa, boleh masa raya langsung tak keluar camera ambil gambar makanan sedap yang mak aku masak. Aduiyai sedih tak terhingga tau. Dahlah mak aku masak sedap-sedap.

Ada rendang limpa + daging, sambal udang galah, kuah lodeh simple, kari ayam. Ermm tensionnya.

Gambar aku masak nasi beriani pun tak ambil jugak, dahlah first time cuba masak terus jadi. Dah tu dengan belajar masak ayam masak merah yang sedap. Alah, sakitnya hati kita ni lah.
 
 
 
 

Ermm tak perlah, ni aku letak gambar open house rumah cousin aku hari tu masa 2nd day raya. Actually dia tak plan pun nak buat open house coz dia baru balik dari Australia fly kesana masa time raya hari tuh. Ada lasagna, spagethi, potato salad, sandwich dan mee hoon sup. Simple je tapi marbeles ooo. Kitaorang bedal sampai licin semuanya dan dia 2-3 kali kena masakkan.

Terima kasih je tuan rumah MAS steward & stewardess

But still perasaan menyesal tuh ada lagi tau.

Kesimpulannya yang dapat di buat adalah Cik Lily Putih food blogger yang tak boleh harap bila ada makanan depan mata. Lebih pentingkan perut daripada blog. Hahahahahahahaha
 
Tapi sebenarnya aku tengah lapar ni, tu yang kuar entry merapu ni. Cari gambar makanan tak jumpa huhuhuhu...
 
Mencikkk