Monday, October 15, 2012

Holiday Gift Set Dermalogica Yang Sungguh Menawan Kalbu Hatiku


Hi Korang,

Kalau travel kemana jua pasti korang bawak skincare dan toiletries, tak kan nak pi beli plak semuanya haruslah kopak kocek seluar. 

malay lifestyle blogger yang perasan comey ehehehhe

So korang bawak yang botol-botol yang besar bangak tu ek? Aku haruslah tak, tahan aku pi cari kat Watson traveller set punye item. Senang sket, boleh sumbat kat mana ruang yang kosong.

Bila aku terpandang holiday gift set dari Dermalogica ni, memang hati aku tak keruan sungguh, mana taknya bukan main cantik lagi. Ada beso, ada sedang-sedang aje dan ada yang cute sangat. Suka lah.

Meh aku tunjuk sket kat korang ek


Set Carry All Bag
Essential Cleansing Solution (500ml), Daily Microfoliant (13gm), Multi-active Toner (250ml), Skin Smoothing Cream (100ml).
Price : RM520.00 (original price RM699.00)


Travel Pouch
Pre-cleanse (150ml), Multi-active Toner (50ml), Gentle Cream Exfoliant (10ml), Intensive Eye Repair (4ml), Solar Defense Booster SPF50 (10ml), Essential Cleansing Solution (50ml), Intensive Moisture Balance (22ml).
Price : RM298.00 (original price RM418.00)


Travel Mini Pouch
Conditioning Body Wash (75ml), Body Hydrating Cream (75ml), 2 duckies yang cute.
Price : 88.00


Dan semua ni didatangkan dengan beg-beg yang cukup comel  dengan warna-warna seperti oren ceria, magenta menawan dan hijau segar  yang dah pun menggegarkan hati aku yang berdegup kencang ni. Biasalah orang perempuan kan suka yang fancy-fancy, kata food blogger ni.

Set hadiah Perayaan Dermalogica 2012 yang fancy benau ni di jual di semua outlet AsterSpring Signature, AsterSpring dan Dermalogica Consultation Pod serta pengedar Dermalogica yang sah di seluruh negara while stock last ye. Kalau dah tak de jangan sibuk suruh aku pi tanya kat tokeh Dermalogica ni tau..


Aku dah ada pun yang travel pouch tuh. Sukerlah barangnya banyak dan begnya pun besar tau.

I heart U Dermalogica tau!!!...





Sunday, October 14, 2012

Senarai Peserta GA 'Lori Oreo Comel'

Hi Korang,

Setelah abis 2 minggu berlangsung giveaway aku yang comel tuh, aku berjaya mendapat 20 orang blogger yang sudi join tau.


Diorg ialah :

1. http://faralalalala.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

2. http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

3. http://zzqil.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

4. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

5. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

6. http://kembaradrumstik.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

7. http://mrandmrssallehudin.blogspot.com/2012/10/contest-giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

8. http://jassnani.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

9. http://ayongatikah.blogspot.com/2012/10/giveaway-30-giveaway-lori-oreo-comel.html

10. http://warnawarnisaedah.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

11. http://cahayahana.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

12. http://ayuarjuna.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

13. http://mieeliss.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

14. http://hazmanfadzil.com/2012/10/05/giveaway-lori-oreo-comel-dari-www-ciklilyputih-com/

15. http://mommynadia.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

16. http://www.siezuka.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

17. http://duniawilma.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari-www-ciklilyputih-com/

18. http://lurvelavender.blogspot.com/2012/09/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

19.  http://keepstryingsher.blogspot.com/2012/09/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html

20. http://awekretro.blogspot.com/2012/10/giveaway-lori-oreo-comel-dari.html


So kepada 20 22 blogger ni harap bersabar  menunggu keputusan ye, sebab banyak betul komen yang membina yang aku dapat dari korang ni.

Seboleh-bolehnya aku akan selesaikan dengan secepat mungkin.

Harap bersabar ye.. tak lari gunung di kejarrrrrrr....



Saturday, October 13, 2012

Tengok Muay Thai Fight Secara ‘LIVE’ Elite Boxing : Thailand vs Asia


Hi Korang,

Selalunya aku tengok orang gaduh yang gila-gila amat ni dalam TV je, jarang jumpa orang gaduh kat tepi jalan kan.

Cantik kan Fay Hokulani.. comey sungguh

Tapi bila ada opportunity untuk tengok secara live di Sunway Piramid Convention Centre ni rasa macam lagi syiok plak. Mana tak nya dengan fighternya dengan supporternya lagi. Itu belum kira Host Wanita yang cukup Hot, lagilah best. Lagi plak ramai selebriti yang datang macam Intan Ladyana, Emelda Rosmila dan ramai lagi lah.


Memandangkan ini single invite so Mr Big tak dapek lah nak mengikut, so yang ada 14 orang bebudak bloggers yang aku kenal. Nasib baik boleh masuk line, kalau tak pecah dada dibuatnya.


Ada 6 perlawanan muay thai iaitu Thailand menentang Asia. Thailand tau kira hebatlah tu kan. Alah lagi pun sukan ni pun berasal dari tempat dia of course lah diorg ni kuat.


Wei host malam tu memang mantap beb.  Pelakon Diana Danielle yang bertunang dengan Farid Kamil tuh dan co-host Fay Hokulani seorang blogger Fitness yang sangat HOTZ dan meletup sangat. Aku suka gaya diorg ni sangat selamba dan rileks je, lepak borak dengan ktorg kan.

Ok citer balik pasal fight ni.


Fighter Thailand ni memang hebat-hebat belaka, walaupun badan kecil tapi tenaga memang tak boleh disangkalkan lagi. Cara diorg defect dan attack opponent tu memang luar jangkaan. Aku pun sampai ternganga mulut dibuatnya sekejap.




Eh, fighter Asia pun pun not bad jugak tau especially our Malaysia Champion ‘The Handsome’ Ali Yaakub dan ‘The Golden Elbow’ Faizal Ramli. Sangat superb cara diorg berlawan, walaupun dua-dua tu nampak cam pemalu masa aku training hari tuh but bila dalam gelanggang ermm semuanya di luar jangkaan.



So far masa aku tengok fight ni, Thailand dah menang 4 game dan Malaysia baru menang 1 je, fight di antara Ali Yaakub dengan alah lupa plak aku nama mamat Thailand tu panjang benor. Masa Faizal fight aku tak tengok sampai abis coz dah tengah malam sangat, kang aku plak kena muay thai dengan Mr Big plak.

Bagi aku, muay thai ni memang sangat berseni sangat dengan background musicnya, dengan kena practice dulu dalam ring dan outfitnya memang malam tu aku macam tengok fight kat Thailand lah. Supporter semua kaw-kaw belaka, menyokong their own fighter.

So thank you Dragon Muay Thai Club for this special invite, lepas ni kalau ada lagi haruslah pi tengok kan.