Tuesday, February 4, 2014

Tersuka Plak Dengan ZALORA Maxi Dress

Hi Korang,

Bila citer pasal dress je, korang dah duk bayangkan baju gaun yang labuh-labuh, berkilau-kilauan nak selalu kite nampak pompuan-pompuan elit pakai masa pi dinner ke, party ke kan.

Itulah aku sendiri pun tak sanggup nak pakai wei, coz seganlah. Kang orang ingat aku perasan Diva-Diva plak kan.

Tapi sekarang maxi dress boleh di pakai pada bila-bila masa saja kerana fashion designer sekarang ni dah berani memberikan sentuhan yang lebih chic dan edgy terhadap koleksi dress sedia ada. So now terdapat pelbagai pilihan maxi dress yang ada malah semakin popular wokeh.


Maxi dress menjadi kegemaran wanita muda kerana pilihan terbaik untuk dipakai secara kasual, makan malam, parti malah untuk ke pantai! Ianya juga sangat versatile dan dilihat sebagai pilihan mudah bila korang nak keluar tanpa perlu berfikir panjang.Korang dah tak yah pakai top atau bottom bila memakai dress jenis ini. Oleh itu ianya sentiasa menjadi pilihan dan berguna – sekadar pakai dan terus keluar menikmati hari indah!


Ni tengok meh tengok gaya Kate Hudson mengenakan maxi dress berwarna putih ini. Beliau nampak begitu relax namun ketara cantiknya. Malah beliau menambahkan sedikit aksesori seperti rantai panjang dan sepasang subang besar untuk kelihatan lebih feminine. Anda boleh mencontohi gaya si cantik ini untuk keluar pada hujung minggu.



Yang ni plak, pasangan beliau untuk filem Bride Wars iaitu Anne Hathaway juga kelihatan cukup selesa dengan pilihan maxi dress bercorak bunga-bungaan beliau. Jelas sekali si jelita ini kelihatan cukup menawan dengan persalinan tersebut. Malah beliau begitu bijak untuk tidak terlalu penuh dengan aksesori dan sekadar memilih untuk memakai sepasang sunglasses dan sling bag bersaiz sederhana.

Maxi dress memberikan illusi kepada seseorang untuk kelihatan lebih tinggi dan kurus. Selain itu, korang sentiasa dapat bergantung kepadanya untuk kelihatan girlish. Almari pakaian korang tidak sempurna tanpa sehelai maxi dress.

Terdapat pelbagai jenis maxi dress seperti yang diperbuat daripada chiffon, cotton dan bercorak bunga atau lace. Ianya juga sangat selesa dan begitu flattering untuk dipakai. Malah ianya boleh dipakai oleh hampir sesiapa sahaja dengan bentuk badan serta saiz yang berbeza.

Pilihan 1 - aku suke yang ni sebab coraknya

Pilihan 2 - ni pun cantik gak bunga-bunga

Pilihan 3 - simple but nice


Aku pun rasanya cam teringin je nak pakai maxi dress ni, walaupun saiz aku agak comel-comel kan. Ermm tengah berura-ura gak ni.

Boleh je online shopping murah iaitu Zalora.my korang boleh dapatkan barangan fesyen di sana. Diorang menawarkan koleksi maxi dress yang cukup meluas daripada pelbagai jenama terkenal. Online shopping juga menjadi lebih mudah dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia seperti yang ditawarkan mereka! Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mereka di Zalora Twitter juga.

Tengah fikir lagi ni, nak beli ke tak ek. Sebab banyak nau pilihan yang membukak mata aku ni.. ermm..

Korang tolong pilihkan, samada Pilihan 1, pilihan 2 or pilihan 3 ek.. 

Semuanya ada size aku ni. Tolong ek..


Monday, February 3, 2014

Resipi Kerepek Ngarku

Hi Korang,

Still dalam mood raya cina lagi kan. Ermm aku tau tuh. Sebab tulah aku cam malas je nak update blog. Yelah ko, raya tuh. Harus nak chillax je..

Rajin plak aku ke dapur 2-3 menjak ni, nak makan luar rasa boring plak. 


Ni aku nak kongsikan 1 resipi yang hanya boleh dibuat time raya cina ni tau. Korang tak apa itu buah NGARKU? Itulah korang, yang pelik je tak nak makan. Cubalah rasa dulu kan.


Buah Ngarku ni merupakan sejenis ubi macam keledek, ubi kayu, kentang dan sewaktu dengannya. Kat Malaysia memang tak de buah kecuali bila tiba time nak raya cina coz buah ni di import dari China lah. Rasanya tak delah weird langsung pun. Ala macam korang makan kentang gituh lah.

Aku beli kat AEON Big kat Mid Valley hari tuh, masa Mr Big nak pi beli kasut so sempatlah singgah dalam ni. Tup-tup ternampak plak, so apa lagi capai plastik terus pilih dan bayar.

So far yang aku tau, buah Ngarku ni boleh buat kerepek je. Masak menda lain aku tak sure plak. Mehlah aku kongsikan sket resipi kerepek Ngarku ni ek.


Bersihkan buah ngarku ni. Buang kulit-kulit kat sekelilingnya dulu. Nampak beso tapi penat wei.


Basuh dah toskan buah ngarku ni, biar kering sket. Tangkai jangan buat so senang korang nak menyagatkan nanti.


Lepas tuh, sagatlah or hiriskan pakai pisau ke kan. Ikut suke korang. Aku ada sagat ni je, so guna jelah. 


Goreng cam biasa dalam minyak panas until kekuningan. Goreng sket-sket coz takut dia melekat into each other kan. So jadi tak cantiklah.


Lepas tu angkat dan boleh terus di ngap masuk mulut. Jangan hangus sangat, takut jadi pahit plak.

Itu aje

Senangkan. Cuma nak bersihkan tu je malas sket. Aku siap bersila depan tv sambil mengupas buah ngarku ni.


Ermm tak sempat nak simpan kat dalam balang pun, Mr Big dah sental sampai licin.

Hah ko.. itulah dia resipi kerepek Ngarku ni. 

Rasanya buah ni dah tak de lagi kot kat supermarket, kalau still ada lagi nasib korang baik tau.

Pi cepat beli ek.








Dah Register Pun Ke Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Hi Korang,

Dah lama bebudak team denaihati.com war-warkan pasal berita ni. Rasanya dah sebulan kot. Aku pun duk tunggu je bila tarikh keramat yang diorang akan buat Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 ni kan.


So semalam kan cuti, mana lah ade masa untuk duk depan laptop ni. Buang masa wokeh cutti panjang duk rumah je, baik pi outing bersama yang tersayang. Alah pi mandi laut je.

Abis mandi laut, tengah lepak-lepak kat pantai dan baik punye duk scroll tepon ni, ternampak plak notification date untuk #SBB2014 ni keluar. 

Alah orang tengah terputus hubungan dengan dunia luar, barulah diorang nak hebah-hebahkan. Apalagi cercepat nak balik kan. Kang terlambat tak de seat plak.

Sudahnya baru pagi ni aku buat bayaran coz balik semalam jem teruk kat highway, sampai rumah terus tidur dek kepenatan sakit vontot duk dalam kereta lelama sangat.

Hah, padan muka sape suruh pi holiday jejauh kan... hehehehhehehhe.

Dah jangan nak mengarut lebih ek Cik Lily Putih oit, on laptop cepat.


Terus je bukak oficial website untuk #SBB2014 ni klik sini je http://sbb.my/. Ok baca biji butir info pasal venue, date dan time. Kemudian klik pendaftaran. Baca sekali imbas dan terus buat bayaran ye.

Once dah buat bayaran, senang sket korang nak register coz bukti bayaran dah ada. Eh penting resit bayaran tuh, kang korang dah bayar tapi tak de resit cam ne nak masuk dewan kan. Jangan lupa pasti no akaun tu betul sebelum ko tekan butang transfer payment kat www.maybank2u.com.my tu ek.

Apa yang best sangat tentang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 ni?

Haruslah best. Perjumpaan secara besar-besaran blogger di Nusantara ni. Sebab apa aku kata Nusantara, sebab ada ramai blogger dari luar Malaysia pun join sekali. Eh, aku tahulah sebab aku dah pernah pi #SBB2012 ye. Kira masa tuh, first time bro denaihati buat. 


Sangat-sangat menarik perkongsiannya. Ada perkongsian ilmu dengan blogger otai-otai cam RedMummy, ben ashari, singing blogger Zarul dan ramai lagi.

Sudahlah korang boleh check it out sendiri kat http://sbb.my/ segala info yang korang nak tau. Oh ye, main sponsor untuk majlis kali ni iaitu syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad so apalagi haruslah banyak minum air Yeos kan..

Baik korang cepat sebelum penuh seat ek, coz sapa yang register awal ada weekly lucky draw tau..

Aku dah secure seat, sukerye.

Siapa yang dah register tu, jumpe di sana ye... sana...sana..sanaaaaa.....