Wednesday, May 23, 2012

Exclusive Premiere of YUNA ‘The Sparkle Project’ By Samsung

Hi Korang,

Kan aku citer hari tuh pasal aku sempat jumpa Yuna sekejap je kan. Meh aku sambung balik citer tu ek. Ktorg (bloggers) dapat jemputan dari Samsung ke Delicious Café kat Marc Residence ni untuk media launching for The Sparkle Project.


‘The Sparkle Project’ video muzik yang pertama di hasilkan melalui Samsung Galaxy Note telah pun dipertontonkan kepada members of media dan juga peminat Samsung Galaxy Note dan Yuna dan video muzik adalah hasil perkongsian secara kreatif di antara Yuna dan Samsung Malaysia Electronics.






Aku dah tengok pun behind the scene of video muzik ‘Sparkle’ ni and quite impressive. Rupanya diorg shoot dalam satu tempat je dan diorg customized holder untuk Samsung Galaxy Note ni. Set penggambaran tu memang simple but awesome.


Dan ini dia video muzik ‘Sparkle’ dari Yuna. Nak check it out.



Best ek, simple dan sweet je aku tengok. Sesuai untuk mereka2 yang bercinta kan. Hahak!



Masa event juga Yuna sempat dendangkan 2 buah lagu iaitu Sparkle dan Terukir Di Bintang. Sedap betul suara dia, memang original lah.


Eh sambil nak tunggu bergambo dengan Yuna, hah ktorg pi makan dulu lah. Buffet fushion dish, not bad gak. Salad, mushroom soup dan dessert sangat lazat dan buat aku makan sampai tak hingga.

DenGan Diandra Arjunaidi



Tak sempat pun amik gambo berdua dengan Yuna coz dia nak cepat but dapat amik gambo reramai pun jadilah kan. Asalkan hado.


Anyway thank you Nuffnang dan Samsung for this special invite. Hopefully dapat pi lagi event-event cam nie lagi.


Best tak jadi bloGGer? Harusla best kan! akahkahkahkahak





Tuesday, May 22, 2012

Masa Kecik Dulu

Hi Korang,

Tengok gambo kat bawah ni. Sama iras2 muka aku tak?


Langsung tak lah kan. Tapi makcik aku 2-3 orang cakap muka sikecik ni sama cam aku baby2 dulu. Eee haruslah tak kan. Tapi aku mana tau sebab aku kan baby lagi time tuh.

Aku tanya mak aku then dia jawab apa? 

Ntahlah mak dah lupa lah, sebab banyak sangat muka baby yang mak jaga dulu. Terus je mak aku blah dari situ.

Ishkk sentap hati aku tau! Nampak nau tak sayang aku dulu.

Sambil jalan tu dia sempat cakap, haruslah sama kan anak sedara ko tu kan. Dah jangan nak merajuk2. Meh sini kacau dodol ni.

hehehhehehehehhe


Mee Hoon Sup Daging, Sedap Pekena Time Hujan

Hi Korang, 

Aku manalah reti masak sangat kan, but nak makan berdua tu kira oklah. Tak sakit perut, tak sakit tekak, tak pedas sangat then kira oklah dengan tekak Mr Big kan.


Bila time hujan je aku mesti masak Mee Hoon Sup Daging nie. Yelah sejuk2 pekena yang panas.. ermm alangkah masyuknye kan.


Resipi itu tekak aku lah. Campak2 je. Asalkan daging empuk, tak liat, terasa sup kaw2 punya, sayur secukupnya di tambah plak dengan fishball dan fishcake serta sambal kicap yang ummph kira jadilah tu kan.

Haruslah Mr Big tambah 3 kali kan. Dia siap cakap kalau boleh daging tu biar bebanyak sket baru awesome.

Itu kata Mr Big, nak tau peminat aku plak kata apa? Check it out bawah nie



Hah, memacam feed back. Yang nak suruh masak kan, nak datang umah makan lah ermm macam lah.

Kita orang pompuan kena pandai masak sket tak kisahlah masak apa kan janji boleh makan dan perut kenyang.

CLP notes : Masak jangan tak masak ye