Tuesday, September 3, 2013

Maybelline The Rocket Volum' Express Mascara Event

Hi Korang,

Lama tak pi event BEAUTY kan, yelah orang tak berape cantik memang payah nak dapat jemputan ke event kecantikan ni.



Abis je kerja aku kat CIDB hari tuh, aku terus je fly ke Mid Valley. Takut terlambat, terus je sambar taxi dan pergi. Nasib baik jalan tak jem dan uncle tu memang sangat cekap, sekejapan terus je Mid Valley sebab tu aku cakap terbang. Laju cam lipas kudung gamaknya.





Launching kali ni di buat di Galactic Laser Tag kat tingkat 3 area North Court ni. Masa aku sampai belum ramai orang lagi, so amik gambo lah dulu. Tapi apakan daya semua gambar jadi biru disebabkan keadaan lampu yang ala-ala disko tu lah.



Sementara tunggu media lain sampai, aku di approach oleh Mona, one of the Maybelline team. Dia ajak aku join contest Maybelline Rocket Mascara ni, untung-untung dapat terbang ke New York katanya. Aku pun bercamwhore bagai walaupun gelap dan malap kat dalam tuh. Once dah upload, terus dia hadiahkan aku Maybelline compact powder yang sangat cute. Ini special dari Thailand ni, kat Malaysia tak de wokeh.




Ok event dimulakan dengan cam biasa kata-kata aluan dari one of Maybelline punya orang kuat dan seterusnya ada briefing sket mengenai mascara rocket ni. 



Memang bagus coz berusnya yang flexible membolehkan kita menggunakannya tanpa comot.




Elfira Loy pun ada tau memeriahkan majlis, yelah DUTA MAYBELLINE kan mestilah senantiasa ada, cam ne plak aku boleh terlupa kan. Beliau pun turut berkongsi mengenai maskara ni. Sangat bersesuaian bagi mereka yang on the go. Sekali calit terus cantik.



Terima kasih pada Connie dan Maybelline team yang sudi menjemput www.ciklilyputih.com ke launching ni. Walaupun tak dapat nak bercamwhore dengan Elfira Loy tapi tak per coz dapat banyak beauty product yang best-best.


Next time, aku mesti berebut dengan media lain untuk bergambar dengan dia. Alah suka-suka je nak bagi korang jelessss....


Ok tunggu entry lain, pasal aku review maskara roket ni ek.


Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 

 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^ 

Monday, September 2, 2013

Tahniah Blogger Yana Yassin Di Atas Pertunanganmu

Morning Korang,

Comel plak tajuk entry, skema betulll

Weeekend ni tak kemana pun coz sibuk duk attend orang bertunang.

Sabtu lepas ke rumah cousing di Klang, majlis bertunang gak. Semalam ke rumah blogger yanayassin.com di Kajang. Alah dekat je dengan rumah aku tu yang pi kan.

Aku dan Shakkido, janji datang sama. Kitaorang sampai lepas majlis pertunangan berlangsung. Aduiyai, rasa cam rugi plak. Tapi tak per yang penting bercamwhore kan.


Comelkan orang bertunang, baju instant katanya. Beli je tak yah nak tempah-tempah pun.


Hantaran pun simple je, alah buat apa nak banyak-banyak kan. Yang penting majlis berjalan lancar. Mungkin awal tahun depan kot majlis pernikahannya. 


Sempat gak aku bertanya rahsia kesedapan mee kari ibu Yana. Memang sedap ko, sepinggan aku makan, ceduk segala isi yang ada.


Apa pun tahniah Yana di atas pertunanganmu ini. Semoga tabah menghadapi alam darah manis ni. Orang kata banyak cabarannya, ye aku akui gak masa bertunang ni memang menguji hati dan perasaan, maklumlah pernah rasa kan.

Yeah, dah nak kawin dah kawan aku sorang ni ek..