Hi Korang,
Lambat sangat citer pasal percutian ktorang ke Redang De Rimba ni. Ini first time ke pulau Redang, never in my life tau.
Asalnya dah lama plan nak ke mari tapi masa memang mencemburui aku sungguh, bila nak pi ada je yang menghalang until 1 week before nak pi tuh, terus je buat booking dengan tokeh resort. Sebenarnya tempat ni kepunyaan family kawan aku so dia yang beria-ria ajak ktorang ke mari.
So pi gak la hujung bulan March hari tuh. Aku rangkumkan dalam 1 entry ek coz malas nak tulis 2-3 entry, letih ooo..
The Trip / Journey
Jadi jumaat tu ktorang bergerak ke Kuala Terengganu. Makan masa 4-5 jam gak, ikut LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) ni memang sangat cepat tapi bosanlah coz pemandangan tengok hutan jelah. Sampai Kuala Terengganu nothing to do so jejalan kat bandar, pi makan kepok lekor dengan ICT itu jelah.
Sabtu pagi, ktorang naik feri di Jeti Shahbandar Kuala Terengganu dekat benau dengan Pasar Payang. Parking kereta dalam Jeti Shahbandar tuh then terus jalan kaki bersarapan di Pasar Payang. Pukul 9.30 dah standby kat dalam tempat menunggu coz feri dah nak sampai kan. Tips : Sebaiknya datang awal.. seawal 7.30pagi untuk parking kereta bagi mendapatkan tempat redup.. kalau tak cepat penuh nanti.. dan terpaksa parking di tempat yang panas.
Feri memakan masa lebih kurang 2 ½ jam. Kebetulan ombak kuat pulak masa ktorang dalam feri tuh, jawabnya feri rasa macam nak terbalik bila di pukul ombak. Bila dah macam tuh, aku pulak pening sapu minyak angin dan tidur je. Ada orang siap muntah-muntah bagai, eee memang kuat. Aku siap buat instavideo pasal ombak kuat ni.
Akhirnya sampai jugak di Pulau Redang besar. Jeti ferinya sempoi bebenau, yelah kawasan kampung nelayan kan. Kat Pulalu Redang besar ni ada 3 je hotel or resort yang besar iaitu The Taras, Pulau Redang Resort dan Redang De Rimba. Homestay kecik-kecik memang banyak la
Redang De Rimba Resort
Masa memula sampai, tak sangka aku resort ni cam ni, sebab ianya di bina di lereng bukit. Seriouslah sangat cantik. Tersusun je bilik-biliknya, cuma penat sket kena naik tangga je. But don't worry tangga bukan curam pun.
Dah layan je gegambar resort ni ek
Kagum kan, kagum kan.. ermm kagum tak..
Sebab tak ramai orang ktorang dapat bilik yang bawah tuh. Actually bilik tu untuk 4 orang tapi pujuk baik dengan tokeh resort dapatlah bilik bawah. Takdelah letih nak panjat ke atas tu kan.
ini bilik untuk 4 orang ye.. tapi ktorang dapat bilik ni
baru sampai muke selenge
ini bilik untuk 2 orang katil queen
bilik katil single
Semua gambar bilik aku amik, senang korang nak refer nanti bila nak bercuti ke mari. Oh ye, nak bagitau lagi ni WiFi sangat awesome. Laju semedang, kat bilik laju, kat tempat makan laju, kat bawah tempat lepak-lepak kat wakaf pun laju.
Redang De Rimba ni jugak ada Dive Centre, so kalau divers nak menyelam di pulau Redang ni, diorang ada sediakan facilities menyelam gak tau.
Ke Marine Park Pulau Redang.
Apa lagi nak buat kalau bercuti di pulau kan, of courselah mandi laut. Untuk hari pertama tuh, ktorang di bawa ke Taman Laut Pulau Redang. Alah dekat dengan dengan resort ktorang ni but still kena naik boat jugak unless korang nak berenang kann hahahahah
Sangat seronok main ikan tepi pantai je, memang beli roti sesiap so seronoklah bagi diorang makan. Sampai ada yang gigit jari gak tau hehehehe bestttt..
2nd Day – Snorkeling Trip
Ntah aku sendiri tak tau yang mana satu ktorang pi dulu, janji dapat snorkeling sudah. Ya allah, memang sangat awesome ikan-ikan di sini. Jinak-jinak pulak tuh, bagi je makan roti berkerumun datang makan, seronok amik gambar time ni.
Dekat ada pitstop ni, ktorang berhenti di pantai. Specialnya pantai tuh hanya untuk divers je tapi adik jaga boat tu baik bawakkan jugak ktorang kemari. Hah mandi-manda di pantai lagi. Siap jumpa track penyu naik kedarat tau. Agaknya malam semalam diorang naik untuk bertelur kot tapi tak jumpa pulak kat mana diorang tanam telur-telur ni, ishk pandai sungguh penyu nie.
Abis snorkeling trip dalam kul 2 cam tuh.
Lepas makan tengahari, naik bilik mandi dan terus tidur. Penat ooo mengayuh-gayuh tangan berenang kan. Hahahahahaha poyo tau..
Petang tu plak, ada trip ke Teluk Dalam Besar Beach. Dekat je, naik motor yang disediakan. Main-main air sket then terus pusing satu kampung pulau Redang ni. Ala hai cenonet je tempat ni tapi memang menenangkan. Pi makan kapok lekor dan sotong goreng tepung tepi jeti, tengok orang tangkap kambing, selfie di Redang Island Resort sangat-sangat rileks.
sebelum makan, update dulu kan
Malam lepas makan, lepak depan bilik menikmati keindahan kampung pulau Redang ni. Kengkonon feeling nak baca buku bagai ermm sudahnya tertidur kat kerusi depan tuh. Sampai bebudak front office ni ajak karaoke kat bawah pun malas kan. Hehehehe
3rd Day – Trip Back to Kuala Terengganu
Ktorang balik first feri pagi tuh kul 6.30 pagi van dah datang jemput. Naik feri kul 7 pagi dan kul 8.30 pagi dah sampai Jeti Shahbandar balik. Sebab ombak tak de cepatlah ktorang sampai kan. Ermm rasa sedih benau nak tinggalkan Redang De Rimba ni sebab tempatnya yang sangat cozy dan peaceful. Tenang yang amat lah.
Ok nak sambung citer lagi ni. Ktorang pi ikut pakej yang disediakan oleh Redang De Rimba tu sendiri, ni hah pakejnya
Pakej termasuk
Return ferry transfer (Jetty Shahbandar - Jetty Redang - Jetty Shahbandar)
8 Trip Transportation
2 Night Accomodation with aircond, hot shower & LED TV Astro
2x breakfirst, 2x lunch, 2x dinner
1x snorkeling trip (3 stop)
1x snorkeling trip (Marine Park)
1x beach trip
Semua sekali masa tuh early bird punya harga dalam RM760 untuk 2 orang. Kalau korang pi reramai boleh dapat lagi harga murah dan diorang boleh sediakan BBQ night dinner gak ye. So kena call dan discuss gak la, kalau bagitau korang pembaca CIK LILY PUTIH lagilah special treatment korang boleh dapat. hehehehhe
Hah inilah tempatnya ye
ADDRESS:
Redang De’ Rimba Resort
Lot 171, Kg Baru Pulau Redang,
21090 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
PHONE:
+09 630 2887 (Office)
+6014-293 3131 (Nita/Sue)
+6013-967 4545 (En. Rusli)
E-MAIL:
WEBSITE : http://redangderimba.com/
Cik Lily Terfikir : mesti korang teruja nak pi Redang De Rimba masa cuti panjang Labour Day nanti kan, ermm dah penuh ye