Saturday, October 13, 2012

Tengok Muay Thai Fight Secara ‘LIVE’ Elite Boxing : Thailand vs Asia


Hi Korang,

Selalunya aku tengok orang gaduh yang gila-gila amat ni dalam TV je, jarang jumpa orang gaduh kat tepi jalan kan.

Cantik kan Fay Hokulani.. comey sungguh

Tapi bila ada opportunity untuk tengok secara live di Sunway Piramid Convention Centre ni rasa macam lagi syiok plak. Mana tak nya dengan fighternya dengan supporternya lagi. Itu belum kira Host Wanita yang cukup Hot, lagilah best. Lagi plak ramai selebriti yang datang macam Intan Ladyana, Emelda Rosmila dan ramai lagi lah.


Memandangkan ini single invite so Mr Big tak dapek lah nak mengikut, so yang ada 14 orang bebudak bloggers yang aku kenal. Nasib baik boleh masuk line, kalau tak pecah dada dibuatnya.


Ada 6 perlawanan muay thai iaitu Thailand menentang Asia. Thailand tau kira hebatlah tu kan. Alah lagi pun sukan ni pun berasal dari tempat dia of course lah diorg ni kuat.


Wei host malam tu memang mantap beb.  Pelakon Diana Danielle yang bertunang dengan Farid Kamil tuh dan co-host Fay Hokulani seorang blogger Fitness yang sangat HOTZ dan meletup sangat. Aku suka gaya diorg ni sangat selamba dan rileks je, lepak borak dengan ktorg kan.

Ok citer balik pasal fight ni.


Fighter Thailand ni memang hebat-hebat belaka, walaupun badan kecil tapi tenaga memang tak boleh disangkalkan lagi. Cara diorg defect dan attack opponent tu memang luar jangkaan. Aku pun sampai ternganga mulut dibuatnya sekejap.




Eh, fighter Asia pun pun not bad jugak tau especially our Malaysia Champion ‘The Handsome’ Ali Yaakub dan ‘The Golden Elbow’ Faizal Ramli. Sangat superb cara diorg berlawan, walaupun dua-dua tu nampak cam pemalu masa aku training hari tuh but bila dalam gelanggang ermm semuanya di luar jangkaan.



So far masa aku tengok fight ni, Thailand dah menang 4 game dan Malaysia baru menang 1 je, fight di antara Ali Yaakub dengan alah lupa plak aku nama mamat Thailand tu panjang benor. Masa Faizal fight aku tak tengok sampai abis coz dah tengah malam sangat, kang aku plak kena muay thai dengan Mr Big plak.

Bagi aku, muay thai ni memang sangat berseni sangat dengan background musicnya, dengan kena practice dulu dalam ring dan outfitnya memang malam tu aku macam tengok fight kat Thailand lah. Supporter semua kaw-kaw belaka, menyokong their own fighter.

So thank you Dragon Muay Thai Club for this special invite, lepas ni kalau ada lagi haruslah pi tengok kan.



Friday, October 12, 2012

Samsung Note 2 Kini DiTanganKu

Hi Korang,

Rasanya ramai yang tertunggu bila agaknya Samsung Note 2 ni akan keluar di pasaran Malaysia kan? Ermm memang pun, aku dah agak dah.

Samsung Note 2 ni akan mula di pasarkan pada 19th October 2012. Alah minggu depan je so sabar ye kaki-kaki gadget kat luar tu ek.


Aku tak payah tunggu minggu depan. Sekarang nie Samsung Note 2 dah ada kat tangan aku. 

Best tak?

Haruslah best kan. Dapat main gadget terbaru dari Samsung ni. Aku sangat suka featuresnya yang awesome bangat lah.

Ada yang tak best?

Ermm ada lah sebab smartphone ni aku dapat pegang dan godek masa launching semalam je. hehehhehe tak boleh bawak balik pun.

hakhakhakhakha mesti korang rasa cam nak lempang muka aku betul tak? hehehheheh kan dah terkena...

Salam Hari Jumaat ye korang!

p/s: next week rasanya baru dapat untuk review hehehhe so tunggu tau...



"JOM TENGOK PE3"

Hi Korang,

Ni ada barang baik aku nak citer dengan korang ni.

Sape sini peminat Farid Kamil? Alah pelakon tinggi dan macho tu. Mak aku bukan main suka lagi dengan dia. Hensem bangat katanya! hehehehh tergelak plak aku dengar kan.



So sekali lagi Farid Kamil muncul sebagai pengarah dan juga pelakon dalam filem terbarunya yang bertajuk 'PE3'. Filem bergenre action ni mengisahkan mengenai kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat (Farid Kamil) yang dibantu oleh Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang yang tersendiri dan segala rancangan mereka amatlah licik, susah dan cekap untuk dihidu oleh pihak berkuasa.



Filem ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Bakar, dan ramai lagi. Yang best tuh, producer terkenal tuan punya Metrowealth Pictures iaitu Major (K) David Teo juga akan membuat penampilannya dalam filem ini.


Best kan, barulah "Bapak Segala Gangster"


Ok meh kita layang trailer filem PE3, memang betul ada Major David Teo tau.




Hah percaya kan cakap aku. Itulah korang.

Filem 'PE3' ini akan mula ditayangkan di panggung seluruh Malaysia ini pada 18hb Oktober 2012.

Daripada trailer tuh, aku dapat rasanya yang filem akan mampu mendapat tempat di hati para peminat filem melayu.

Apa lagi, jom pi tengok ye


credit photo: MIG Online