Thursday, July 21, 2011

Get Together With VIP Of Maxis @ Alexis, Bangsar

Hi Korang,

Baru-baru ni which is semalam aku dapat jemputan untuk ke Get Together with Maxis kat Alexis Bangsar. Session ni cuma untuk ktorg diperkenalkan dengan Specialist, VP, SM, COO of Maxis.. Wow bangga sekejap jugak aku coz dapat kenal dengan diorg ni yang memang friendly lagi funny.


Disebabkan aku memang selalu puntual apa jua event so aku grab this opportunity untuk kenal dengan diaorg ni lebih dekat lagi. Memang best so banyak info aku dapat tau pasal Maxis ni. Cara diorg keje, entertain customer, marketing dan memacam lagi. Tak boleh lah nak exposed kat korang. Rahsia semua tuh. 

Idaman Hati

2 musuh ketat - Jejai dan Viruspadu

Sementara tunggu event start, ktorg di beri chance untuk explore Blackberry Playbook. Memang exciting sangat. Yelah gadget baru lagi canggih kan. Sempatlah jugak aku view itu view ini. Tak padan pi BB Playbook Workshop hari tuh, dapat memain gadget ni dah cukup best dah. Performance wise memang syok. Kalau aku dapat rasanya duk melekat je dengan BB Playbook ni jelah.

Session start

Mr JP no. 2 in Maxis.

After that, presentation pun start. So bermacam info lagi yang aku dapat tahu. Cara diorg berinteraksi, target audience dan memacam lah dan juga produk terbaru Hotlink 'Now You Can' secara lebih details lagi. Sessi Q & A juga mencabar minda aku coz segala soalan yang ditanya langsung aku tak paham. Its all about technology kan, aku bukan gadget/IT blogger kan.

With K Salmah (Maxis), Shilashower dan Jejai

Event di akhiri dengan cara makan2, borak2, kene interview sket dengan diorg ni dan aku plak terus je sesuka hati pi booking PLAYBOOK ni under Maxis media. Harganya betul2 murah which is aku tak akan bagitau korang pun kan takut nanti korang leh kena heart attack plak. 

Apa-apa pun bertambah semangat membara aku ni nak angkat BB BOLD 2 yang akan release tak lama lagi. Aku dah tengok dah prototype dia semalam. Memang touch screen dan nipis...


Ishk tak sabar lah tunggu call dari Maxis (kalau dapatlah kan)....

PLAYBOOK Here I come....

Kulit Lebih Berseri Dengan L'Oreal White Perfect Moisturizing Watery Cream

Hi Korang,

Dewasa ni, kita wanita memang tak boleh dipisahkan dengan produk kecantikan yang boleh memutihkan kulit. Di pasaran sekarang ni, lambakan produk sebegini bukan main banyak lagi kan. Yang boleh putih dalam masa 2 minggu, yang ada SPF15 dan memacam lagi kan. Tapi korang dah jumpa ke produk yang sesuai dengan kulit korang kan?


Meh sini aku nak citer sket pasal White Perfect Moisturizing Watery Cream produk terbaru dari L'Oreal ni kan. Ianya berasaskan air dan krimnya yang ringan memudahkan ia meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan pun. Kononnya macam kita tak pakai krim muka lah kan.


Yang best tuh White Perfect Moisturizing Watery Cream ni boleh tahan selesa, lembut dan segar sehingga ke 8 jam so tak de lah sekejap2 korang nak tempek je kan. Dalam masa yang sama jugak, korang boleh perasan kulit muka korang makin hari makin cerah, makin berseri malah bintik-bintik gelap tu akan pudar sket demi sket.

Bunyi macam krim idaman kan? Betul tak tipu okeh.


Apa yang membuatkan White Perfect Moisturizing Watery Cream ni berevolusi, ermm mestilah teknologinya dan bahan yang digunakan

Melanin Block

Dengan blok melanin dalam White Perfect Moisturizing Watery Cream ,pengeluaran bintik coklat dihalang dan juga membantu kulit kelihatan lebih cerah

Tourmaline Gemstone

Salah satu bahan membuatkan White Perfect Moisturizing Watery Cream lebih unik iaitu gemstone turmalin,yang terkenal dengankeupayaan untuk merangsang peredaran mikro dalam kulit kita


Keputusan yang Menakjubkan, selepas 4 minggu mencuba White Perfect Moisturizing Watery Cream nie kan :

91.8% kata kulit tak rasa kering
91.8% kata kulit lebih lembut
98% kata krim ni lembut je bila letak kat kulit
93.9% kata kulit lebih berseri, cerah
91.8% kata kulit nampak lebih jernih
91.8% kata langsung tak nampak kulit kusam
*di cuba oleh 49 wanita Asian yang berumur dari 18 ke 65 tahun. Di gunakan ke seluruh muka setiap hari


So result dah terbukti so apa tunggu lagi. Jom lah dapatkan White Perfect Moisturizing Watery Cream ini dengan harga RM39.90 untuk 50ml di semua kaunter L'Oreal seluruh negara.

Aku dalam proses mencuba krim ni, korang pun jomlah kan.

Wednesday, July 20, 2011

Premiere Screening Of 'Take Me Home' @ GSC Mid Valley, KL

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah sampai ke Mid Valley untuk premiere screening filem 'Take Me Home' ni. Nuffnang yang kasi tiket lepas jawab komen kat website dia kan hari tuh. 

Sesampai lebih kurang kul 7.30mlm. Kosong satu kaunter pun tak de. Ishk kene tunggu lah jawabnya. Lebih kurang 8pm cam tu, nuffies nie semua sampai. So kejut sket lah dengan nak susun badge, pasang banner kan. Berjaya juga aku dapat tiket walaupun depan aku tu, blogger tu melampau betul sekali amikkan tiket untuk 6 email. Dah kene sound baru lah nak blah kan.  Then pi makan kejap and masuk balik untuk citer nie.


Meh aku citer sket sinopsis citer nie:

Aku rasa citer dalam tahun 80an cam tu kan coz background music dan jalan citer cam old skool gitu. Mengisahkan Matt Franklin yang terlalu minat dengan Tori Federeking yang cun betul dari zaman sekolah sampailah diorg ni dah masuk alam pekerjaan kan. Hinggakan kakaknya Wendy dan rakan baiknya Barry sampai bosan dengar citer pasal si Matt ni. 


So one day diorg ni terjumpa balik dalam kedai yang Matt ni keje dan dari situ segalanya berlaku. Zaman sekolah kan memacam citer so start lah semua rahsia terbongkar. 

Apa macam? Simple je rumusan aku kan. Yelah kan citer sket2 je supaya korang lebih teruja nak pi tengok kan.

Bagi aku, citer ni ala romantik komedi. Jalan ceritanya simple, mudah difahami dan tak buat orang sakit kepala nak fikirkan endingnya. Totally kelakar but bahasa yang diorg gunakan cam  ganas sket lah.. Bebudak tak leh tengok citer. 18 tahun ke atas je ek. 

Not bad, sesuai untuk release tension lepas balik keje.

Mr Big kasi 3/5 je. Oklah tu kan.

Note : Kepada bloggers yang rasa2 selalu amik tiket untuk kengkawan korang tu banyak2 di harapkan dapatlah courtesy sket. Ingatlah orang lain yang datang awal. Ktorg orang yang datang awal selalu dapat seat yang mendongak ke langit disebabkan ko sibuk nak amikkan tiket untuk kengkawan ko kan.  Kalau amik untuk 1-2 orang tak kisahlah kan tapi kalau dah sampai 6-7 email itu kira melampau gak kan. 

Di harapkan jugak Nuffies pun strict sket lah. Jangan bagi muka sangat lah.