Thursday, February 16, 2012

Sayangi Kereta Anda : Alternator Rosak

Hi Korang,

Rasanya lama betul tak citer bab kereta ni. 

Alhamdulillah kereta sihat itu yang jarang pi workshop good fren tu kan. So hari tuh masa nak service biasa kat kedai dia aku encounter ada satu kereta lain punya masalah, which is Alternator dah kong. 


Apa plak Alternator tuh ek?
Alternator adalah electrical energy storage utk kereta. So, bila alternator sudah rosak, maka tiadalah energy storage untuk membolehkan kereta terus bergerak. Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak. Alternator akan berfungsi sambil mengecaskan dirinya untuk enjin terus bergerak.

Tanda Alternator tu ok je dah kiok kan?

1) Radio akan ter'off' dengan sendirinya dan akan blink2 .....
2) Tanda Break dekat dashboard keta akan menyala.
3) Kereta seperti x cukup power.... tersengguk2 bila kte tekan minyak


Cara nak check Alternator tuh, meh baca ni?
Senang je but suruh orang lelaki buat ek, kite orang pompuan mana lah tau hal-hal cam ni kan. Memulalah start enjin kereta dulu, then biarkan running dlm 1-2 minit, pastu cabut kepala bateri dan sebelum cabut kepala bateri, pastikan air-con, lampu, radio semua dah off, kalau enjin masih idup, alternator ok lg kalau tak jawabnya memang dah rosak lah kan.

Solutionnya cam no plak?
Tukar jelah yang baru, abis citor. Bukan apa, kalau korang nak repair balik tu balik but still one day for sure mesti akan rosak balik, nak buat apa buang duit untuk menda2 yang sepatutnya tukar kan.


Harga Alternator Di Pasaran
Lepas aku survey lebih kurang RM400+ ikut jenis kereta. Macam kereta bro tu lebih kurang harga tu gak lah. Kena plak rosak tengah bulan tak ke payah kan, so don't worry yang recon pun ado lebih kurang RM180+ gitulah, still ok daripada korang nak repair2 kan.

Hah, aku dapat info ini punya banyak survey kat google dan website kete, kemudian tanya2 sifu sket kan. 

Korang kalau ada nak tau pasal kereta, leh komen kat sini untuk tanya aku soalan. Insyallah kalau aku pi lepak kat workshop good fren tuh, aku leh tanya kat dia kan.

CLP notes : walaupun tak pandai bab kereta but kena tau jugak sesket kan, takut apa-apa nanti senang.

Info : Google and car forum



Wednesday, February 15, 2012

WW - Serupa Tapi Tak Sama

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week...


Amacam, comey tak? Apa yang sama dan apa yang tak ek? Cube komeng sket...

CLP notes : Ramai orang cakap yang ktorg ni cam adik beradik, betul ke? Korang rasa camno... tak kan..


Tuesday, February 14, 2012

My Awesome Office For Today

Hi Korang,

Hari ni mood cam ke tasik depan office aku ni. Idea dah di block akibat banyak nau tengok tv malam tadi ni. 

Di tambah plak, mood nak keje pun kurang gara-gara bebudak opis aku ni plak pi ke China ada site visit, then tinggalkan aku sengsorang coz passport aku hampir mati dan buat visa tak lepas.

So duk melanguk je lah...



Betullah aku tak tipu, totally kosong tak de orang kan. 

So apalagi, meh buat keje yang berfaedah untuk diri aku sendiri seperti melukis, melukis dan melukis. Alah lagipun dah lama tak pegang pensel dan pemadam kan. Dapat gak release tension.

Korang mesti tergelak2 kan tengok apa yang aku lukis ni, biasalah skill melukis tu dah hilang lah..

CLP notes : Tak sia-sia ayah aku anto aku pi school of architecture kan..