Monday, November 12, 2012

Pemenang GA 'Pas Trax On Track!'

Hi KoranG,

Hari tu aku ada buat small Giveaway pasal tiket 'Trax On Track!' ni.

So ini pemenangnya:


1. Adam


kepada reader yang bernama ALVERNIA < neysa91@yahoo.com> dan Paan Jr < paanjr@gmail.com > so saya terpaksa disqualified your entry sebab awak dah menang tiket ni kat entry blogger lain. Bagi chance kat orang lain ye.

So kepada pemenang, sila email details seperti Nama, Email, URL Blog dan contact no kepada jajasayang@gmail.com. Korang akan di contact oleh event management ye.

Itu je...

Selamat bersukaria di Sepang ye..




Sunday, November 11, 2012

Gambar | Sekitar Majlis Perkahwinan Blogger Ruby

Hi Korang,

Semalam sempat gak aku ke majlis perkahwinan blogger www.rabiatuladawiyah.com di dewan serbaguna Bukit Aman ni. 

Majlis resepsinya cukup simple yang di hadiri sanak saudara kedua belah mempelai dan sahabat serta geng blogger si pengantin kan.

Ramai gak blogger yang aku jumpa. Ada Kak Ina KL, Mia Namia, Nurul Siezuka, Anak Perak, Linda, Wendy, Jess, Sharida, Khairi, Jen dan orang kuat Ruby siapa lagi kalau bukan Yana Yassin kan.

Ok, tengok je gegambar ni ek

Sama cantik sama padan

Ada dayang menari-nari tau

Blogger gila-gila

Main suap-suap gituh

Ktorg yang kaki bergambar

Yana, Nurul, Mia dan kite yang cantik ehhe

Dah aku plak wakil pengantin lelaki kan, makan sedap oo

Penari cilik yang comel nau

Dengan Bussiness Partner ehehehe

Diorg ni memang kaki senyum betullah

Orang kuat, yang tak reti-reti nak balik


Itu je, nak tengok gegambo lain tunggu bebudak blogger lain update ye

So tahniah kepada Ruby dan Naim, semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.


Saturday, November 10, 2012

Senarai Pemenang Anugerah SKRIN 2012

Hi Korang,

Mesti ramai duk tercari-cari senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2012 yang baru je abis berlangsung kat TV3 kan.


Ini aku dah listkan senarai pemenang ye.


DRAMA

Drama Terbaik : Di Telapak Kaki Bonda

Pengarah Drama Terbaik : Kabir Bhatia | Di Telapak Kaki Bonda

Lakon TV Terbaik : Di Telapak Kaki Bonda

Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Abu Bakar Omar | Gincu Ayah

Pelakon Wanita Terbaik Drama : Ruminah Sidek | Parit Jawa

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Namron | Parit Jawa

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Sherry Merlis | Di Telapak Kaki Bonda

Videografi Terbaik : Aku Mahu Terbang

Drama Rantaian Terbaik : Jangan Ambil Padang Kami | Suhan Movies

Drama Komedi Terbaik : Elly & Epit

Pencalonan Drama sebanyak 18  pula meyaksikan antaranya Pelarian, Ku Petik Dosa, Sujudku Di Sejadah, Bedah Tong Gas, Parit Jawa, Parut Asyikin dan Hilangnya Doa Seorang Ibu 



FILEM

Filem Terbaik : Bunohan

Pengarah Filem terbaik : Fariza Azlina and Effendy Osman | Songlap

Lakon Layar Filem Terbaik :  Dain Said | Bunohan 

Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Shaheizy Sam | Songlap

Pelakon Wanita Terbaik Filem : Maya Karin | Ombak Rindu

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Syafie Naswip | Songlap

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Lisa Surihani | Ombak Rindu


Antara 34 buah filem yang dipertandingkan meliputi Bunohan, Mael Lambong, Songlap, Libas, Chow Kit, Ombak Rindu, Tolong Awek Aku Pontianak, Man Sewel Datang KL, Bini Biniku Gangster dan Hantu Bonceng.



ANUGERAHJURI

Anugerah Yasmin Ahmad : Pierre Andre

Anugerah Artis Harapan PANTENE : Putri Balqis | Pelarian


PENERBITAN DALAMAN

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : Dunia Tersembunyi | Rambu Solok

Rancangan Bual Bicara Terbaik : Bella | Labour Day Special

Rancangan Hiburan Terbaik : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25

Rancangan Muzikal Terbaik : Anugerah Juara Lagu 26

Rancangan Realiti Terbaik : Jemputan Umrah

Laporan Khas / Berita Terbaik : Berita TV 9 | Bom Jangka



Ok je show ASK 2012, bertemakan 'Fairy Tale'. Semua artis bergaya sakan dengan baju-baju ala prince dan princess. 

Hopefully korang yang tak sempat nak tengok tadi bolehlah refer kat sini ek.

Itu je..