Tuesday, June 28, 2011

Majlis Sidang Media dan Pratonton Filem 'Sekali Lagi'

Hi Korang,

Atas jemputan Nuffnang dan Digi Angel, aku sempat menghadirkan diri ke Majlis Protonton filem 'Sekali Lagi' keluaran Metrowealth di TGV Sunway Piramid baru-baru ini. Aku bawak lah partner in crime aku Hazman sebab aku tau yang dia je selalu free hari isnin kan. Mulanya aku ingat dapat tiket wayang je ala2 press screening gitu but bila sampai sana rupanya siap ada press conference lagi. Aduh menyesal tak hangkut DSLR lah.. Grrrrrr..

Dengan Shaheizy Sam

Dengan Si Comel Mia Sara

Sampai2 je aku dah nampak Lisa Surihari, ini first time in person jumpa dia. Sempat lah jugak borak sekejap since dia berdiri dekat aku with her mum kan. Then nampak Aizat plak sampai. Tup-tup Shaheizy Sam and Mia Sara. Diaorg ni semua memang friendly lah. Eventho datang as blogger but ktorg nie dah di consider as media lah. So dapatlah privileage untuk join press conference. Kalah wartawan hiburan ok.


Rupanya Lisa, Mia, Aizat, Sam adalah new friends of Digi. Since diorg ni kaki twitter and FB hardcore so any update pasal Digi Telco ni or event diorg berempat nie lah akan spread the news for fans to know lah. Klass ko, dapat smartphone sorang satu. Mia yang comel tu pun dapat ok. Time nie lah aku sempat amik gambo dengan Sam dan Mia. Ermm dengan Lisa, nan ado coz ramai giler orang nak bergambo dengan dia.

tiketnya 'Sekali Lagi'

Popcorn dan coke - FREE

Lepas tu, baru lah start majlis pratonton 'Sekali Lagi'. Ktorg as media nie dapat duk atas lah. Siap dapat popcorn dan coke lagi. Best bro!!


Meh layan sinopsis nie sket:


Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Saksikan kesudahan filem Sekali Lagi di pawagam berhampiran.

David Teo

Ermm bagi aku citer nie sedeyyyyy ooo... hehehhe tak de lah romantik komedi lah. Ada unsur percintaan, kelakar tak ingat, pasal family sket. Keletah Mia tu yang best, memang patut dia boleh menang awards. Lisa dan Sam memang mantap diorg ni langsung tak hampakan penontonlah. Ok ok tak leh citer lebih kang David Teo marah aku plak kan. cuma dia pesan meh datang reramai ke panggung tengok citer 'Sekali Lagi'.

Alamak since aku pi tengok dengan orang lain, so mr Big tak leh lah nak bagi rating kan. Aku bagi....... (rahsialah). Yang penting bestlah. So korang, jom pi tengok citer nie tau.

Anyway thanks Nuffies Pinky and Nicholas coz to make sure ktorg dapat join PC tu tau.. ehhehehehe and to Digi Telco too...

Monday, June 27, 2011

Tekan 'LIKE' Boleh Redeem Freebies

Hi Korang,

Tengah sibuk berblogwalking aku terpandang GNC punya fanpage. Ye nie lah


Dapat freebies wei, betul aku tak tipu. Korang tekan je 'LIKE' kat GNC fanpage ni boleh terus je redeem hadiah. Nanti korang boleh pilih nak redeem apa yang korang suka lah. Kemudian mention je korang nak collect freebies ni kat outlet mana yang kroang suka. Cam aku hari tuh ktorg collect kat KLCC.

GNC tote bag

GNC Sling Bag.

Cam aku, aku redeem tote bag dan sling bag untuk mr Big. Comey kan.

Hah apa lagi baik cecepat korang 'LIKE' webpage GNC ni sebab ianya limited to 5000 click je tau. Bagus beg2 nie, senang nak pi travel memana bawak kan.

Cepat tau..

Aku Sarapan Dengan Siapa? Dengan Perdana Menteri Kita Lah Kan

Hi Korang,

Semalam pagi sempat jugak ktorg berdua meluangkan masa bersarapan dengan Perdana Menteri kita lah Dato Seri Najib Tun Razak. Yelah orang dah jemput mesti lah pegi kan, tak kan nak hampakan plak.


Simple je breakfastnya

Ktorg sampai USJ Taipan tu dalam kul 8.30pagi cam tu. Sampai sana dah berlambak2 polis kat area Kayu Nasi Kandar tuh, PM tu turun mestilah kene standby kan. Lepas register, terus sarapan dulu lah. Kemudian terus naik atas untuk tunggu PM sampai.

Terus glamer kedai mamak nie


Berebut semua kan

Lebih kurang 9++ cam tu, PM sampai. Sibuk kejaplah area USJ tu kan.Ktorg yang kat atas ni dapat privileage lah kan. Dia sampai je atas terus je, pi kat area yang ktorg duduk. Wah bangga jap lah, sempatlah salam2 kan.


Its actually small gathering PM dengan NCR11 Club ni pasal pembangunan rakyat kan. So banyaklah soalan2 yang PM jawab. Ada yang tanya pasal ekonomi, politik, sukan dan yang best pasal PM citer pasal MU and IPAD. Tergelak2 ktorg dengar kan. Tapi aku suka bila PM citer pasal lifestyle rakyat Malaysia sekarang nie, totally memang betul dan aku sokong 100%.

Tak dapat salam, dapat special wave pun jadilah kan

Memandangkan ktorg ni duk agak terkebelakang sket dan aku nie kan pendek, so nak amik gambo dengan PM tu agak payah jugaklah but PM sempat wave kat ktorg personally lah. Wah bangga lagi kan.

Event yang simple tu abis dalam kul 11am camtu. Lepas PM balik, ktorg the whole members bercamwhorelah beramai2 but yang syok tu aku tak tau pun yang diorg nie bertitle Datuk dan berpangkat beso. Bila ktorg pi makan lagi sekali, baru Mr Big cakap diorg ni majoriti golongan Datuk dan yang levelnya lebih tinggi dari ktorg.

Wah lepas nie, kalau korang perasan aku duk borak2 dengan orang2 veteran nie janganlah fikir bukan2 kan. Hahahahha jangan nak perasan lah ko Lily, ko tu sapo kan blogger middle class kan.


Anyway memang best lah, bukan senang kan nak jumpa orang no. 1 negara kita. Lagi-lagi dapat second chance kan, haruslah jangan dilepaskan.

Betul Tak?