Tuesday, February 12, 2013

Weight Loss Journey, Slimming and its Effectiveness by Marie France Bodyline

Hi Korang,

Siapa yang nak kurus? Angkat tangan cepat!

Yeah me!me!me!

Baik, jom pi slimming centre nak?

Alah tak nak, mahal bebenau dan tu boleh kurus ke kan

Itulah dia keluhan mereka-mereka yang sering tertipu dengan iklan kuruskan badan ni. Ramai gak aku dengar diorang gossip pasal menda ni.


Dengan itu pihak Marie France Bodyline telah pun menganjurkan sessi Q&A bersama bloggers last week mengenai mitos dan keberkesanan rawatan pelansingan badan di slimming centre dan di samping itu je memperkenalkan rawatan kecantikan terbaru iaitu the Acoustic Radial Therapy (ART).

Ktorg dapat berbual sendiri dengan Chief Executive Officer (CEO) dari Marie France Bodyline Ms Amy Quek Swee Li yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri pelansingan dan kecantikan ini. Cantik orangnya, tak makan tua langsung, jeles I tau!


"Marie France Bodyline telah sentiasa berusaha untuk berada di hadapan dan kami sentiasa mengikuti apa yang terkini didalam industri pelangsingan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami memastikan pelanggan kami berjalan keluar pusat kami gembira dengan rawatan mereka dan dengan penuh keyakinan" kata Amy.


Inches Loss and Weight Loss Are 2 Different Things J



Dalam sessi ni jugak, Ms Amy sempat berkongsi dengan ktorg mengenai prosedur rawatan pelangsingan MarieFrance, sistem dipatenkan perubatan diagnostik dan ketelusan harga. "Sepanjang kewujudannya, Marie France Bodyline berterusan memperkenalkan terbaru inovasi untuk rawatan pelangsingan mereka di seluruh dunia yang diiktiraf oleh di Dunia Kesihatan Pertubuhan (WHO) dan profesional perubatan di seluruh dunia.


Di antara teknik rawatan terbaru dari Marie France adalah

Cellu Check Plus ™

Sistem perubatan diagnostik yang menyediakan analisis klinikal lemak

Acoustic Radial Therapy (ART)

Terapi ini membantu wanita semua peringkat umur dalam membanteras isu selulit, disebabkan oleh kelalaian hormon atau umur yang berkaitan dengan tisu penghubung. Rawatan boleh dilakukan di kawasan bemasalah diseluruh badan, seperti lengan, paha, perut, akhirnya membawa kepada pengurangan lilitan dalam bahagian ini. Rata-rata, keputusan pelangsingan boleh dicapai dalam tempoh 6 hingga 12 sesi rawatan.


Ok jom kita citer mengenai HARGA plak.

Memang betul ada customer yang complain mengenai harga pakej yang sewenang-wenangnya dinaikkan tanpa pengetahuan pelanggan tapi BUKAN di Marie France Bodyline. Ms Amy citer lagi para pelanggan hanya membayar satu harga sahaja mengikut kadar rawatan yang ditetapkan, segalanya telus tak de sembunyi-sembunyi ye. Lagi plak consultation adalah PERCUMA bila first time customer datang ke Marie France ni.


Hah, panjang lebar plak aku tulis mengenai khidmat Marie France ni. Bukan apa bab-bab kecantikan dan kesihatan ni penting untuk diterangkan secara details. Kang salah information plak, abis aku kena tiau nanti kan.

Apa-apa pun selain daripada rawatan pelangsingan badan, penjagaan diet yang betul dan senaman pun penting gak tau dalam proses nak kuruskan badan ni.


Bagi aku, bukan semata-mata nak kurus tuh sebab nak cantik tapi more to kesihatan badan. Kalau kurus pun anggota badan menderita tak guna gak kan.


Terima kasih kepada Marie France for this special talk. At least tau gak sket mengenai pusat pelangsingan badan kan. 

Jom kite...


Saturday, February 9, 2013

Road Trip Again!

Hi Korang,

4 hari cuti tuh

Haruslah keluar dari KL ni. Rehatkan minda katanya.


Kali ni road trip ke selatan plak. My Waja tinggal jaga rumah. Lagipun kena kasi dia rehat gak. Hari-hari berjalan kan.
                                                         
Tak sure lagi mana arah tuju but yang pasti kena pi umah orang kawin dulu then baru leh plan ahead. Kalau penat drive berhenti cari hotel tido. 


So happy holiday korang!

Chow!




Friday, February 8, 2013

Mee Kari Sedap @FoodCourt Suria KLCC


Hi Korang,

Aku tau memang ktorg memang jarang pi makan kat foodcourt Suria KLCC.

Perasan tak ?

Bukan nak jaga standard ke apa tapi banyak-banyak shopping complex yang aku pi KLCC punya courtfood yang paling havoc dan ramai giler manusia. Senantiasa penuh yang amat, sampai nak kena main chop-chop tempat duduk.

So hari tuh tuh, masa pi beli kasut Jelly Bunny (maknanya entry ni dah lamo giler wokeh) dah petang. Dah time hi tea, jadi Mr Big ajak pi makan satu port mee kari baik punya ni. Dia kalau KLCC ni memang tau segala selok belok tempat makan sedap. Yelah menara pensel tu kan depan KLCC ni, selalulah dia lunch kat sini.

Ktorg naik terus ke tingkat 4. Hari tu orang tak berapa ramai sangat may be dah tengah bulan kot. Meja pun banyak kosong so tak yah nak chop-chop bagai. Tak payah cakap, dia suruh je aku duduk then dia pi order.

Tup-tup sampai je makanan depan mata kan.


Mee Kari Kerang Lebih

Tengoklah kerangnya merah-merah gituh, separuh masak. He’s really like it. Ok apa kerang kan boleh tambah darah kata dia. Yelah sebab tambah darah itu yang penuh sampai kedepan tu kan.heheheh


Mee Kerang Biasa

Yang biasa pun dah mantop wei. Kuahnya pekat melekat tak berapa pedas. Mana boleh pedas2 wei, jadi macam Man Cirit dalam filem Gangster Celop baru tau.


Fried Wantan

Ini memang satu lagi favourite Mr Big kalau makan kat sini. Wantonnya di goreng pepanas. Tebal isi dan kulitnya ranggup. Krak krup krak krup gigit tau. Aku tak cicah sos pun but aku cicah dengan kuah mee kari tuh. Lagi terbaik ooo.

Ermm best dapat makan mee kari dan wantan ni lah. Aduiyai poyo sangat wei. INI SEMUA POYO! Sesaje tulis cam tu, nak panjangkan ayat sebenarnya.

Harga ikut standard KLCC la ye tak sampai RM10 pun but Mr Big punya mahal sketlah coz dia tambah kerang banyak. Wantan tu pun bawah RM10 gak.

Mentang-mentang weekend tu tak de apa plan.

Hah bukan main lama ktorg duk lepak kat sini, yelah dapat duduk tepi tingkap bolehlah tengok view area KLCC ni sambil tuh makan + borak-borak + cuci mata tengok orang gaya-gaya hai memacam lah.


Kalau korang teragak nak pi kedai auntie ni, naik je ke tingkat 4 punya foodcourt.Tengok signboard macam kat gambo atas ni, itulah kedainya.

Memang worth it lah. Murah + Banyak + Sedap = Happy face…

Balik rumah terus tak dinner akibat kekenyangan yang amat ya rabbi!

p/s : Malam tadi jumpa Hanis Zalikha masa preview filem Gangster Celop tuh. Boleh tak perasan plak dia berlakon dalam filem ni, maklumlah rambut dia dah lurus plak ek.